download Jom Explore app
Ciri-Ciri Wanita Mengikut Negeri-Negeri Di Malaysia!

Ciri-Ciri Wanita Mengikut Negeri-Negeri Di Malaysia!

Hot & Viral
By Ayunie Husna on 14 Oct 2024
Digital Editor

Ya terdapat perbezaan dalam ciri-ciri Wanita mengikut negeri di seluruh Malaysia. Dipengaruhi oleh budaya, tradisi dan persekitran setempat membentuk peribadi serta personaliti mereka dapat kita lihat.

Menariknya tidak semua di antara mereka mempunyai ciri-ciri yang serupa. Tambahan pula terdapat beberapa trend umum yang kita boleh kenal pasti melalui negeri kelahirannya.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa generalisasi tidak semestinya mencermikan semua individu di negeri tersebut.

Wanita Malaysia mempunyai personaliti, ciri-ciri dan rupa yang menarikPhoto from Canva

1) Perlis - Romatik & Berkomitmen Tinggi

Wanita Perlis terkenal dengan berkomitmen tinggiPhoto from mStar

Wanita dari Perli terkenal dengan sifat romantik dan komitmen tinggi dalam hubungan. Keutaamaan mereka ialah menjaga keharmonian serta kehidupan cinta. Walaupun dilihat seperti kurang produktif.

Sebenarnya mereka pandai menguruskan tekanan. Tidak kisah ada banyak kerja nak kena siapkan, mereka lalui dengan tenang sahaja. Maka tidak terkejut lihat mereka bersantai dan ada masa nak rehat walaupun banyak kerja perlu diselesaikan.

2) Kedah - Pakar Multitasking

Orang Kedah terkenal dengan multitasking? Photo from Iluminasi

Sangat terkenal dengan kemampuan multitasking. Wanita Kedah dapat menguruskan banyak tugasan sekaligus sangat rajin membaca tau! Tambahan pula mereka juga pentingkan bab kecantikan diri.

Bagi mereka hasil keputusan lebih penting berbanding prosedur. Sifat all-rounder menjadikan mereka cekap dalam pelbagai perkara, meskipun tidak semestinya pakar dalam satu bidang.

3) Perak - Terlalu Sibuk Tetapi Tetap Baik Hati

Hati lembut baik walaupun sibuk berkerja, itulah Wanita dari PerakPhoto from kisah dunia

Sentiasa sibuk berbanding wanita negeri lain. Tapi dalam kesibukan harian sekalipun mereka suka membantu orang lain. Sehubungan dengan itu, mereka biasanya tidak pandai merancang untuk kerja mereka dan main redah sahaja.

Kerana memiliki hati yang baik, sudah tentu wanita Perak secara naluri ialah peneman sangat baik, membuatkan ramai orang cuba mengambil kesempatan tau!

4) Negeri Sembilan - Sifat Berkeluarga Tinggi

Wanita dair Negeri Sembilan pula terkenal dengan Sifat kekeluargaan tinggiPhoto from Oh My Media

Wanita Negeri Sembilan terkenal dengan kasih sayang mendalam terhadap keluarga. Mereka biasanya menjadi ibu penyayang dan tegas dalam bab penjagaan anak.

Sering memberi pesanan ringkas seperti, "Jangan keluar main kalau takda orang jaga," juga mempunyai peringatan sangat jelas. Mereka tidak akan lupa segala perkara yang sudah berballu.

Memiliki perwatakan lembut, sensitif tetapi mulut mereka pedas juga.

5) Pulau Pinang - Tegas, Tetapi Manis

Bercinta mereka kena berbelanja lebih untuk barang kemas yePhoto from mStar

Sering dianggap kasar kerana cara pecakapan mereka yang tegas serta lantang dan terik. Namun sebalik sikap ini, mereka sebenarnya lembut sahaja hati itu. Selain itu, gemar memakai barang kemas untuk menambah kecantikan dalam penampilan.

Biasalah Mami Jarum kan? Untuk lelaki yang ingin menawan hati mereka, siap sedia untuk berbelanja lebih!

6) Lembah Klang (Selangor & Kuala Lumpur) - Wanita Urban, Hip dan Moden

Gadis lembah klang lebih moden dan urbanPhoto from XTRA

Wanita dari Lembah Klang (Selangor & Kuala Lumpur) terkenal dengan gaya hidup urban, permikiran terbuka serta sentiasa up-to-date dengan trend terkini. Mereka gemar gajet moden dan sentiasa mengejar perkara baru dalam hidup.

Kurang terikat dengan tradisi dan lebih suka menjalani kehidupan bebas dan penuh bergaya. Sempoh habis!

7) Melaka - Santai, Mudah & Mesta

Terkenal dengan sikap santai, patutlah ramai lelaki mudah tersangkutPhoto from IG | aydajebat

Majoriti wanita Melaka simple sahaja dengan sikap santai. Kandang kala mereka nampak bosan sebab diorang chill je dalam dunia sendiri. Tidak terlalu mengejar pencapaian hidup dan senang bergaul.

Mereka gemar mengikut mood sendiri dan lebih relaks lagi. Seterusnya, mereka tak suka ambil risiko besar dan nak senang sahaja!

8) Johor - Berdikari & Cita-Cita Tinggi

Wanita Johor pula menitikberatkan kejayaan dalam kehidupanPhoto from Media Hiburan

Wanita Johor berdikari dan sangat dahagakan kejayaan. Cenderung untuk mencapai terbaik dalam apa jua bidang diceburi, sama ada sukan, pelajaran atau kerjaya.

Meskipun ada yang tidak terlalu menitikberatkan keputusan akademik. Mereka sentiasa berusaha untuk maju dalam kehidupan serta setiap dalam hubungan! Tetapi kadang kala sikap terlalu sayang boleh merumitkan emosi.

9) Pahang - Kreatif & Berhati Lembut

Wanita Pahang pula terkenal dengan sikap kreatifPhoto from Leadership Excellence Awards

Siapa sahaja tidak kenal wanita dari Pahang? Terkenal dengan sifat kreatif dalam apa sahaja mereka lakukan. Namun mereka mudah terpengaruh dengan kawan dan tidak suka dikritik.

Meskipun begitu, mereka penyayang dan sering memberikan perhatian besar kepada orang sekeliling. Hati mereka mudah tersentuh, terutama jika mereka menyayangi orang tidak sepatutnya.

10) Terengganu - Tradisional & Setia

Ingin mencari menantu mithali? Pilihlah wanita TerengganuPhoto from Wilayahku

Berpegang kuat kepada nilai-nilai tradisional menjadikan mereka isteri setia serta pandai menguruskan rumah tangga. Wanita ini handal memasak, menjaga anak serta menghormati suami.

Majoriti daripadanya suka fikir dengan cara paling mudah! Menariknya kebanyakan suka makan ikan kerana pengaruh makanan pantai timur, kalau berjaya menawan hati mereka jaga baik-baik ya.

11) Kelantan - Usahawan & Dermawan

Neelofa merupakan ikon bagi wanita Kelantan, terkenal dengan kecantikan serta kepandaianPhoto from thesun

Sangat terkenal dalam kemahiran berniaga dan majoriti pula kaya melalui usaha ini. Gemar mengumpul barang kemas sebagai aset utama membuatkan mereka kelihatan lembut tetapi berbiasa.

Namun, mereka mempunyai hati lembut dan sangat pemurah. Untuk dapat kahwin wanita dari sini kerana pandai meniaga sek kito!

10) Sabah & Sarawak - Sangat Berdikari

Wanita dari Sabah & Sarawak memang acap kali terkenal dengan sifat berdikariPhoto from Kosmo

Wanita dari Sabah dan Sarawak terkenal dengan satu sifat membezakan mereka daripada lain, iaitu berdikari. Mereka tidak akan bergantung pada orang lain dan sangat peramah serta mesra.

Cuma kadangkala terlalu cepat memberi kepercayaan kepada orang lain, menyebabkan mereka mudah ditipu. Sangat mementingkan keluarga dan menjaga hubungan sangat baik.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok