download Jom Explore app
Siapa Sangka Que Haidar Rupanya Kerabat DiRaja

Siapa Sangka Que Haidar Rupanya Kerabat DiRaja

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 21 May 2024
Digital Editor

Siapa masih ingat watak Amy dalam filem bersiri 'Rock' yang dibintangi oleh Que Haidar? Walaupun beliau berjaya mengembirakan hati orang tempatan dengan lakonannya, tahukah korang bahwa dia merupakan kerabat diRaja.

Nama penuhnya Yang Mulia Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar dilahirkan pada 30 Mei 1979. Beliau bukan sahaja seorang pelakon, malah kariernya turut berkembang menjadi penyanyi, penerbit, penulis dan juga pengarah.

Que Haidar bersama 2 anak puterinyaPhoto from Nona

Beliau ialah bekas pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) turut melahirkan banyak pelakon tempatan terkenal. Que membiasakan diri dalam dunia teater sebelum melonjakkan diri ke industri perfileman.

Oleh itu apakah garis jalur keturunannya?

Salasilah Keturunan Keluarga Que Haidar

Siapa sangka Que Haidar merupakan cicit Kepada Tengku KudinPhoto from remaja

Que mempunyai susur galur dari sejarah keluarga Kesultanan Kedah. Fakta ini dapat dikenal pasti apabila beliau merupakan pewaris kepada Tengku Kudin, seorang Raja Muda Kedah.

Selain itu Tengku Kudin juga seorang Wizurai (Wakil Yamtuan) Selangor serta menantu kepada Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor Ke-4).

Siapakah Tengku Kudin?

Tengku Kudin terkenal dengan kesan pembangunan di KlangPhoto from Wikipedia Bahasa Melayu

Beliau merupakan seorang putera Kesultanan Kedah. Dilahirkan pada 1821 dan dihantar belajar ke Eropah di usia muda dan diberi kuasa untuk mentadbir Kayang ketika umurnya 20-an,

Akibat tercetusnya Perang Klang. Sultan Abdul Samad telah hantar Tengku Kudin untuk berkahwin dengan anak Sultan Abdul Samad bernama Tengku Arafah. Perkahwinan ini mengikat hubungan Kedah dan Selangor.

Sultan Selangor pula memberi kawasan Langat ke Tengku Kudin dan diangkat menjadi Wizurai. Seterusnya dengan bantuan ketenteraan Kedah, beliau berjaya menguasai Klang pada Mac 1870.

Perang Klang tercetus akibat banyak faktorPhoto from FB | Wija Bugis Selangor

Beliau turut membangunkan serta memajukan bandar tersebut sehingga mengagumi pihak Inggeris (penjajah ketika itu).

Ini Pula Salasilah Keturunan Que Haidar

Gambar keluarga yang menggunakan fitur memberikan viba melayu klasikPhoto from Oh My Media

Disebabkan Que merupakan keturunan Kesultanan Kedah dan berkait dengan Tengku Kudin. Ini ialah salasilah keturunannya:

1. Y.M. Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar (Que Haidar) anak kepada

2. Y.M. Tunku Haidar bin Tunku Daud (Tengku Haidar bin Tengku Daud) anak kepada

3. Y.M. Tunku Daud bin Tunku Haidar ‘Ali Shah [Tengku Daud bin Tengku Haidar] anak kepada

4. H.H. Tunku Haidar ‘Ali Shah bin Tunku Zia ud-din (Tunku Idah/Edah) anak kepada

5. Tunku Zia ud-din ibni al-Marhum Sultan Zain al-Rashid al-Mu’azzam Shah (Tengku Kudin)

Tak Sangka Ada Pelakon Keturunan DiRaja!

Mengambil keptusuan untuk bersara setelah berkahwin dengan isterinyaPhoto from New Straits Times

Que memulakan kariernya menerusi drama Toll Gate Girl arahan Osman Ali pada tahun 2001. Beliau waktu itu berusia 23 tahun bersama pelakon wanita Amy Mastura dan Rita Rudaini.

Lakonan pertama dalam filem berjudul Haru Biru arahan Shadan hashim pada tahun 2004. Tetapi ditayangkan 3 tahun kemudian. Walau bagaimanapun Que melakukan keputusan untuk bersara daripada bidang lakonan secara mengejut.

Setelah berkawhin dengan koreografrer Linda Jasmine pada tahun 2010. Keputusan ini telah mengecewakan ramai peminat. Namun beliau nekad untuk mengubah kariernya untuk fokus kepada bidang perniagaan.

Anaknya turut menunjukkan bidang minat yang sama seperti bapanyaPhoto from Beautifulnara

Selain itu beliau masih aktif mengajar kelas lakonan sebagai seorang pensyarah di Kolej Sunway. Antara lakonan digemari ramai ialah dalam filem siri 'Rock' yang merasakan filem itu sesuai dengan kehendaknya.

Tambahan pula kini bahagia bersama isterinya dan dikurniakan 2 puteri iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar. Kedua anaknya juga berminat untuk meneruskan dalam bidang seni seperi tarian, lakonan dan lukisan.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok