download Jom Explore app
Pernah Menjadi Stadium Terbesar Di Asia Tenggara!

Pernah Menjadi Stadium Terbesar Di Asia Tenggara!

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 03 Jul 2024
Digital Editor

Pengumuman untuk merobohkan Stadium Shah Alam pasti membuatkan ramai penduduk sekitar kawasan terasa sedih. Dahulu ia merupakan antara stadium termasyhur di Asia Tenggara.

Proses merobohkan sudah pun bermula setelah mendapat permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Menurut sumber, "proses perobohan akan mengambil masa selama setahun.

Ia dilakukan secara konvensional menggunakan jentera untuk meminimumkan bunyi dan habuk," Melihat sebuah mercu tanda dirobohkan telah membuat ramai orang Shah Alam sebak.

Menjadi mercu tanda untuk bandar Shah AlamPhoto from Wikipedia

Kerana ramai diantara mereka mempunyai banyak kenangan manis ketika dari kecil sehingga dewasa. Oleh itu, ini beberapa fakta tentang Stadium Shah Alam yang anda tidak pernah tahu.

Projek Pembinaan Bermula Pada Tahun 1991

Tapak pembinaan Stadium Shah Alam ketika fasa awal pembinaanPhoto from Retro Bola Sepak

Menjadi rumah untuk Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor F.C.), Stadium Shah Alam mula pembinaan pada tahun 1991. Tujuan pembinaan ialah selepas beberapa siri kejayaan kelab Selangor.

Mereka memutuskan untuk menamatkan tempoh perkhidmatan di Stadium Merdeka. Lalu, usulan untuk membina sebuah stadium bermula dan pada 1 Januari 1990, mereka berjaya peroleh tanah di Shah Alam, Selangor.

Pembukaan secara rasmi dilakukan pada bulan Julai tahun 1994.

Rupa ketika dalam proses pembinaanPhoto from FB | AmyAirin Aikal

Menelan Kos RM460 Juta, Pernah Menjadi Terbesar Di Asia Tenggara

Satu ketika dahulu pernah jadi yang terbesar di Asia TenggaraPhoto from Bernama

Sebanyak RM460 Juta telah dibelanjakan untuk membina Stadium Shah Alam. Menariknya pada waktu itu, ia menjadi stadium terbesar di seluruh Asia Tenggara tau!

Mempunyai keluasan 155,000 meter dan mampu memuatkan sebanyak 80,000 penonton dalam satu masa. Bukan itu sahaja, kelab Selangor juga menyediakan sebanyak 5,500 tempat letak kereta di sekeliling kawasan.

Jika diambil kira faktor keluasan, Stadium Shah Alam ialah kedua terbesar selepas Stadium Nasional Bukit Jalil.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang terkenalPhoto from Sportsmatik

Merupakan Sebuah Kompleks Sukan Serta Serbaguna

Stadium Shah Alam merupakan sebahagian kompleks sukan Shah Alam, Stadium Malawati disebelahnyaPhoto from Darul Ehsan Facilities Mangement Sdn Bhd

Walaupun ia berdiri megah sebagai sebuah Stadium. Tak ramai tahu bahawa ia merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam yang turut termasuk Stadium Malawati di sebelahnya.

Sehubungan dengan itu, ia bukan sahaja digunakan untuk perlawanan bola sepak sahaja. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain untuk melakukan acara lain, contohnya seperti olahraga.

Disebabkan itu ia juga dianggap sebagai sebuah tempat yang serbaguna.

Mengambil Inspirasi Daripada Penyu Untuk Menghasilkannya

Bahagian bumbung rupanya macam penyu kan?Photo from Harian Metro

Kalau nak tahu ia memiliki enam tingkat di bahagian dalam. Struktur rangkanya juga merupakan gerbang berdiri bebas terpanjang dalam dunia. Selain itu, siapa sangka haiwan tempatan bertanggungjawab dalam proses pembinaan tau.

Ia dikatakan mengambil inspirasi daripada bentuk penyu yang seakan sama di bahagian bumbung. Maka tidak terkejut kenapa ramai warga Shah Alam sering katakan ini menjadi mercu tanda bandar industrial ini.

Apa pendapat anda sama tak?Photo from Kabar24

Sungguh megah seni bina keseluruhannya.

Ditutup Sejak 2020 Untuk Kerja Pembinaan Semula

Ia telah ditutup sejak tahun 2020 untuk baik pulih tetapi dilanda banyak masalahPhoto from SOLIDARITAS

Sebenarnya stadium ini telah lama ditutup sejak awal tahun 2020. Ini kerana kerja pengubahsuaian dan pembinaan semula telah dirancang serta jangka siap pada tahun 2022.

Namun, pada waktu itu berlakunya banjir besar melanda di Selangor telah menyebabkan kerja ini terhenti seketika. Kesan daripada banjir tersebut telah menjejaskan kualiti padang di stadium.

Taktalah waktu itu situasi Covid-19 juga telah melambatkan proses membaik pulih sepenuhnya.

Akibat banjir, padang stadium pun turut rosakPhoto from Selangor.Travel

Bakal Dinaik Taraf Menjadi Moden Dan Setanding Stadium Antarabangsa?

Replika rupa baru Stadium Shah AlamPhoto from Bernama

Jadi apakah nasib bakal melanda pada mercu tanda bandar Shah Alam? Menurut sumber, proses roboh dan membina semula dijangka siap dalam masa 3 tahun dan mampu bersaing dengan Stadium Antarabangsa.

Contohnya, Stadium Anfield yang merupakan rumah kelab gergasi Liverpool. Selain itu, ada juga mengatakan ia seperti Stadium Tottenham Hotspur di London yang mengutamakan teknologi canggih dengan padang mudah alih.

Ini untuk memudahkan stadium untuk digunakan untuk acara lain seperti persembahan dan sebagainya.

Kos Naik Taraf Menelan Sebanyak RM787 Juta Dengan Fasiliti Lebih Moden!

Antara gambaran konsep stadium baru Photo from Berita Harian

Antara perubahan yang bakal berlaku seperti mempunyai kapasiti antara 35,000 sehingga 45,000 penonton. Setiap tempat duduk akan dilengkapi dengan sistem penyejukan untuk memberi keselesaan ketika menonton perlawanan.

Menurut Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), "Projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dengan keluasan  76.08 hektar akan mempunyai sebuah stadium bertaraf dunia.

Merangkumi 60% keseluruhan kawasan projek pembangunan. Selebihnya, 40% akan menempatkan ruang rekreasi awam dan ruang komersial bagi menyemarakkan interaksi dalam komuniti serta memberi peluang untuk golongan usahawan,"

Konsep kompleks sukan Shah Alam baru yang akan memberikan peluang gaya hidup lebih sihatPhoto from Kosmo Digital

Tambahan pula, rekabentuk moden akan menyelesaikan masalah trafik dengan menghubungkan pengangkutan awam. Ini kerana LRT Stadium Shah Alam dijangka siap tahun depan akan memudahkan penonton seperti di Bukit Jalill.

Di samping itu ini beberapa fasiliti bakal hadir di kawasan ini:

  • Pembinaan Kompleks baru akan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM787 Juta (anggaran)
  • Keluasan 76.08 Hektar, 60% digunakan untuk Stadium, 40% Ruang Komersial & Awam untuk hasilkan interaksi komuniti tempatan
  • Mempunyai Kawalan Kelembapan Dalaman, ETFE Ceramic Coating & Sistem Penyejukan di tempat duduk
  • Akan memiliki Papan Skor Elektronik, Ruang Legar Mesra OKU, Ruang korporat & bilik persalinan
  • Taman permainan, Zon rekreasi hijau dan hab rekreasi untuk digunakan oleh komuniti
  • Mempunyai zon aktiviti gaya hidup sihat termasuk rekaan inovatif
  • Terdapat Stesen LRT Shah Alam bersama mod acara seperti konsert atau persembahan
  • Padang boleh dialih (Retractable Pitch) untuk memberi ruang persembahan dan sebagainya

Sebuah mercu tanda pasti akan dirinduiPhoto from Bernama

Justeru itu, apa kenangan manis anda pada Stadium Shah Alam?

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok