Warong Tiga Lima, Warung Klasik Di Tengah Bandar Bangkitkan Nostalgia Zaman Dahulu Kala!
Kalau orang lain sibuk nak buat kafe yang aestatik dengan bermacam-macam tempat yang instagramable, lain pula hal nya dengan Warong Tiga Lima yang kini semakin popular di sekitar Shah Alam.
Photo from Instagram Warong Tiga Lima
Seunik namanya, warung ini bakal menggamit kenangan zaman dahulu kala kerana mengetengahkan konsep klasik khususnya pada tahun 60-an dan 70-an.
Photo from Instagram Warong Tiga Lima
Nama dari buku tiga lima
Nama Warong Kopi Tiga Lima ini diilhamkan daripada buku hutang popular dulu-dulu iaitu buku tiga lima atau 555 yang cukup sinonim sebagai buku 'hutang' atau di zaman sekolah, buku pengawas untuk mencatit nama pelajar yang bermasalah.
Photo from Instagram Warong Tiga Lima
Barangan di dalam warung itu juga mengikut konsep zaman dahulu kala malah pemilik turut menjadikan barangan antik peribadi sebagai hiasan.
Photo from Instagram Warong Tiga Lima
Selain itu, bagi membangkitkan nostalgia lama, semua staf akan memakai pakaian dulu-dulu serta lagu-lagu yang berkumandang semuanya adalah daripada filem hit seniman Lagenda P-Ramlee dan juga penyanyi-penyanyi yang popular pada waktu tersebut.
Photo from Instagram Warong Tiga Lima
Nasi lemak, kuih-muih dan banyak lagi
Dari segi makanan dan kopi yang ditawarkan, semestinya ia mengikut konsep warung itu yang juga seperti zaman dahulu kala cuma dimodenkan sedikit. Gabungan kopi terpilih digabungkan membuatkan aromanya cukup memikat rasa.
Photo from Instagram Warong Tiga Lima
Makanan popular yang menjadi pilihan tentunya nasi lemak signatur mereka sangat laku keras. Ditambah pula dengan makanan tambahan iaitu ikan masin bulu ayam serta dibalut dengan daun pisang. Memang betul-betul menggamit memori zaman dahulu.
Photo from Instagram Warong Tiga Lima
Selain itu, ada juga menu roti titab, cucur, lempeng, roti jala, roti bakar, kuih-muih dan lain-lain.
Photo from Instagram Warong Tiga Lima
Sekiranya anda merancang untuk ke sini, pastikan anda datang awal atau pun bukan pada waktu puncak kerana warung ini sering dibanjiri orang ramai terutamanya penduduk lokal.
?Taman Majlis, Seksyen 10, Shah Alam
⏰ Selasa-Ahad (Isnin tutup), 8 pagi -11 pagi, 4 petang - 10 malam
Anda mungkin suka: