download Jom Explore app
Ayam Pedas Berperisa Menggunakan 65 Bahan Untuk Masak!

Ayam Pedas Berperisa Menggunakan 65 Bahan Untuk Masak!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 25 Apr 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Ayam 65 ialah antara hidangan popular untuk dipilih ketika menjamu selera di restoran nasi kandar atau daun pisang kegemaran kita. Dengan rasa pedasnya yang menggiurkan ditambah dengan haruman daun kari, tidak hairanlah ramai orang menyukainya!

TasteAtlas meletakkannya di tempat keempat dalam kalangan 28 hidangan ayam goreng terbaik di dunia, dan ia menjadi popular di negara asalnya di India sebelum menemuinya di pinggan makan di Malaysia.

Ayam 65 digemari ramai ketika kita makan di mamak atau banana leaf kegemaran kitaPhoto from Pinterest

Hairanya mengapa ada nombor di dalam namanya? Adakah benar bahawa resipi memerlukan 65 bahan untuk menghasilkan hidangan ini. Atau adakah ia hanya satu lagi teori yang menambah kepada kisah melazatkan hidangan ayam kesayangan kita?

Misteri Sebalik Nombor 65 Yang Melazatkan!

Banyak teori tentang bagaimana terhasil hidangan melazatkan niPhoto from Pinterest

Terdapat banyak teori dan kisah tentang asal-usul original Chicken 65. Menambah misteri kesedapan ada satu teori popular menceritakan bahawa ia telah diperkenalkan di kantin tentera di selatan India.

Ia disenaraikan sebagai item 65 di menu. Maka, Ayam 65. Tambahan pula, teori lain membuat spekulasi bahawa ia dipanggil selepas tahun ke-65 India merdeka daripada kawalan British, melambangkan semangat patriotik negara dalam hidangan itu.

Walaupun begitu, terdapat bukti bahawa hidangan itu berasal dari Tamil Nadu, sebuah negeri di selatan India. Ia dianggap berasal dari Chennai (sebelum ini dikenali sebagai Madras), apabila tukang masak mencuba perapan ayam dengan pelbagai rempah ratus.

Menurut Hotel Buhari di Chennai, mereka mendakwa telah menghasilkan hidangan itu kerana pemiliknya menyediakannya pada Malam Tahun Baru, 1 Januari 1965. Pemilik menawarkan hidangan ayam baru kepada pengunjung dan apabila mereka bertanyakan namanya,

Buhari Hotel di Chennai, India mendakwa mereka telah hasilkan hidangan niPhoto from MakeMyTrip

Pemilik hanya berkata "Ini ayam 65!"

Rasa Pedas Menyengat Dengan Haruman Wangi

Rasa pedas, smoky dan sedikit rasa masam membuatkan sangat sedap di makan bersama kari dan nasiPhoto from Farah J.Eats

Apa yang membezakan Ayam 65 daripada pelbagai hidangan ayam goreng yang lain ialah profil rasa yang wangi, pedas, berani dan melazatkan. Lazimnya dihidang dalam bentuk ketulan ayam bersaiz kecil yang diperap dalam gabungan rempah dan herba.

Bahan-bahannya termasuk serbuk cili, kunyit, halia, bawang putih, dan daun kari. Walau bagaimanapun, komponen utama adalah yogurt meningkatkan rasa ayam yang diperap apabila digoreng dengan sempurna. Akibatnya, daging kekal lembap dan lembut manakala permukaannya rangup.

Kunci kepada rasa Ayam 65 yang tidak dapat ditolak terletak pada perapannya. Pelbagai rempah ratus diserap oleh ayam membuatkan banyak lapisan perisa menggabungkan haba, rasa pedas dan wangi menjadikan setiap suapan kegembiraan deria.

Walaupun ia terkenal dengan kepedasanya untuk pemakan yang tidak pedas jangan risau. Oleh kerana tahap kepedasan boleh disesuaikan untuk menjadikannya sesuai dengan selera semua orang.

Mengekalkan Identiti Dengan Resipi Asal

Buhari Hotel masih menyediakan mengikut resipi asal ini contohnyaPhoto from The Indian Express

Walaupun terdapat banyak resipi Ayam 65 di internet. Buhari Hotel kekal dengan resipi original, mempersembahkan ayam berempah yang digoreng dengan sempurna. Chef pakar kekal menggunakan bahagian drumstick dan paha ayam tanpa kulit dan tulang.

Ketulan ayam diperap dalam yoghurt, menghasilkan rasa lazat dengan campuran rempah istimewa. Buhari tidak mendedahkan gabungan rempahnya, tetapi hidangannya mempunyai tekstur sangat ranggup berterima kasih kepada perapan digunakan.

Rasa ketumbar, jintan manis, halia dan bawang putih boleh dirasai di sebalik kerak rangup dagingnya yang lazat. Warna merah yang menyerlah adalah kerana penambahan serbuk cili merah, menambah rasa berasap pada hidangan.

Buhari hotel turut menawarkan beberapa hidangan lain yang melazatkanPhoto from LBB

Mereka menghidangkannya dengan acar lobak merah dan potongan ubi bit, limau nipis dengan sos thousand island tersendiri. Ia sama seperti makan ayam tandoori di mamak kegemaran kita.

Resipi Untuk Hasilkannya Di Rumah

Nak hasilkan di rumah pun senang sahajaPhoto from Pinterestr

Bahan yang diperlukan:

  • 500g ayam tanpa tulang, potong bentuk dadu/kecil
  • 2 sudu besar yogurt
  • 1 sudu besar pes halia & bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk cili merah & garam masala
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam & daun kari

Hiasan:

  • Hirisan bawang besar
  • Limau
  • Daun ketumbar atau lobak merah

Pastikan korang perap sekurangnya 30 minit atau semalaman supaya rasa dapat diserap sepenuhnyaPhoto from Yummy Tummy

Cara memasak:

  • Dalam mangkuk campurkan kesemua bahan perapan dengan beberapa helai daun kari
  • Salutkan ayam ke dalam perapan, pastikan disalut sama rata
  • Biarkan diperap sekurang-kurangnya 30 minit atau semalaman lebih baik
  • Goreng secara berkelompok sehingga garing dan ranggup
  • Angkat ketepi dan goreng halia, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau dan masukkan semula ayam
  • Kalau nak pedas tambahkan cili padi kalau tidak teruskan masak sehingga bau jadi sebati
  • Hidangkan bersama hiasan untuk menikmatinya!

Masakan india cukup tekenal dengan pengunaan rempah ratus, memang nikmat betul ayam 65!Photo from Butterkicap

Justeru Ayam 65 menonjol dengan kisahnya dan rasa berapi menyelerakan. Asal-usulnya mungkin menjadi sebuah misteri dalam dunia kulinari namun tidak menghalang kita untuk menikmati rasanya!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok