download Jom Explore app
Kenapa Shah Alam Dipilih Sebagai Ibu Negeri Selangor Eh?

Kenapa Shah Alam Dipilih Sebagai Ibu Negeri Selangor Eh?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 21 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Memandangkan sekarang tengah bulan Kemerdekaan, kalau min tanya anda ibu negeri bagi setiap negeri. Anda rasa boleh jawab dengan betul tak?

Atau mungkin ada kesalahan sedikit kerana tertukar nama. Ibu negeri berbeza daripada ibu negara kerana ia merujuk kepada bandar pentadbiran bagi sesuatu negeri. Contohnya, Ipoh bagi negeri Perak.

Kalau ibu negara Malaysia Kuala Lumpur, ibu negeri pula anda ingat?Photo from Jurnal Malaysia

Biasanya bandar yang dipilih merupakan bandar penting dalam negeri tersebut disebabkan kebanyakan pejabat tadbir dan pemimpin negeri tinggal di bandar tersebut.

Oleh itu, tahukah anda sejarah pembentukan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur berkait rapat dengan ibu negeri Selangor? Haa.. macam ini ceritanya.

Tanpa Kuala Lumpur, Shah Alam mungkin tidak akan wujud hari iniPhoto from iproperty

Kenapa Shah Alam Berkait Rapat Dengan Kuala Lumpur?

Asalnya Kuala Lumpur ialah pusat pentadbiran negeri SelangorPhoto from TripSavvy

Untuk pengetahuan umum, keputusan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai wilayah persekutuan berkait rapat dengan pengisytiharan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor.

Pada asal penubuhan negara Malaysia. Negeri Selangor mempunyai peranan penting dalam pembentukan serta perkembangan. Ini kerana pembangunan Selangor mendahului berbanding negeri lain.

Oleh itu, Kuala Lumpur telah menjadi pusat pentadbiran bagi Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, segala aktiviti perdagangan, perniagaan dan perbankan berjalan di sini sebelum menjadi wilayah persekutuan.

Penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pada 1 Februari 1974

Pada 1 Februari 1974, Sultan Selangor telah tanda tangan untuk menyerah Kuala Lumpur menjadi Wilayah PersekutuanPhoto from FB | Orang Wangsa Maju

Asalnya, Bangunan Sultan Abdul Aziz Samad yang berhadapan dengan Dataran Merdeka ialah tempat pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Tetapi keputusan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menandatangani Perjanjian Wilayah Persekutuan. Memberi kesan kepada penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974.

Sebelum ini bangunan Sultan Abdul Samad ialah pusat pentadbiran negeri SelangorPhoto from River Of Life

Selangor tidak lagi mentadbir Kuala Lumpur. Pentadbiran Kuala Lumpur diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan dan berubah menjadi ibu negara Malaysia.

Bermulanya Penubuhan Shah Alam, Ibu Negeri Selangor

Sungai Renggam yang dipilih untuk bangunkan bandar Shah AlamPhoto from FB | Sahabat Shah Alam

Walaupun negeri Selangor telah hilang pusat pentadbiran mereka. Dengan cepat kerajaan negeri mencari kawasan baru yang boleh diusahakan dan dijadikan pusat pentadbiran negeri.

Terletak 25 km ke arah barat daya Kuala Lumpur. Sebuah kawasan dikenali sebagai Sungai Renggam telah dipilih kerana lokasinya yang strategik untuk dijadikan pusat pentadbiran.

Lokasi yang strategik menjadi antara faktor kenapa Shah Alam dijadikan bandarPhoto from FB | Sahabat Shah Alam

Lokasi ini meliputi kawasan Batu Tiga yang telah menjadi pusat perladangan tanaman kelapa sawit dan getah sebelum negara merdeka. Kemudian, Sultan Selangor mengubah nama Sunggai Renggam menjadi Shah Alam.

Nama tersebut diambil sempena nama Almarhum ayahanda baginda, Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.

Shah Alam kini menjadi bandaraya berdiri sama taraf dengan Subang Jaya dan Petaling JayaPhoto from EdgeProp

Fakta Ringkas Tentang Ibu Negeri Selangor, Shah Alam

Shah Alam cukup terkenal sebagai Bandar PerindustrianPhoto from Industrial Malaysia

Terkenal dengan gelaran 'Bandar Perindustrian' kerana menempatkan kilang dan kawasan perindustrian. Ini beberapa fakta ringkas tentang ibu negeri Selangor, Shah Alam:

  • Selain 'Bandar Perindustrian', ia juga digelar dengan gelaran 'Bandar Raya Anggerik'
  • Shah Alam mempunyai jumlah sebanyak 56 seksyen yang dibahagikan kepada utara, tengah dan selatan
  • Setiap seksyen diberi tema nama bagi jalan yang terdapat di seksyen tersebut. Contohnya, Seksyen 7 diberi tema permata dan galian
  • Shah Alam mempunyai susunan dan struktur bandar serupa dengan Petaling Jaya dan Subang Jaya

Mempunyai 56 seksyen dan setiap seksyen mempunyai tema untuk jalan raya tau!Photo from EdgeProp

Justeru itu, jika tidak wujudnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nescaya, ibu negeri Selangor akan dipindahkan ke Shah Alam.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok