download Jom Explore app
Restoran Soto Shah Alam Ada Lebih 40 Lauk!

Restoran Soto Shah Alam Ada Lebih 40 Lauk!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 27 Jun 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Drama setiap hari yang kita sering hadapi adalah drama memikirkan nak makan apa untuk tengah hari ini? Asyik-asyik tak jumpa jawapan untuk soalan yang setiap hari bermain dalam fikiran kita. Haa.. sebab itulah korang kena cuba makan dekat Restoran Soto Shah Alam kerana mereka mempunyai lebih daripada 40 jenis lauk untuk korang pilih tau mana tau dapat menyelesaikan drama korang tu.

Mana tak drama kan lagi-lagi kalau keluar ramai-ramai mesti pening nak fikirkan kedai apa yang sedap dan mempunyai makanan yang memenuhi citarasa setiap orang dalam kumpulan. Haa.. sebab itulah orang Shah Alam tak hadapi masalah seperti ini tau.

Diorang singgah je kat Restoran Soto Shah Alam ni untuk menikmati pelbagai juadah untuk sarapan pagi sehingga la untuk makanan tengah hari. Sebab tu ramai tau orang yang makan dekat sini terutama waktu lunch.

Bukan itu je, lauk-lauk yang ada dekat sini bukanlah kuantiti semata-mata, semuanya dimasak dengan teliti menggunakan bahan berkualiti dan mereka memastikan iannya dalam keadaan teratur dan bersih.

Sampai Shah Alam Cari Kedai Ini Untuk Menikmati Pelbagai MakananPhoto from Hajar Zainal

Best kan? Tapi mestilah korang nak tahu lebih kenapa orang Shah Alam memang suka singgah makan kat sini. Jom!

Ada Nasi Campur, Nasi Lemak, Soto, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Ikan Bakar Pun Ada Tau, Macam-macam Lah Ada!

Haa.. Korang Tengok Lah Macam-Macam Lauk Jenis Ada Untuk DipilihPhoto from Intan Syarifah

Apa yang membuatkan restoran ini terkenal di kalangan penduduk kawasan Shah Alam adalah pilihan makanan yang ditawarkan oleh mereka. Terdapat pelbagai jenis pilihan makanan yang korang boleh pilih mengikut kesukaan serta bajet makan korang.

Hidangan utama mereka semestinya nasi campur dengan lebih daripada 40 jenis pilihan lauk untuk dipilih tau! Haa.. macam-macam yang ada ketika korang beratur untuk memilih lauk kegemaran korang. Ada lauk wajib seperti ayam masak merah, ayam masak kicap, pilihan sayur, kuah lemak, dan kadang kala siap ada siput sedut masak lemak cili api lagi.

Memang boleh rambang mata melihat banyak lauk untuk korang pilih ni, itu belum campur dengan ikan yang dibakar segar di hadapan kedai memang akan membuatkan korang terliur dengan baunnya serta rupa ikan yang dibakar segar bersama sambal dibaluti dengan daun pisang.

Selain itu, soto pun ada mengikut pesanan korang. Soto yang dimasak segar sewaktu dipesan dipadankan dengan bergedil dipenuhi rempah bersama sup panas merupakan alternatif kalau korang taknak makan nasi.

Bukan itu je, menurut pelanggan mereka kadang kala terdapat pilihan seperti nasi lemak, nasi dagang atau nasi kerabu bergantung pada hari dan masa menambah kepada kepelbagaian makanan yang dijual di sini.

Terliur Tengok Macam-Macam Lauk AdaPhoto from Intan Syarifah

Haa.. selalunya, pelanggan mereka rekomenkan untuk korang yang kali pertama makan di kedai ini untuk mencuba lauk nasi campur dengan ikan bakar serta soto mereka kerana itu adalah kepakaran restoran ini.

Kuih Tradisional Pun Ada Untuk Dijadikan Manisan Mulut

Kuih Muih Pun Ada Untuk Dijadikan Pencuci MulutPhoto from Ibrahim Abdullah

Pilihan makanan tidak terhenti disitu sahaja, kadang kala selepas melantak makanan berat yang mempunyai pelbagai rasa masam, masin, pedas mulut kita inginkan sesuatu yang ringan dan manis untuk melengkapkan seluruh deria rasa kita.

Haa.. korang jangan terkejut ketika beratur memilih lauk nasi campur ada bahagian untuk pilih kuih tradisional jugak tau! Bukan satu jenis je, macam-macam jenis kuih tradisional pun ada mengikut selera korang jugak tau.

Aneka kuih yang korang boleh pilih seperti kuih seri muka, kuih lapis merah putih, pulut panggang, lepat pisang, lempeng pisang, akok, bingka ubi dan pandan dan roti jala pun ada. Wow, tak sangka ada macam-macam korang boleh pilih sampai pening kepala nak mula dengan mana satu kan?

Menurut pelanggan, sudah menjadi norma untuk korang memilih makanan berat kemudian menikmati kuih yang disediakan untuk mencuci mulut selepas menikmati pelbagai pilihan lauk.

Rambang Mata Tengok Kuih Yang AdaPhoto from Dark Tenno

Pilihan kuih yang disediakan pun dapat memenuhi citarasa setiap pelanggan kerana bukan satu dua sahaja, malah terdapat pelbagai yang akan menjadi kegemaran setiap pelanggan. Mestilah ada satu jenis kuih yang korang pasti akan ambil tiap kali korang melihatnya betul kan?

Kena Datang Awal, Kalau Tak Menyesal!

Selain Daripada Nasi Campur, Soto Pun Digemari RamaiPhoto from Intan Safinaz

Min nak pesan awal-awal dekat korang, pastikan korang datang tepat pada waktunya untuk mengelakkan rasa menyesal melihat ramai pelanggan sedang beratur mencari tempat duduk serta membuat pilihan makanan.

Walaupun, kedai ini telah dibesarkan mereka mempunyai ramai pelanggan tetap yang kerap menjadikan restoran ini destinasi wajib untuk makan tengah hari. Selain itu, harga makanan yang ditawarkan adalah mampu milik dan sediakan sebuah bajet sebelum pergi takut korang ambil makanan secara tak sedar sebab asyik terliur lihat pelbagai jenis makanan yang ada.

Bukan itu sahaja, korang pun boleh datang untuk menikmati sarapan pagi yang menghidangkan roti canai dan berberapa pilihan kuih yang bersesuaian untuk sarapan pagi.

Aneka Kuih Muih Dan Makanan Lauk Menjadikan Tempat Ni Kegemaran Orang Shah AlamPhoto from Izura Hiza

Haa.. macam mana, adakah korang akan singgah untuk melihat sendiri pelbagai jenis makanan yang disediakan? Ataupun korang ingin datang pada hujung minggu bersama keluarga ataupun kawan-kawan untuk menikmati lauk tengah hari sambil bergelak ketawa!

📍No. 12, Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor
⏰Setiap Hari (7am - 7pm)

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok