Khas Untuk Peminat Llaollao, 6 ‘Menu Rahsia’ Wajib Cuba!
Hampir majoriti warga tempatan pasti mengenali llaollao kan? Jenama yogurt beku dari Sepanyol menjadi kegemaran ramai dengan tekstur lembut, rasa manis dan masam serta pelbagai pilihan topping boleh anda cuba.
Maka tidak hairanlah mengapa llaollao menjadi kegemaran ramai. Terutama mereka yang ingin menikmati pencuci mulut yang lebih sihat.
Photo from Travellah
Tetapi min ada rahsia untuk dikongsikan dengan anda semua. Berikut adalah beberapa kombinasi 'rahsia' anda boleh cuba yang pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur dan mahu mencubanya.
Photo from IG | llaollaomalaysia
Menu Rahsia Llaollao, Sos Karamel + Granola + Sos Biscoff
Photo from Lemon8
Kombinasi rahsia pertama sangat sesuai bagi peminat sos karamel yang pekat serta manis. Penambahan Granola pula dapat memberikan tekstur rangup manakala sos Biscoff menambah elemen berkrim dalam pencuci mulut anda.
Kombinasi ini sangat memuaskan dan sesuai bagi mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza.
Ovalmaltine + Kiwi + ChipsAhoy
Photo from Lemon8
Jenama Ovalmaltine memang terkenal dengan rasa coklat malt berkrim serta pekat. Bila digandingkan dengan buah kiwi, rasa segar dan masam pasti akan menyegarkan deria rasa anda.
Tambah pula dengan biskut Chips Ahoy, sudah tentu tekstur rangup itu akan membuatkan ramai jatuh cinta dengan kombinasi ini.
Ovalmaltine + Strawberi
Photo from llaollao
Gabungan coklat dan strawberi sentiasa menjadi padanan yang sempurna. Kombinasi ini bukan sahaja menyegarkan, malah cukup menyelerakan bagi peminat rasa manis!
Tambahan pula, yogurt llaollao yang masam akan beri rasa seimbang serta mengelakkan rasa muak terlalu cepat. Oleh itu, jika anda gemar makan buah, min sarankan cuba yang ini tau.
Ovalmaltine + Sos Biscoff + Granola
Photo from Lemon8
Teringin nak nikmati deria rasa anda meletup? Apa kata anda cuba kombinasi llaollao yang ini.
Rasa coklat malt pekat bergabung dengan sos biscoff memberikan kombinasi cukup menarik, manis dan sedikit masin. Dengan sentuhan tekstur rangup dari Granola, sudah tentu setiap gigitan anda menjadi lebih puas.
Sos Pistachio + Granola + Serbuk Biscoff
Photo from Lemon8
Umum mengetahui sos pistachio llaollao memang sedap! Rasanya pekat, berkrim membuatkan ramai memilih sos ini. Rasa kacang sos tersebut sangat sesuai untuk digandingkan dengan granola serta serbuk biskut Biscoff.
Kombinasi ini menghasilkan rasa mewah, rangup dan menyelerakan.
Double Chocolate + Serbuk Biscoff
Photo from Pinterest
Kombinasi terakhir llaollao ialah khas untuk peminat coklat setia, ini khas untuk anda! Double chocolate akan menambah rasa pekat yang sinonim dengan manisan ini.
Ditambah dengan serbuk biscoff, anda dapat menikmati elemen rangup bergabung dengan rasa pekat tersebut. Seperti makan kek tau!
Memang menarik bagi mereka yang ingin menikmati pencuci mulut yang 'extra' coklat.
Apa Sebenarnya Keistimewaan Llaollao?
Photo from Mitsui
Bagi mereka yang tidak pernah mencuba pencuci mulut llaollao, anda pasti tertanya mengapa ia begitu popular kan?
Yogurt llaollao bukan sahaja berkualiti, tetapi rendah kalori dan kaya dengan khalsium. Tambahan pula, yogurt ini kaya dengan probiotik membuatkan ia bagus untuk sistem penghadaman anda.
Photo from Lemon8
Sesuai untuk dimakan bagi mereka yang ingin menjaga berat badan, tetapi masih mahu menikmati rasa manis dalam mulut. Selain itu, kombinasi yang min sarankan adan cuba dapat memberikan rasa unik serta berbeza.
Oleh itu, beberapa faktor ini membuatkan ramai warga tempatan menjadi peminat llaollao. Jika anda tidak pernah mencubanya, apa salahnya guna kombinasi rahsia yang min kongsikan ini.
Photo from llaollaomalaysia
Kombinasi Rahsia Llaollao, Anda Pasti Akan Menyukainya!
Photo from IG | llaollaomalaysia
Justeru itu, min harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda serta peminat llaollao di negara. Tidak dinafikan, perasaan dapat hasilkan kombinasi sendiri melalui pemilihan topping memang seronok dan membuatkan pencuci mulut ini sungguh unik.
Mungkin korang suka: