5 Kedai Mee Tarik Halal Wajib Cuba!
Populariti makanan Cina, Mee Tarik semakin melonjak kerana media sosial. Makanan berasal dari utara Cina dikenali sebagai Lanzhou di sana menjadi kegemaran ramai warga tempatan terutama di kawasan Lembah Klang.
Mee Tarik diperbuat daripada sup daging lembu dihasilkan oleh penduduk Cina Muslim. Ia mempunyai sup berwarna jernih dan tidak mengandungi kicap, menghasilkan rasa lebih ringan.
Garam, rempah dan herba akan menambah rasa berperisa pada asas sup tersebut. Kemudian, mi akan diuli dan ditarik menggunakan tangan bagi menghasilkan mi lazat serta kenyal menjadi padanan sempurna bersama sup tersebut.
Jangan lupa hidangan sampingan seperti ladu untuk pastikan kita betul kenyang.
Photo from yizunoodles
Dari Mana Datangnya Mee Tarik?
Photo from VICE
Kini semakin banyak kedai mee tarik dibuka di bandar Kuala Lumpur. Majoritinya akan sentiasa penuh dengan pelanggan daripada pelbagai latar belakang untuk menikmati semangkuk mee sup menyelerakan.
Mengikut tradisi tempatan ia dicipta oleh seorang lelaki Cina Hui dari Lanzhou (ibu kota wilayah Gansu) bernama Ma Baozi. Orang Hui majoritinya orang muslim menghasilkan variasi daging lembu halal yang serasi dengan diet mereka.
Photo from VICE
Secara tradisional terdapat lapan gaya mee yang berbeza boleh dinikmati. Bermula daripada nipis (ada 3 jenis), tebal (2 jenis), prisma, lebar dan paling lebar. Haa.. menarik kan? Kalau begitu ini 7 kedai paling sedap untuk korang cuba di Lembah Klang.
1. Mee Tarik Restoran Jalan Sultan
Photo from IG | graceats.my
Merupakan antara kedai paling popular yang terletak di kawasan pelancong utama, iaitu Pasar Seni, Kuala Lumpur. Terkenal dengan resipi mee mereka penuh aroma dan rasa herba kuat dalam sup mereka.
Tempat makan selesa menawarkan pengalaman makanan asli dari Cina memberikan rasa tradisional yang asli. Sesuai sangat untuk mereka yang ingin cuba buat kali pertama pasti dapat membuka mata untuk menikmati pengembaraan makanan cina halal.
Photo from IG | graceats.my
Restoran ini juga sangat mudah untuk cari dan korang boleh menaiki LRT sahaja untuk pergi ke lokasinya.
📍 36, Jalan Sultan, Pusat Bandar, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia
⏰ Setiap hari (12 pm - 6 am)
2. Four Seasons Noodle House
Photo from Fatimah Azzara
Penduduk di Cyberjaya, Putrajaya dan sekitar kawasan tidak perlu pergi jauh ke pusat bandar untuk menikmati semangkuk. Korang boleh sahaja singgah ke Four Seasons Noodle House tau.
Selain daripada mee, mereka turut tawarkan hidangan seperti nasi, ladu dan roti. Pilihan vegetarian pun ada bagi individu yang tak makan daging atas pilihan sendiri. Pelanggan yang pernah cuba meninggalkan ulasan bagus dan berbaloi untuk mencuba di kawasan Cyberjaya.
Dengan harga yang berpatutan, patutlah ramai orang suka.
Photo from Fatimah Azzara
📍 D3-03-12, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor.
⏰ Setiap hari (11 am - 11:30 pm)
3. Mee Tarik Faizal Kong
Photo from Selmyine muhd
Haa.. yang ini sedikit istimewa kerana mempunyai sentuhan orang tempatan. Kerana mee tersebut dibuat oleh orang warganegara kita sendiri yang dikenali sebagai Faizal Kong. Beliau bukan calang-calang rupanya.
Faizal mempunyai kepakaran dalam menghasilkan makanan ini setelah memulakan perniagaan di tepi jalan terlebih dahulu. Kemudian membuka sebuah restoran untuk memberi orang rasa makanan yang lebih dekat dengan orang tempatan.
Photo from Aiman Sali
Menawarkan sedikit kelainan berbanding kedai lain berbaloi untuk cuba! Tambahan pula, mee kari pun ada juga.
📍 Lot LG1.09, Pusat Beli Belah KL Gateway, 2, Jalan Kerinchi, Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
⏰ Setiap hari (10 am - 10 pm)
4. Restoran Lamb Shepherd
Photo from IG | yoga0071
Terletak dalam bandar Kuala Lumpur, restoran ini pula terkenal dengan kepakaran mereka menghasilkan hidangan menggunakan daging kambing. Pelbagai hidangan berperisa masakan asli dengan minuman herba untuk hilangkan rasa dahaga di tekak.
Menu kegemaran ramai seperti kambing pedas, kacang panjang tumis dan sup ikan bersama sayur jeruk membuatkan kedai ini popular. Mempunyai persekitaran selesa membuatkan pengalaman makan lebih santai.
Jika korang teringin mencuba makanan Cina yang pedas, min rekomen korang singgah ke sini.
📍 Jalan 4/27F Off Jalan Genting Klang, Desa Setapak No.8A Ground Floor, Kuala Lumpur 53300 Malaysia.
⏰ Tutup (Isnin) Isnin - Jumaat (11:30 am - 7 pm) Sabtu - Ahad (11:30 am - 6:30 pm)
5. Restoran Cina Muslim Al Amber
Photo from Amber Chinese Muslim Restaurant
Juga menjadi antara restoran cina muslim yang terkenal menghidangkan pelbagai makanan asli cina yang halal. Sejak membuka cawangan pertama pada tahun 2009, Keistimewaan mereka menghidangkan makan dengan bahan segar.
Termasuk rempah diimport dari Cina. Selain mee tarik, ada banyak sangat makanan ditawarkan sehingga min sendiri tak tahu nak mula dari mana. Paling penting Amber menjanjikan pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan.
Sebelum ini mereka membuka cawangan di Nexus Bangsar South. Kini korang boleh singgah di Bangunan LGM, Jalan Ampang untuk menikmati makanan mereka.
Photo from Amber Chinese Muslim Restaurant
📍 Amber LGM KLCC Junction, Ground Floor, Bangunan Getah Asli, 148 Jalan Ampang 50250 Kuala Lumpur
⏰ Setiap hari (11:45 am - 9:30 pm)
Mungkin korang suka: