Normah’s Place: Restoran Malaysia Terbaik Di London!
Walaupun anda sedang bercuti di Kota London sekalipun, tidak bermakna anda tidak boleh jumpa restoran Malaysia tradisional. Terletak dalam Pasar Queensway, terdapat Normah's Place yang menjadi kegemaran ramai.
Zaman sekarang warga Malaysia sudah merantau ke merata dunia. Kebanyakan sudah berani untuk mencuba nasib membina kehidupan di negara orang untuk menikmati budaya serta gaya hidup yang berbeza.
Photo from Douglas & Gordon
Tidak kira sama ada untuk tujuan belajar, bekerja atau membuka perniagaan. Contohnya seperti kota London, United Kingdom yang menjadi antara destinasi utama warga tempatan.
Sebab itu, Normah yang merupakan anak kedua daripada 13 orang adik beradik telah membuka sebuah restoran hidangan Malaysia pada tahun 2020.
Photo from Eater London
Disebalik Dapur Di Restoran Normah's Place, London
Photo from Normah's
Normah's Place diasaskan oleh Normah Abd Hamid. Jika anda mengidam rasa masakan tradisional Malaysia yang autentik di kota London, anda wajib singgah ke sini untuk sempurnakan craving tersebut.
Terletak dalam Pasar Queensway yang berada di antara Stesen Queensway dan Bayswater di Queensway, London. Tambahan pula, Normah memupuk minat memasak apabila ahli keluarga datang pada hujung minggu.
Photo from IG | Normah's Place
"Aroma rendang bercampur bau kari laksa membuatkan ramai orang ingin mencuba makanan tersebut. Makanan ibarat ritual dapat kumpulkan orang bersama dan berkongsi engan orang lain," kata Normah.
Oleh itu mengambil keputusan untuk membuka restoran di London.
Photo from The Infatuation
Hanya Ada Enam Meja, Sudah Cukup Untuk Dapat Rating 10/10!
Photo from Major Foodie
Perkara pertama yang akan mengejutkan anda yang sedang membaca artikel ini, Normah hanya mempunyai enam meja makan dalam restorannya sahaja. Segala persiapan makanan akan dimasak oleh dirinya.
Manakala anaknya akan mengambil pesanan serta menghantar makanan ke meja. Walaupun Normah bukan seorang cef terlatih, makanan yang dihasilkan membuatkan kedainya sentiasa mendapat ulasan 10/10 atau 5 bintang.
Orang London Pun Suka Makanan Malaysia
Photo from TikTok | eatingwithtod
Antara pempengaruh terkenal, eatingwithtod telah mengunjungi Normah's Place dan menikmati masakan yang dihasilkan oleh Normah. Dalam video dihasilkan bertajuk Secret Malaysian Cafe In London.
Tod penuh berselera menikmati pelbagai hidangan melazatkan. Contohnya rendang daging, roti canai dan kari laksa. Menurut Tod, setiap hidangan yang dirasai memang tiada bandingannya.
Photo from Normah's
Dia juga memberikan rating 10/10 dan menyatakan sanggup untuk makan di restoran berkenaan setiap hari. Harga untuk setiap hidangan juga murah untuk purata perbelanjaan makanan di London.
Menu Makanan Apa Boleh Nikmati Di Normah's Place?
Photo from Wen QI
Mesti anda tertanya makanan apa disediakan di restoran ini betul? Maklumlah bila kita berada di negara orang, nak cari makanan Malaysia bukan perkara yang mudah!
Tak mungkin orang London reti masak nasi kerabut betul? Di Normah's Place antara makanan yang digemari ramai pelanggan ialah seperti berikut:
- Curry Laksa King Prawn
- Seabass Asam Pedas
- Nasi Lemak Beef Rendang
- Roti Beef Rendang
Photo from Jullen Lambert
Normah turut menyediakan pilihan makanan vegan bagi mereka yang tidak boleh makan daging. Harga untuk kebanyakan makanan boleh dinikmati bawah £16 (RM96) untuk setiap pesanan.
Tambahan pula, ramai pelanggan gemar minum Teh Tarik di sini. Rugi tak cuba!
Photo from Normah's
Justeru itu, jika anda berada di London dan rindukan masakan Malaysia. Anda wajib singgah ke Normah's Place untuk sembuhkan semula rasa rindu negara tanah air, setiap makanan yang dikeluarkan dibuat dengan penuh kasih sayang.
📍 23, 25 Queensway, London W2 4QJ, United Kingdom
⏰ Selasa - Jumaat (5 pm - 9 pm) Tutup Pada Hari Isnin & Ahad
Mungkin korang suka: