Golongan Milenial Paling Kuat Beli Kopi Di Malaysia?!
Budaya kopi semakin membesar pengaruhnya di negara kita. Saban hari warga Malaysia lebih selesa untuk berbelanja duit untuk secawan kopi setiap hari.
Trend ini jelas terlihat pada golongan milenials walaupun diuji dengan kos sara hidup serta harga barang runcit meningkat. Perkara ini dijelaskan oleh CEO EquitiesTracker, Alvin Vong.
Photo from iMoney
Katanya, "Warga Malaysia sanggup habiskan antara RM70-RM100 seminggu hanya untuk kopi. Maka tak hairanlah kenapa jenama kopi tempatan berjaya mencatatkan pendapatan sebanyak RM204.12 juta pada tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2023,"
Photo from The Star
Golongan Milenials Paling Kuat Berbelanja Untuk Kopi
Photo from engage
Angka tersebut telah melonjak dari RM15.68 juta pada 2021. Jelas memberitahu bahawa menikmati secawan kopi bukan sekadar satu trend semata-mata. Ia boleh dianggap sebagai 'gaya hidup'.
Menariknya golongan millenials menyumbang angka yang terbesar dalam hal ini. Menurut laporan Malaysia Coffee Association (MCA) pada 2023 menyatakan bahawa sebanyak 85% minum kopi sekurang-kurangnya sekali sehari.
Photo from The-Business-Times
Kesan daripada peningkatan perbelanjaan ini dapat dilihat dengan kedai kopi tumbuh seperti cendawan. Tidak kisah sama ada berjenama, francais atau tempatan semuannya mempunyai konsep menarik untuk tarik pelanggan.
Namun kita juga sedar bahawa harganya bukanlah murah. Secara purata harga secawan bermula RM10, dengan mudah boleh mencecah RM300 sebulan.
Photo from EHL Insights
Jika Wang Tersebut Disimpan, Silap-Silap Sudah Cukup Untuk Beli Rumah
Photo from MohdZulkifli
Jika sebulan sebanyak RM300 sebulan dibelanjakan. Dalam setahun boleh mencecah RM3,600, jumlah agak besar jika dilaburkan atau simpan untuk masa depan.
"Jika anda melabur RM300 setiap bulan dengan pulangan 6% setahun selama 10 tahun. Anda mungkin dapat kumpul hampir RM48,742. Itu sudah cukup untuk bayar muka 10% sebuah rumah bernilai RM500,000." ujar Alvin.
Photo from Maukerja
"Kalau beli satu cawan setiap dua hari, adan telah habiskan RM223.50 sebulan hanya untuk minuman. Walaupun kos sara hidup semakin naik, orang amai masih tak boleh hidup tanpa minuman pagi dan petang mereka," tambahnya.
Tambahan pula, menurut pemerhati industri melihat terdapat peningkatan kemasukan rangkaian kopi ke Malaysia. Ini dianggap sebagai tanda bahawa corak penggunaan kopi dalam negara kekal sihat, walaupun berdepan dengan suasana ekonomi mencabar.
Photo from Barista
Budaya Kopi Semakin Meningkat Akibat Pengaruh Milenials
Photo from The Star
Gaya hidup budaya mengopi jelas meningkat sejak kebelakangan ini di negara kita. Pecahan daripada budaya tersebut lahirnya peminat kopi istimewa yang majoritinya adalah golongan muda atau milenials.
Mereka mengambil berat tentang minuman ini, malah menganggapnya sebagai kemewahan yang menggembirakan. Peningkatan populariti ini juga telah mendorong kegilaan mesin pembuat kopi.
Photo from Coffee Hero
Apa bezanya versi istimewa dengan yang biasa anda minum? Menurut Persatuan Kopi Khas Amerika (SCAA), minuman ini perlu mendapat 80 daripada 100 mata untuk digredkan sebagai 'istimewa', berbeza daripada 'gourmet' atau 'premium'.
Rasanya pula dipengaruhi oleh ciri khas dan komposisi tanah di mana ia dihasilkan. Contoh, biji yang ditanam di Colombia akan mempunyai rasa berasid tersendiri berbanding biji ditanam di Afrika.
Photo from Perfect Daily Grind
Membuatkan setiap biji berbeza, unik dan mempunyai karakter tersendiri. Mungkin sebab itu tidak terkejut mengapa semakin ramai menjadi coffee lover kan?