download Jom Explore app
Pasport Hilang Semasa Travel? Alamak Macam Mana Ni?!

Pasport Hilang Semasa Travel? Alamak Macam Mana Ni?!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 24 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tengah seronok melihat budaya, keunikan serta kecantikan masyarakat semasa melancong ke luar negara. Tiba-tiba pasport yang anda letak dalam poket hilang dan tidak dapat dijumpai di mana-mana. Apa yang perlu anda lakukan?

Haa.. situasi yang min gambarkan sudah tentu menjadi mimpi ngeri bagi kita semasa bercuti di luar negara. Lebih menakutkan apabila kita bersendirian di tempat orang dan tidak reti berkomunikasi dengan mereka.

Tengah sedap bercuti tiba-tiba psaport hilang! Macam mana ni?!Photo from Scarf.media

Situasi seperti ini boleh berlaku pada bila-bila masa jika anda mudah terleka. Maklumlah pasport merupakan dokumen sangat berharga dan penjenayah akan mengambil kesempatan untuk meragut atau mencuri pelancong luar seperti kita.

Jadi apa yang anda boleh lakukan jika berada dalam situasi sebegini? Jangan risau, ikuti langkah mudah yang min senaraikan!

Jangan risau, ikut sahaja 6 langkah mudah min kongsiPhoto from eCentral

Hubungi Kedutaan Negara Dengan Kadar Segera!

Hubungi Kedutaan Malaysia dengan segera! Mereka sedia membantu masalah andaPhoto from Selangor Journal

Paling penting jangan cepat panik walaupun berada dalam situasi genting seperti ini! Dalam keadaan segera, hubungi Kedutaan Negara untuk maklumkan kehilangan pasport anda di sebuah negara.

Maksudnya jika hilang di United Kingdom, anda perlu hubungi Kedutaan Malaysia di sana. Pihak kedutaan akan keluarkan sijil kecemasan untuk bertindak sebagai pas sementara dan dokumen ini ialah pas sehala sahaja.

Kedutaan Malaysia di UK untuk sebarang pertanyaan tentang PasportPhoto from macgyver

Hanya digunakan sekali sahaja dan sah selama tempoh 12 bulan.

Lakukan Laporan Polis Di Balai Berdekatan

Jangan lupa untuk buat laporan polis di negara pasport anda hilangPhoto from FB | Polis DIraja Malaysia

Setelah selesai menghubungi Pihak Kedutaan anda perlu laporkan kejadian yang berlaku kepada pihak polis berdekatan. Ini untuk memberi sebarang maklumat serta info bahawa identiti anda hilang dan mungkin dicuri oleh penjenayah.

Langkah ini juga dapat memberi lindungan daripada sebarang aktiviti haram seperti pemalsuan identiti. Beri kerjasama dengan pihak polis di negara tersebut supaya mereka juga dapat membantu anda.

Singgah Ke Kedai Gambar Untuk Ambil Gambar Baru

Anda juga perlu ambil gambar pasport baru tau! Gambar sekadar hiasanPhoto from nabila.razali

Seterusnya anda perlu singgah ke kedai gambar untuk mengambil gambar bersaiz pasport. Pastikan anda pesan kepada jurugambar untuk memilih latar belakang putih tau!

Perkara ini perlu dilakukan kerana perlu menyerahkannya kepada pihak kedutaan. Mereka akan mengeluarkan Dokumen Perjalanan kepada anda untuk menggantikan kehilangan pasport.

Gambar baru itu akan digunakan untuk memudahkan proses anda setelah hilang pasportPhoto from SoyaCincau BM

Buku Berwarna Jingga, Apa Itu Perakuan Cemas?

Ini ialah dokumen dikenali sebagai Perakuan Cemas dikongiskan oleh seorang netizenPhoto from Reddit

Menurut seorang netizen dikenali sebagai @unrealbern. Beliau berkongsi kisahnya menghadapi perkara yang sama.

Berdepan dengan situasi cemas apabila pasport hilang, beliau memohon Perakuan Cemas keitka melancong ke Berlin, Jerman. Fungsinya bertindak sebagai perakuan sementara bagi membolehkan anda pulang semula ke Malaysia.

Semasa dalam proses memohon perakuan ini, anda wajib menyatakan kesemua negara dilalui sepanjang perjalanan. Pihak kedutaan juga akan membantu anda jika berada di negara yang menggunakan bahasa selain Bahasa Inggeris.

Pulang Semula Ke Malaysia Untuk Mohon Pasport Baru

Setelah tiba semula di Malaysia, anda perlu laporkan di Jabatan Imigresen untuk selesaikan masalah andaPhoto from Harian Metro

Bila dah dapat Perakuan Cemas, anda tidak boleh pergi melawat ke negara lain selain daripada Malaysia. Tetapi jika percutian anda tidak melibatkan penerbangan ke luar negara lain, anda boleh sahaja meneruskan percutian sehingga balik ke negara asal.

Setelah sampai ke Malaysia, anda perlu pergi ke pejabat Imigresen terdekat untuk mohon pasport baru. Pada waktu ini, pas perakuan perlu diserahkan kepada pegawai imigresen tau!

Seterusnya jangan lupa untuk buat lagi satu laporan polis di Malaysia. Laporan ini diperlukan untuk permohonan pasport baru anda. Namun perlu diingatkan kemungkinan perkara ini akan mengambil masa yang agak lama bergantung pada situasi anda.

Barulah boleh mohon semula pasport baru!Photo from Sinar Harian

Pergi Dengan Buku Merah, Pulang Dengan Buku Jingga

Baru anda faham istilah datang buku merah, pulang buku jingga kan?Photo from Oh! Media

Haa.. bagaimana mudah sahaja nak ikut 6 langkah ini jika berada dalam situasi cemas seperti ini. Jangan risau, bukan anda sahaja yang menghadapi perkara ini dan menurut beberapa warganegara yang menghadapi perkara sama.

Ramai mengatakan pihak kedutaan Malaysia memastikan proses anda berjalan dengan lancar. Tinggal ikut sahaja apa yang mereka nasihat, moga info ini bermanfaat!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok