download Jom Explore app
Istana Flintstones Yang Unik, Cantik, Indah Di Mersing, Johor

Istana Flintstones Yang Unik, Cantik, Indah Di Mersing, Johor

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 10 Jan 2024
Digital Editor

Siapa masih ingat kartun animasi lama bernama 'flintstones' yang popular sewaktu kita kecil dulu. Cerita yang mengisahkan tentang sebuah keluarga hidup ketika zaman batu purba telah memberi inspirasi kepada Sultan Johor untuk membina sebuah istana di Mersing, Johor.

Tak ramai orang tahu bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar adalah peminat besar kartun animasi ini. Baginda merupakan seorang yang setia terhadap minatnya sehingga membina sebuah istana pulak tu.

Istana ini turut diberi nama yang sama iaitu 'Istana Flintstones' tersergam dengan penuh indah. Kebanyakkan pelancong dan orang melihatnya akan terkejut dengan pelbagai bentuk yang tidak konventional dan penggunaan warna pada bangunan ini.

Disebabkan itu, ia mempunyai jiwa dan dipenuhi oleh nyawa dan setiap pelusuk dapat terlihat motif Flintstones. Rasanya kalau korang salah seorang daripada peminat pasti akan menghargai keindahan istana ini.

Keluarga Flintstones yang direka olah Hanna-Barbera adalah sebuah kartun animasi daripada Amerika Syarikat. Latar belakang menggunakan zaman batu membuatkannya sangat popular ketika permulaan dan pertengahan 1960-an.

Kartun animasi Flintstones menjadi inspirasi pada Istana iniPhoto from Pinterest

Dalam tahun 1994 pula, sebuah filem telah dihasilkan sempena populariti kartun ini dan Baginda memastikan keunikkan kartun ini tidak mati ditelan zaman. Kalau korang ingin bercuti ke bahagian selatan negara, apa kata pergi melencong sekejap untuk melihat istana unik ini!

Berdiri Dengan Penuh Kemegahan & Kemewahan

Istana Unik yang dibina oleh Sultan Johor menjadi salah satunya dalam duniaPhoto from FB | JOHOR Southern Tigers

Perjalanan daripada Johor Bahru ke Mersing mengambil masa selama 2 jam tetapi perjalanan tersebut pasti berbaloi. Ini kerana istana adalah hanya satu-satunya mempunyai seni bina sebegini.

Lokasinya pula sangat menarik kerana menghadap lautan ditemani dengan rumah api setinggi 9 tingkat. Sebanyak 17 bilik disediakan yang dihiasi dengan motif serta gaya daripada kartun tersebut.

Tambahan pula, siap ada 2 presidential suite yang dilengkapi dengan segala kelengkapan yang perlu ada. Walaupun mempunyai rekaan yang tidak konvensional, istana 2 tingkat ini dibina dengan penuh kemewahan.

Istana Flintstones dibina dengan tema kartun tersebut daripada sebesar bahagian sehingga sekecil hiasanPhoto from FB | JOHOR Southern Tigers

Memandangkan watak keluarga flintstones tinggal dalam gua, bahagian luar istana nampak seperti gua besar. Selain daripada bilik ia mempunyai muzium dan perpustakaan kepunyaan Baginda dipenuhi dengan koleksi komik Marvel.

Mendapat Pengiktirafan Daripada Hanna-Barbera

Contoh bahagian dalam yang memiliki hiasan yang unikPhoto from FB | JOHOR Southern Tigers

Oleh kerana Sultan Johor merupakan peminat setia kartun ini. Baginda juga merupakan satu-satunya individu yang menerima kebenaran eksklusif daripada Hanna-Barbera untuk membina istana ini tau.

Disebabkan itu, setiap pelusuk yang kita dapat lihat dihiasi dengan pelbagai motif daripada kartun ini. Daripada tempat duduk, meja makan serta penggunaan pelbagai warna memberi sentuhan kehidupan.

Setiap sudut pasti dapat menarik mata korang untuk melihatnya dan menghargai proses pembinaannya. Menurut Baginda yang menceritakan rasa nostalgia tentang kartun kegemaranya berkata "Saya masih ingat kembali ke rumah daripada sekolah dan menunggu untuk kartun ini muncul di televisyen,

Setiap pelusuk dipenuhi dengan bibit kartunPhoto from FB | JOHOR Southern Tigers

Fred Flintstone watak utama kekal menjadi watak kegemaran saya. Saya tak pernah rasa bosan melihat kartun ini kerana ia memberi banyak memori indah sewaktu saya masih kecil," Menariknya terdapat patung replika kereta yang dipandu oleh Fred Flintstones bersaiz sebenar diletakkan di pagar utama.

Ia direka khas menggunakan pelbagai bahan seperti kayu dan tekstur batu untuk mengemaskan bahagian tayar dan kerusi. Kereta ini merupakan hadiah daripada Sultan Abdullah Ahmad Shah.

Kereta yang diguna pakai oleh keluarga Flintstone dimiliki oleh Sultan JohorPhoto from The Star

Sultan Johor menceritakan setiap satu dengan penuh teliti hiasan yang digunakan dalam istana ini. Baginda turut berkongsi bagaimana prosesnya dibina daripada struktur termasuk dari mana datang bahan-bahannya.

Menjadi Tarikan Pelancong Ketika Melawat Johor

Keunikkannya membuat ia tarikan pelancong di MersingPhoto from FB | JOHOR Southern Tigers

Istana ini boleh dikatakan sama taraf dengan taman tema Disneyland di mana setiap pelusuk dihiasi dengan sangat baik. Daripada kerusi, kolam renang sehingga akuarium yang cukup besar boleh dikategorikan sebagai taman tema cuma private la.

Namun Baginda turut berkongsi bahawa kebanyakkan bahan datang daripada bahan kitar semula. Contohnya seperti marmar, kayu lama yang diambil dari Keretapi Tanah Melayu (KTM) telah diberi nafas baru.

Kemudian ia digunakan untuk membina perabot untuk memberi rupa yang tak boleh dibeli dari kedai. Harapan Baginda untuk menjadikan Mersing sebagai sebuah destinasi pelancong yang dikenali serata dunia.

Ini kerana semakin ramai pelancong menyinggah ke Mersing sebagai tempah persinggahan. Sebelum mereka bertolak ke pulau berdekatan seperti Pulau Rawa dan Pulau Tioman. Populariti ini melonjak kerana sebuah filem menyebutnya pada tahun 2018.

Mempunyai permandangan yang sungguh menakjubkan melihat langit membiruPhoto from FB | JOHOR Southern Tigers

Kesimpulannya, kalau dah bercuti di bahagian selatan negara apa kata pergi singgah melihat Istana Flintstones. Haa.. kalau diberi peluang korang nak tak tinggal di sini untuk semalaman untuk menikmati kecantikkannya?

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok