Langkah Untuk Menghasilkan Sandwic Subway Sedap!
Antara rangkaian makanan segera Amerika Syarikat terbesar dalam dunia. Subway mencipta nama dengan menghasilkan menu sandwic tersendiri berbeza dari persaignannya. Namun, masih ramai antara kita yang tidak ketahui langkah untuk memesan ataupun pernah cuba menikmati sandwic sedap ini tau!
Sejak penubuhannya pada tahun 1965, Subway telah membuka lebih daripada 41,000 restoran dalam 100 buah negara. Ia merupakan rangkaian restoran terbesar di dunia mengikut bilangan pertubuhan.
Idea tercetus daripada Fred DeLuca dan Peter Buck untuk membuka restoran Subway pertama di Bridgeport, Connecticut menyaksikan sendiri bagaimana restoran mereka meraih populariti dengan menu yang mudah.
Haa.. berbeza dari restoran 'fast food' lain. Subway memberi fokus kepada sandwich dikenal sebagai "submarine subs", salad dan sandwic bungkus tau. Oleh itu, ia menjadi kegemaran orang barat keran faktor menu yang mudah.
Namun, Subway merupakan antara pilihan yang kurang popular di negara kita. Ini kerana ramai memilih restoran ini jika mereka mula bosan dan tidak mencapai keputusan untuk makan apa.
Selain itu, cara memesan yang nampak rumit membuatkannya kurang digemari oleh orang kita. Haa.. Min sedia untuk bantu korang untuk selesaikan masalah ini dengan langkah mudah yang korang boleh ikut tau.
Photo from Pinterest
Jangan risau, langkah ini memastikan sandwic korang sedap tiada bandingan kerana ini adalah rahsia dari bekas pekerjanya sendiri!
Langkah Untuk Hasilkan Sandwic Subway Yang Sedap!
Photo from Pinterest
Kalau korang nak tahu Subway memberi pilihan di tangan korang. Mereka menawarkan menu yang korang boleh pilih sebagai tapak. Kemudian, kombinasi terhasil daripada pilihan korang akan menentukan bahawa sandwic itu sedap ataupun tidak.
Tersalah pilihan kombinasi maka, rasa yang akan terhasil mungkin sedikit kurang ataupun tidak menepati citarasa lidah korang. Oleh itu, pastikan korang ikuti setiap langkah yang Min dah tulis!
Untuk melakukan pesanan ini sebenarnya tak rumit kerana semuanya bergerak dalam satu barisan. Apa yang korang perlu tahu adalah langkahnya bermula dengan:
- Pilih Menu Sandwic (Tapak)
- Pilih Jenis Roti Korang
- Pilih Isi Sandwic Tambahan (Keju, Daging, Ayam)
- Pilih Sayuran Korang Suka
- Pilih Sos Sebagai Pelengkap
Haa.. itu sahaja langkahnya! Semuanya bergerak dalam satu barisan untuk lebih memudahkan korang untuk lakukan pilihan. Iannya tak rumit macam korang fikirkan pun.
1. Banyaknya Pilihan Menu Yang Ada, Mana Yang Sedap Eh?
Photo from Malaysia Restaurant
Pilihan menu yang ada bukanlah terhad pada sandwic sahaja tau. Korang juga boleh ubah menjadi wrap ataupun salad. Seterusnya, sandwic juga terdapat dalam dua saiz berbeza iaitu 6 inch (biasa) atau 'footlong' untuk lebih panjang!
Antara menu korang boleh cuba dan menjadi kegemaran ramai adalah:
Roast Beef: Menu klasik terdiri daripada daging panggang yang dihiris nipis lembut dengan pilihan sayur dihidangkan pada roti yang baru dibakar
Italian B.M.T: Sandwic terdiri daripada salami lembu, pepperoni lembu dan ham ayam dihiasi dengan sayur
Chicken Teriyaki: Menu inspirasi dari negara Asia dengan kepingan ayam lembut disalut dengan sos teriyaki memberi rasa manis dan masam
Steak & Cheese: Diinspirasikan dari sandwic terkenal dari bandar Philadelphia. Hirisan stik nipis dan keju dicampurkan dengan bawang tumis dan lada hijau
Photo from Pinterest
2. Menu Dah Pilih, Sekarang Roti Kegemaran Korang Pula
Photo from Pinterest
Seterusnya selepas korang sudah pilih menu yang membuatkan mulut mula berair. Korang perlu pilih jenis roti yang disediakan iaitu 2 jenis roti putih dan 3 jenis roti wholemeal.
Jenis roti putih yang ada:
Italian Bread: Roti putih biasa
Hearty Italian: Roti putih dengan rasa lebih keras dan rangup
Parmesan Oregano: Roti putih ditambah dengan rasa keju parmesan dan oregano
Jenis roti wholemeal pula:
Wheat Bread: Roti wholemeal biasa
Honey Oat Bread: Roti wholemeal ditambah dengan rasa oats dan madu
Haa.. kalau Min akan pilih roti Hearty Italian kerana iannya lebih keras dan rangup sedikit dan tidak jauh dari rasa roti putih yang biasa kita makan. Roti tersebut akan dibakar sementara korang pilih isi sandwic tau.
Photo from Pinterest
Korang juga boleh pesan untuk 'double toast' untuk memberikan rasa yang lebih rangup dengan memesan kepada perkerja Subway yang sedang berurusan.
3. Ingin Tambah Isi Lebih Ataupun Keju?
Photo from Pinterest
Korang juga boleh menambah keju dan isi lain jika korang inginkan sandwic yang berbeza daripada menu yang ada. Tetapi, sebelum melakukan pilihan tersebut korang boleh tanya perkerja Subway tentang penambahan ini.
Keju yang lebih akan dicaj dengan harga lain tetapi tak seronok sandwic kalau tiada keju cair berlebihan kan?
4. Kombinasi Sayur Pun Memainkan Peranan Tau
Photo from Subway Malaysia
Antara perkara paling merugikan kalau korang melakukan pesanan di Subway adalah tidak mitak lebih sayur tau! Jangan segan untuk minta sayur dalam kuantiti lebih kerana iannya tidak dikenakan caj tambahan pun tau.
Sebaliknya sayur adalah pelengkap serta memainkan peranan penting untuk memastikan pengalaman makan lebih memuaskan tau! Dekat Subway ada pelbagai jenis pilihan sayur yang boleh dipilih tau.
Antara pilihan yang ada seperti lettuce, tomato, onion, jalapeno, olives, pickles, bell peppers dan cucumber. Setiap sayur yang ada akan menambah elemen serta tekstur yang tersendiri menjadikan iannya kombinasi baik untuk memberi keseimbangan dalam menu korang tau.
Photo from Pinterest
Min rekomen korang untuk pilih sayur bell peppers, lettuce, tomato, onion, jalapeon, pickles dan olives untuk memberi rasa segar dan memuaskan secara keseleruhan. Jangan malu untuk minta lebih!
5. Langkah Terakhir, Pilihan Sos Apa Yang Sedap Ni?
Photo from Hype My
Untuk melengkapkan perjalanan sandwic korang perlu dihabiskan dengan pilihan kombinasi sos tau. Gabungan pelbagai sos akan menghasilkan rasa yang unik dan tersendiri yang akan menepati citarasa dan personaliti korang.
Haa.. adakah korang penggemar sos pedas? Atau korang lebih suka sos yang manis atau korang merupakan segelintir yang akan minta taknak sos langsung. Jangan khuatir, dekat Subway ada pelbagai pilihan sos seperti:
Honey Mustard
Sweet Onion
Mayonnaise
Olive Oil
Chili
Ketchup
BBQ
Ranch
Thousand Island
Chipotle Southwest
Korang boleh mencuba pelbagai kombinasi untuk menepati citarasa tersendiri. Namun, antara resipi yang ramai rekomen adalah gabungan Ranch, Thousand Island, Sweet Onion, Mayonnaise, Olive Oil, Chili, Chipotle Southwest dan BBQ untuk melengkapkan sandwich korang itu!
Gabungan sos ini akan memberi rasa secukupnya dan tidak akan menghasilkan rasa puas sesuai dipadankan dengan menu dan sayur yang korang dah pilih pada langkah sebelum ini. Seterusnya, roti yang ranggup dan lembut pula memberikan elemen tekstur untuk dinikmati!
Haa.. siap pun sandwic Subway pilihan korang! Mudah sahaja kan? Korang juga boleh tambah sup cendawan atau biskut untuk dijadikan makanan ringan jugak tau. Apa kata untuk menu tengah hari esok korang cuba makan Subway pulak ke?
Photo from Pinterest
Asyik makan nasi dengan ayam jom tukar menu pulak!
Mungkin korang suka baca artikel ini:
❤️ Serangan Jantung Dikawal Dengan Kalium, Omega-3, dan Serat | Jom Explore
❤️ Cara Untuk Menikmati Sukiya Kali Pertama! Dengan Sempurna | Jom Explore