download Jom Explore app
Zoo Johor Bakal Dibuka Semula Pada 31 Ogos 2024!

Zoo Johor Bakal Dibuka Semula Pada 31 Ogos 2024!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 20 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Zoo tertua di Malaysia, Zoo Johor telah ditutup sejak 3 tahun lalu untuk melakukan pengubahsuaian besar. Ia bakal dibuka semula secara rasmi pada 31 Ogos 2024 tak lama lagi!

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah melakukan pengumuman berikutan lawatannya ke Zoo Johor baru-baru ini.

Apa yang menarik dapat kita lihat di Zoo Johor baru?Photo from Malaysiaaktif

"Pembangunan semula membawa kepada pengalaman baru, lengkap dengan kemudahan yang dinaik taraf dan struktur harga baru," katanya sambil menyatakan harapan bahawa sejarah dan ciri tempat ini dapat menarik minat penduduk tempatan dan pelancong luar untuk melawat.

Pembukaan semula itu akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 28 Ogos. Tiga hari sebelum pembukaannya.

Wah segalanya nampak baru, menarik ni!Photo from FB | Onn Hafiz Ghazi

Bakal Menjadi Tarikan Baru Di Johor

Zoo ini bakal menjadi antara tarikan baru di Johor!Photo from FB | Onn Hafiz Ghazi

"Pembukaan Zoo Johor bukan sahaja dinanti-nantikan oleh bangsa Johor. Tetapi oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Pembangunan semula tempat ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor untuk menjadikannya sebagai antara tarikan dan produk pelancongan keluarga di negeri Johor.

Jumlah peruntukan yang dibelanjakan ialah sebanyak RM9.67 juta bagi kerja menarik taraf. Selain itu, pembangunan semula Zoo Johor merupakan agenda kerajaan negeri bagi menjayakan Tahun Melawat Johor 2026," ujar Datuk Onn.

Sebanyak RM9.67 Juta telah dibelanjakan untuk naik tarafPhoto from FB | Onn Hafiz Ghazi

Harga Tiket Baru, RM10 Untuk Warga Tempatan & RM5 Untuk Kanak-Kanak

Harga tiket baru bermaksud anda dapat lihat Oyen bermain dengan sihatPhoto from Trip

Datuk Onn turut menambah tentang harga tiket baru untuk Zoo Johor. Menurutnya, Kerajaan negeri meluluskan harga baru untuk warga tempatan ialah RM10 untuk dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, bagi warga asing harga tiket untuk mereka ditetapkan pada RM30. Sebelum ini harga tiket masuk ialah RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak sangat berbaloi harganya kan?Photo from FB | Onn Hafiz Ghazi

Sehubungan dengan itu, untuk menandakan pembukaan semula zoo. Kerajaan negeri menawarkan diskaun 50% ke atas yuran tiket yang dimaksudkan untuk penduduk tempatan.

Diskaun ini akan berlangsung selama sebulan ujar Datuk Onn. Maksudnya mulai 31 Ogos, terdapat potongan harga untuk penduduk tempatan untuk bawa keluarga ke sini.

Siap ada diskaun selama sebulan selepas 31 Ogos pulak tuPhoto from FB | Onn Hafiz Ghazi

Terdapat Lebih 275 Haiwan Untuk Dilihat Di Zoo Tertua Negara

Zoo Johor ialah Zoo Tertua di negara kita tau!Photo from FB | Onn Hafiz Ghazi

Tambahan pula, Datuk Onn turut meluahkan perasaan gembira setelah melihat kerja menaik taraf berjaya dilakukan. Antara tarikan yang pelancong dapat lihat ialah lebih 275 haiwan sepeti harimau, gajah dan bermacam lagi di sini.

Selain itu, Zoo Johor ialah zoo tertua di negara yang dibuka sejak tahun 1928. Ia dibuka oleh Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Hujung minggu nanti boleh bawa anak-anak bersiar sambil pelajari info tentang haiwanPhoto from FB | Onn Hafiz Ghazi

Menariknya dikenali sebagai Kebun Binatang tau! Justeru itu, selain daripada melawat Zoo Negara, anda juga boleh melihat yang tertua di negeri Johor.

📍 Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor

⏰ Setiap Hari (9am - 4pm)

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok