Hot Bird: Ayam Goreng Gaya Nashville Wajib Cuba!
Hot Bird terletak di Damansara Utama memang patut diserbu bagi korang mencari ayam goreng paling sedap dalam negara! Ayam digoreng sehingga ranggup disaluti dengan 6 jenis sos pedas cukup untuk memuaskan cita rasa sesiapa pun. Haa.. tunggu apa lagi?
Ayam goreng merupakan antara makanan boleh dinikmati setiap hari tanpa rasa muak pun. Sedap untuk dinikmati begitu sahaja atau padankan dengan nasi dan lauk lain cukup untuk memberi kepuasan.
Kadang kala, kita pun nak manjakan diri dengan menikmati ayam goreng sahaja yang selalunya dijual di restoran makanan segera. Namun, perasaan hampa sering dilihat di media sosial apabila ayam yang disajikan tak sedap langsung!
Haa.. korang pasti pernah mengalami perkara sebegini kan? Bayar mahal, yang sampai hanyalah dua keping ayam kecil sejuk dan langsung takda rasa. Min paling geram kalau kena hadap masalah macam ni.
Namun, dibuka sejak bulan 4 tahun lepas. Hot Bird menjadi semakin popular setelah ramai orang mengatakan mereka menyajikan ayam goreng yang sempurna dari setiap aspek tau!
Ayam mereka tidak kering, panas, ranggup dan paling penting sekali cukup rasa pulak tu sampai orang pun kadang kala sanggup beratur ketika waktu puncak untuk menikmati set ayam goreng disini.
Photo from Pinterest
Apa kata korang baca sampai habis dulu untuk ketahui keistimewaan ayam goreng di Hot Bird. Jom!
Ayam Goreng Sempurna Gaya Nashville Hot Chicken
Photo from IG: hot_bird_malaysia
Sejak dibuka, Hot Bird telah menjadi tempat popular untuk pencinta ayam goreng kerana kepakaran dalam menghasilkan ayam goreng yang sempurna. Iannya bermula dengan gaya yang mereka pilih iaitu Ayam Goreng Nashville!
Haa.. ada perbezaan sebenarnya ayam goreng Nashville berbanding yang biasa. Gaya ini berasal dari Nashville, Tennessee di Amerika Syarikat. Ia dibuat dengan memerap ayam dalam buttermilk dan campuran rempah ratus, kemudian disalut dengan adunan tepung.
Ayam tersebut digoreng sehingga menjadi warna emas dan disalut dengan sos pedas! Sos pedas ini terhasil daripada campurna pelbagai cili untuk menghasilkan rasa pedas yang menyengat.
Asal-usul gaya ini sering dipertikaikan tetapi ramai percaya ia telah dicipta pada tahun 1930 oleh Thornton Prince. Seorang tukang masak yang tidak sengaja menambah jumla lada pada ayamnya terlalu banyak.
Selain itu, ada juga mengatakan iannya dicipta oleh seorang wanita yang cuba menghukum suaminya yang curang. Kini, resipi ini menjadi popular dan diadaptasi oleh Hot Bird dalam misi mereka untuk menghasilkan ayam paling sedap!
Photo from IG: hot_bird_malaysia
Sebaik korang gigit untuk kali pertama, deria rasa akan mula meletup dengan penuh rasa tau! Perapan rempah akan membuatkan korang menari-menari dengan penuh kegembiraan sehingga tiada bandingan tau.
Ada 6 Pilihan Kepedasan Untuk Korang Pilih!
Photo from IG: hot_bird_malaysia
Apa yang membezakan Hot Bird berbanding kedai lain adalah pilihan kepedasan yang korang boleh pilih! Mengikut resipi asal, ayam mereka akan direndam selama 5 jam untuk membolehkan rasa meresap ke dalam daging sehingga ke tulang.
Ini akan memastikan setiap gigitan dapat dipenuhi rasa dan rasa pedas tersebut akan menjadi watak utama yang membezakan ayam mereka daripada ayam lain tau. Untuk 6 pilih kepedasan bermula No Heat, Mild, Hot, Super Hot, Burn Baby Burn dan Reaper.
Selalunya kalau kita hanya diberi dua pilihan iaitu original (tak pedas) dan spicy (pedas). Kalini, korang boleh pilih mengikut tahap kepedasan yang korang suka! Maklumlah, kadang kala kalau pilih spicy tak pedas mana pun kan.
Selain itu, kedai ini pun sesuai untuk korang bawa keluarga ataupun nak melepak kerana setiap individu mempunyai tahap kepedasam yang berbeza dan korang dapat memilih apa yang sesuai dengan lidah korang!
Ramai pelanggan kata, pilihan hot adalah rasa pedas yang biasa macam kedai-kedai lain. Bezanya adalah rasa rempah yang digunakan akan memberikan rasa lebih kuat berbanding ayam yang lain.
Photo from IG: hot_bird_malaysia
Kalau korang ingin mencabar diri, tak salah untuk mencuba pilihan reaper! Tetapi Min nak pesan awal-awal, pilihan ini bukan untuk semua orang kerana ia memang pedas tau. Berkemungkinan korang perlukan dua kotak susu untuk hilangkan rasa pedas tersebut.
Menu Simple Memberi Fokus Pada Ayam Sahaja
Photo from IG: hot_bird_malaysia
Keseronokkan Hot Bird tak terhenti kat situ sahaja, menu simple mereka pun membuatkan untuk lakukan pesanan lebih mudah! Korang tak perlu pening kepala untuk lakukan pilihan pulak tu.
Haa.. itu yang Min suka tau kerana menu simple memberi lebih masa untuk fokus kepada ayam sahaja. Ini akan memastikan setiap ayam yang dikeluarkan memenuhi kriteria dan kualiti yang ditetapkan.
Korang jangan risau lah tentang kualiti makanan disini. Setiap pelanggan mengatakan ayam yang diterima semuanya digoreng sempurna, disaluti dengan penuh teliti dan tak kering langsung.
Selain itu, korang juga boleh nikmati ayam dengan makanan ringan seperti chicken tenders, coleslaw, curly fries, cajun fries dan Mac & Cheese memang berbaloi dan pasti mengenyangkan perut korang.
Bukan itu je tau, ada 4 pilihan sos untuk korang cicah ayam iaitu Garlic Mayo, Smokey BBQ, Cool Ranch dan Southern Gravy (RM3 untuk satu) dapat tingkatkan keseluruhan rasa ayam!
Photo from IG: hot_bird_malaysia
Berita baik, Hot Bird hanya jual ayam bahagian peha dan drumstick sahaja! Haa.. barulah puas hati nak melantak kan. Kedai ini pun lokasi dia senang sahaja, terletak di Damansara Utama sahaja.
Jom kita serbu dan nikmati ayam goreng kat sini!
📍 83 Ground Floor, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
⏰ Setiap Hari (12:30 pm - 9:30 pm)
Korang mungkin suka baca ini:
❤️ Langkah Untuk Menghasilkan Sandwic Subway Sedap! Mudah Je | Jom Explore
❤️ Serangan Jantung Dikawal Dengan Kalium, Omega-3, dan Serat | Jom Explore