Mercu Tanda Di London Dimiliki Oleh Malaysia
Tahukah anda negara kita mempunyai sebuah mercu tanda di kota bersejarah, London, United Kingdom (UK). Battersea Power Station megah berdiri menarik perhatian ramai pelancong menjadi salah satu bangunan ikonik di landskap kota London.
Haa.. macam tak percaya negara kita turut memiliki sebuah bangunan di tanah London. Bukan apa, bila kita bercakap tentang bandar ini. Sudah semestinya kita boleh bayangkan mercu tanda lain yang ada di situ menjadi tumpuan pelancong.
Seperti Trafalgar Square, Big Ben, Tower Bridge dan Buckingham Palace. Itu tak termasuk dengan beberapa buah stadium bola menjadi rumah kepada kelab gergasi Liga Perdana Inggeris yang terletak di seluruh kota ini.
Photo from The Motley Fool
Namun demikian, bagaimana negara kita berjaya memiliki sebuah mercu tanda di sini? Lokasinya pula sangat strategik kerana berada di tengah London berhampiran Sungai Thames.
Haa.. ini segala info untuk korang mengetahui tentang Battersea Power Station.
Photo from Battersea Power Station
Asalnya Sebuah Stesen Janakuasa Elektrik
Photo from News Straits Times
Daripada tahun 1930-1980-an Battersea Power Station ialah sebuah stesen janakuasa. Ia bertanggungjawab untuk menghasilkan satu perlima kuasa digunakan oleh kota London membekalkan elektrik ke bangunan seperti Dewan Parlimen dan Istana Buckingham.
Selain itu, pembinaan bangunan bermula pada tahun 1929 dengan Sir Giles Gilber Scott (pereka kotak telefon merah Britain) turut menyertai projek ini. Bangunan ini turut dibina mengikut dua peringkat.
Photo from Ian Liddel
Bermula dengan Battersea A dan Battersea B. Peringkat pertama siap sekitar tahun 1935 dan dipasangkan cerobong dengan ketinggian 101 meter. Peringkat kedua pula dibina sekitar tahun 1944 dan siap sepenuhnya pada tahun 1955.
Tambahan pula, ia pernah diberi status Gred II oleh Historic England pada tahun 1980 disebabkan kepentingan seni bina dan sejarah bangunan. Mengambil inspirasi seni bina Art Deco yang terkenal dengan bentuk geometri tepat.
Photo from IG | Battersea Power Station
Ditutup Pada Tahun 1983, Kini Dihidupkan Semula
Photo from Retail Focus
Pada tahun 1983, Battersea Power Station ditutup dan berhenti menjana elektrik sepenuhnya. Sejak itu, banyak pelan untuk membangunkan semula telah dibuat tetapi semuanya gagal oleh sebab tidak diketahui.
Manakala pada tahun 2012 pelabur Malaysia mengumumkan akan mengambil alih mercu tanda ini. Memetik laporan Bernama, bangunan ini dimiliki oleh Sime Darby Property sebanyak 40%, SP Setia (40%), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (20%).
Tambahan pula aset komersial dalam bangunan ini dimiliki secara langsung oleh Permodalan Nasional Bhd dan KWSP. Sime Darby berkata tujuan pembaharuan semula Battersea Power Station ialah strategi untuk tingkatkan perniagaan mereka dalam pasaran antarabangsa.
Sultan Pahang Rasmi Pembukaan Pada 14 Oktober 2022
Photo from Berita Harian
Bernilai £9 bilion (RM53 bilion) dibuka rasmi kepada orang awam pada 14 Oktober 2022. Dirasmikan oleh Sultan Pahang yang memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ketika itu.
Tujuh fasa utama telah siap dibina dengan £5 bilion daripada jumlah nilai pembangunan kasar direalisasikan. Pembangunan semula dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2033.
Photo from Clapham
Apa yang ada di Battersea Power Station? Terdapat lebih 140 kedai, restoran, tempat beriadah, hiburan, taman dan ruang bersejarah untuk dinikmati. Pengunjung bukan sahaja boleh beli-belah tapi segalanya boleh dilakukan di sini.
Sebab itu tidak pelik ia telah melihat 11 juta pengunjung selepas setahun beroperasi. Fasiliti lain turut melihat pelbagai jenama fesyen terkenal dan terdapat dewan makan seluas 20,000 kaki persegi memberikan ruang makan selesa untuk orang awam.
Photo from Brendan Bell
Memberikan Peluang Perkerja Kepada 20,000 Orang London
Photo from London Planner
Pembinaan semula Battersea Power Station boleh dianggap sebuah kejayaan. Ia telah membuka 20,000 peluang pekerjaan serta menjana ekonomi untuk penduduk di London.
Selain itu, National Geographic telah menyenaraikan mercu tanda ini sebagai antara 'Lokasi Budaya Terbaik' di dunia. Maka jika diberikan peluang untuk singgah kota London, kita wajib kunjungi ke sini kan?
Photo from Battersea Power Station
Mungkin korang suka: