Jom Buat 5 Aktiviti Ini Jika Anda Ke KLCC!
Menara Berkembar Petronas merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia. Sebut sahaja 'Petronas Twin Tower', automatik orang tahu anda berasal dari Malaysia.
Photo from Instagram sayan_f1
Walaupun ia sebenarnya adalah pejabat, namun terdapat juga pusat membeli-belah terkemuka yang sering dipenuhi dengan pengunjung. Selain itu, ada banyak lagi aktiviti lain yang anda boleh lakukan di sini. Nak tahu apa dia? Jom kita lihat di bawah:
Photo from Instagram hafizazmees
?Petrosains
Antara tarikan menarik di KLCC adalah Petrosains! Bestnya tempat ini adalah ia tidak terhad pada kanak-kanak sahaja kerana orang dewasa pun pasti akan enjoy bila masuk tempat ini.
Photo from Instagram raja_aideen_mikhail
Petrosains menawarkan pembelajaran sains dan khususnya dalam bidang Kejuruteraan Petroleum di mana anda boleh merasai sendiri pengalaman berada di pelantar minyak. Terdapat juga pameran lain dan pengunjung juga boleh merasainya sendiri. Best kan?
Photo from Instagram allianaalaudin
?Aquaria KLCC
Ingin mempelajari lebih mengenai kehidupan akuatik? Berkunjunglah ke Aquaria KLCC! Sangat best dan banyak hidupan laut yang anda boleh temui di sini. Nak belajar mengenai ikan jerung? Ikan buntal? Tapak Sulaiman? Semua ada kat sini tau.
Photo from Instagram wanateerah
Bagaimanapun, selepas musim Covid, pihak pengurusan Aquaria KLCC mengehadkan kemasukan pengunjung oleh itu, anda harus membeli tiket secara online dan juga tempah slot anda.
Photo from Instagram wanateerah
?Kinokuniya
Pencinta buku mesti tahu Kinokuniya tu apa kan? Haa.. ini merupakan antara kedai buku terbesar tau yang ada di Malaysia. Semua jenis buku ada. Nak novel Melayu dan Inggeris? Nak novel grafik? Semua adalah!
Photo from Instagram husnaacovr
Tak cukup itu, ada juga kafe di tingkat dua kedai buku itu di mana kopinya memang chef-kiss!
Photo from Instagram perryshaaa
?Skybridge KLCC
Ini satu lagi aktiviti yang anda wajib cuba jika ke KLCC iaitu ke Skybridge. Apa benda Skybridge ni? Haa... kan jambatan yang menggabungkan menara 1 dan menara 2? Ia dibuka kepada umum jadi kalau anda nak tengok seluruh KL dari sini pun boleh.
Photo from Instagram hiimqila
Ada orang bagi tips, kalau nak view lawa dan juga ada sunset, boleh lah naik pada pukul 6.30 petang. SubhanAllah, memang lawa view dan jangan risau sebab sempat je untuk turun solat Maghrib. Masa yang diberi adalah 40minit hingga sejam. Anda juga kena buat tempahan slot sebelum nak naik.
Photo from Instagram shafiradalina
?Jalan-jalan di taman KLCC
Haa.. yang ini pun best juga dan percuma sahaja. Anda boleh bersiar-siar di taman KLCC. Kawasannya luas dan ada banyak juga tempat untuk bergambar.
Photo from Instagram rafizamyusoff
Selain itu, taman KLCC juga sangat popular kerana ada air pancut yang best! Kalau anda datang pada waktu malam, air pancut itu ada mengeluarkan lagu tau. Only in Malaysia!
Photo from Instagram reza.razak.74
Anda mungkin suka: