Ini Dia Keunikan REXKL, Dulu Panggung Wayang Kini Menjadi Hab Komuniti & Budaya!
Jika anda rajin berjalan ke Pasar Seni, pasti anda tahu atau pernah pergi ke REXKL. Apa taknya, tempat ini sudah viral di laman TikTok dan juga merupakan hab komuniti dan budaya.
Bagaimanapun, panggung wayang ini terbakar pada tahun 1972 sebelum ia diubah suai dan dibina semula sebagai teater yang mempunyai satu skrin tunggal yang lebih canggih dengan kapasiti 1,000 orang.
Setelah 17 tahun dibiarkan sepi, REXKL diberi nafas baru dan kini kembali beroperasi malah menjadi tarikan anak muda untuk berkunjung ke tempat tersebut.
Tempat Makan Yang Best!
Tidak sah sesuatu tempat itu untuk viral jika tiada tempat makanan yang best! Jangan risau sebab di sini ada juga disajikan makanan yang halal untuk para pengunjung.
Nikmati juadah yang sedap di Lauk Pauk yang terletak di tingkat bawah REXKL. Konsep gerai di sini memberikan pengunjung banyak pilihan makanan tau.
Sesuai dengan namanya, anda akan bertemu dengan banyak makanan melayu yang pasti akan membuatkan anda rambang mata.
Event & Pameran
Bila dah jadi hab komuniti & budaya, kenalah disertakan sekali dengan event dan pameran kan? Ya, di sini boleh dikatakan setiap minggu akan ada event berlangsung. Daripada emo night, hinggalah listening party semuanya memang sangat meriah.
Selain itu, kepada peminat seni anda juga boleh mencuci mata kerana di sini sentiasa ada pameran seni yang mengetengahkan hasil-hasil seni dari dalam dan luar negara.
Tak cukup itu, terdapat juga bengkel-bengkel terbuka kepada pengunjung. Bak kata orang, sambil menyelam minum air, anda juga boleh tingkatkan kemahiran!
BookXcess
BookXcess terdapat di sini, antara lokasi check-in yang hangat di KL. Anda tahu tak, BookXcess di REXKL menjadi tumpuan anak muda untuk bergambar kerana ia sangat unik dan Instagrammable? Malah, tempat ini juga memang wajib pergi jika anda berada di Pasar Seni.
Jadi, siapa yang belum pernah ke BookXcess REXKL, cepat-cepatlah ke sini!
?80, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
?011-2600 4808
Anda mungkin suka:
❤️5 Tempat Terbaik Untuk 'Healing' Sambil Ditemani Matahari Terbenam Di Ibu Kota
❤️Alami Keseronokan Rock Climbing di Gua Damai, Batu Caves