download Jom Explore app
Perkara Menarik Yang Anda Boleh Lakukan Di The LINC KL!

Perkara Menarik Yang Anda Boleh Lakukan Di The LINC KL!

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 28 Feb 2023
Digital Editor

Wah, tahukah anda mengenai LINC KL? Kalau tengok bangunannya dari luar nampak macam biasa-biasa je, tapi bila dah masuk ke bahagian dalam memang ada satu dunia yang berbeza tau!

The LINC KLPhoto from Instagram rizsafrizal46

Terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur serta mempunyai kemudahan pengangkutan awam, sebenarnya ada banyak perkara menarik yang anda boleh lakukan di sini. Nak tahu apa dia? Jom kita tengok!

The LINC KLPhoto from Instagram etxsya

?Banyak spot untuk bergambar!

LINC KL pernah viral kerana ada banyak spot yang instagramable tau! Di setiap tempat ada je kawasan yang cantik untuk anda snap foto. Yang penting, lighting kat sana pun memang on-point lah!

The LINC KLPhoto from Instagram oji.hamidin

Selain di kawasan luar, di bahagian dalam LINC KL juga ada beberapa tempat yang lawa untuk bergambar antaranya seperti di tangga pelangi dan juga terdapat banyak mural yang masih dijaga rapi dan menanti para pengunjung bergambar di situ.

The LINC KLPhoto from Instagram aisyahsamsudin

?Ada pameran seni buat pencinta seni

Kalau anda pernah nampak ada gantungan kraftangan burung merpati di dalam pelbagai warna dikongsikan di media sosial, namun anda tak tahu kat mana lokasi hasil seni itu, tak perlu nak cari lagi kerana ia ada di LINC KL.

Spot untuk bergambarPhoto from Instagram amiratuzzahraa

Untuk pengetahuan anda, sebanyak 41,600 kraftangan burung merpati digantung dan ia juga memberikan warna yang berbeza di setiap sudut. Selain daripada gantungan tersebut, ada juga hasil seni lain yang dikongsi di kawasan tersebut. Jadi anda boleh ambil masa dan menghayati hasil-hasil seni tersebut.

The LINC KLPhoto from Instagram putaleeya

?Layan Hauntu, rumah hantu yang best! 

Jika anda seorang yang suka buat sesuatu yang mencabar, bolehlah cuba Hauntu ini. Ia merupakan rumah hantu di mana anda boleh berinteraksi serta merasai sendiri pengalaman untuk cuba keluar dari rumah hantu tersebut. Sebelum masuk, anda akan diberi watak dan juga sedikit penceritaan mengenai apa yang terjadi di tempat itu. Apabila dah masuk, hanya perlu ikut sahaja guide dan rasai sendiri pengalaman dikejar sesuatu, merangkak, mencari dan juga melarikan dari entiti asing.

Rumah Hantu interaktifPhoto from Instagram hauntumy

Pastikan anda datang bersama rakan-rakan barulah meriah sikit dan jika ada sakit jantung ataupun anda seorang yang penakut, berhati-hatilah ya. Terdapat bayaran dan anda perlu melakukan tempahan slot terlebih dahulu.

HauntuMYPhoto from Instagram hauntumy

?Makan-makan! 

Tak sah lah pergi ke LINC KL kalau tak melepak makan-makan kan? Kalau anda nak tahu, di sini ada kafe yang best seperti Beans Brother, Ben's dan banyak lagi lah. Dah tak perlu pening kepala nak cari tempat makan mana yang best lagi.

The LINC KLPhoto from Instagram fadzleeeats

Selain itu, kalau anda tak mahu makan kafe, ada sahaja kedai ramen ataupun makanan mexico yang sihat serta lain-lain yang boleh menjadi pilihan. Psst... kedai makan Chef Wan pun ada tau. Semua adalah di sini!

The LINC KLPhoto from Instagram sarazane88

?360, Jln Tun Razak, Taman U Thant, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰ 10am-10pm (buka setiap hari)

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok