KL Mendapat Tempat Ke-3 Bandar Terbaik Untuk Tinggal Di Asia!
Sekali lagi bandar KL mendapat pujian apabila mendapat tempat ke-8 dalam dunia sebagai bandar terbaik untuk duduki. Manakala, mendapat tempat ke-3 dalam kawasan Asia dalam survey yang dijalankan baru-baru ini.
Survey yang dijalankan oleh InterNations' annual Expat City Ranking, menunjukkan bahawa Kuala Lumpur (KL) mampu menonjolkan dirinya untuk bersaing dengan bandar lain yang lebih terkenal dalam skala global.
Walaupun KL terletak di tempat ke-8. Ia telah bersaing dengan bandar di Sepanyol, Mexico dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Untuk kawasan Asia pula, ibu kota kita mendapat tempat ke-3 diikuit dengan bandar Abu Dhabi dan Ras Al Khaimah.
Kedudukan ini bergantung pada jawapan survey yang dilakukan oleh golongan expat yang mendiami dalam negara kita. Lebih daripada 12,000 expats menjawab survey yang dilakukan oleh InterNations.
Sebanyak 181 buah negara dinilai dalam beberapa faktor. Antaranya adalah kos sara hidup, kualiti hidup, kesusahan untuk adaptasi dan aspek berkaitan. Ia dilakukan supaya setiap tempat mendapat peluang untuk menonjolkan keunikkan masing-masing.
Photo from Hatlas Travel
Selain itu, negara kita pula mendapat tempat ke-4 sebagai negara paling sesuai untuk diduduki oleh golongan expat. Ia diikuti dengan negara Mexico, Sepanyol dan Panama. Ini menunjukkan bahawa usaha KL untuk tingkatkan kualitnya menjadi dengan baik.
Tetapi, apakah faktor yang menyebabkan ramai expat suka untuk tinggal dalam negara kita terutama KL?
Bandar Ubran Moden & Selesa
Photo from The Malaysian Reserve
Faktor pertama mestilah bagaimana bandar tersebut dibina. KL memang cukup terkenal dengan beberapa mercu tanda yang telah memikat mata luar negara. Menara Berkembar, TRX dan Merdeka 118 menyebabkan semakin ramai pelancong luar ingin melihatnya.
Bukan itu sahaja, banyak mercu tanda yang menceritakan sejarah negara dan bandar ini turut mendapat sambutan yang baik. Walaupun KL merupakan sebuah bandar moden, budaya seni tradisionalnya masih dikekalkan dengan baik untuk dilihat oleh setiap individu melawatnya.
Itulah menyebabkan KL sangat menarik berbanding bandar lain. Gaya hidup urbannya pula saling tak tumpah macam duduk di bandar luar negara. Semakin lama berubah menjadi sebuah urban metropolitan dengan pelbagai kelengkapan infrastruktur moden.
Kemudian kalau tempat tinggal pula? Tak kisah kat mana sekali pun. Kita pasti dapat lihat ibu kota berada di tengah. Kalau taknak rasa terlalu padat, kita boleh pindah ke lingkaran luar bandar ataupun jauh sedikit ke kawasan lembah klang yang lain.
Photo from Arte Corp
Faktor ini menyumbang kepada keselesaan kita untuk tinggal di bandar ini. Oh tak lupa juga, gaya hidup orang kita sangat santai menyebabkan ramai expat dan pelancong suka untuk melawat bandar ini.
Hmm Nak Makan Apa Harini?
Photo from Culture Tri
Faktor seterusnya sudah semestinya pasal makanan! Mana nak cari sebuah bandar yang kita boleh pilih nak makan apa sahaja daripada pagi sampai ke petang. Lepas tu pula semuanya berbeza budaya pulak tu.
Seronoknya pula walaupun kita tengah sedap menikmati makanan daripada satu budaya. Makanan tersebut mungkin ada banyak variasi mengikut tempat asalnya dalam negara. Contohnya, makanan melayu di belah utara dan pantai timur ada sedikit kelainan betul tak?
Kalau menikmati makanan cina pula. Ada banyak etnik yang turut membawa resipi dan gaya masakan mereka sendiri. Makanan India pula mempunyai pelbagai kombinasi rempah ratus yang kita susah nak jumpa!
Photo from SmartBite
Belum kita cerita tentang makanan tradisional Sabah dan Sarawak. Itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja takkan pernah berhenti mencuba pelbagai makanan baru dalam negara kita.
Disebabkan ini sahaja ramai pelancong luar sangat gemar bercuti ke negara kita semata-mata untuk makan sahaja. Terutama di bandar ini di mana seluruh rakyat Malaysia telah membuka kedai membawa makanan tradisional mengikut negeri asal mereka.
Photo from SmartBite
Kebaikkannya jatuh pada kita juga yang diberi peluang untuk menikmati makanan yang sedap!
Sistem Kesihatan Yang Canggih!
Photo from Sunway Construction
Faktor ini ramai rakyat kita terlepas pandang. Mungkin kita tak sedar tentang perkara ini dan akan bersyukur apabila kita melangkah keluar ke negara lain kerana sistem kesihatan negara kita canggih dan sangat bagus.
Tidak kisah di mana-mana sekalipun, kita perlu bersyukur bahawa sistem kesihatan membuatkan kita senang untuk mendapat rawatan. Sebut sahaja sakit apa, nescaya ada rawatannya dalam negara terutama di ibu kota.
Bukan itu sahaja, servisnya pula sentiasa bertambah baik untuk memastikan setiap pesakit dijaga dengan baik. Kita juga mempunyai banyak kelengkapan moden untuk tangani pelbagai sakit kronik sehingga sakit biasa.
Selain itu, tenaga pakar yang berdedikasi untuk menyumbang usaha bagi mewujudkan pelbagai solusi untuk selesaikan sebarang penyakit. Faktor ini sahaja sudah cukup untuk menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan dalam negara.
Lihat sahaja pada waktu ambang Covid-19. Negara kita berjaya merendahkan penyebaran kes sehingga angka 0 kes baru direkod setiap hari. Mungkin sebab ini semakin ramai orang ingin pindah dan mulakan hidupnya di ibu kota kita.
Photo from Prince Court Medical Center
Faktor seperti ini membuatkan KL sangat unik berbanding tempat lain. Tambahan pula, survey yang dijalankan pula menunjukkan terdapat peningkatan dalam kualiti kehidupan di mana sebelum ini kita menduduki tangga ke-44 daripada 52.
Tahun ini? Tangga ke-29 daripada 53.
Mungkin korang suka:
Photo from ExpatGo