Vila Mewah Tersembunyi Dalam Hutan Simpan Berembun
Tak sangka di Negeri Sembilam pun ada sebuah vila mewah yang terletak atas tanah tinggi. Diberikan nama Sembayu Villa ia memberikan pemandangan begitu menakjubkan kepada pengunjung yang tinggal di sini.
Pada tahun 2013, sebuah keluarga terkejut setelah melihat pemandangan yang cukup menakjubkan setelah selesai mendaki di hutan simpan Berembun. Ketika menerokai persekitaran di puncak Bukit Pantai, Seremban.
Photo from Sembayu Vila
Mereka secara tidak sengaja menemui sebuah tanah kosong dengan pemandangan panaroma hutan hujan Berebun begitu cantik. Tak lama daripada itu, mereka mendirikan sebuah vila untuk memberi peluang kepada keluarga lain menikmati perkara sama.
Sembayu Villa dibina dengan penuh teliti menghormati alam semula jadi di sekeliling. Ini memastikan persekitaran alam semulajadi dapat dilindungi serta tidak dimusnahkan.
Photo from IG | Sembayu Vila
Sebab Itu Kalau Nak Staycation, Anda Wajib Ke Sini
Photo from IG | bananyna
Dikelilingi pokok hijau, langit biru terbentang luas dan suasana cukup indah. Haih memang puas betul dapat menghabiskan masa di vila ini bagi melupakan sebentar segala masalah yang ada dalam kehidupan kita.
Lihat sahaja dari luar, megah berdiri vila ini mengalu-alukan pengunjung untuk tidur di sini walaupun hanya 1 malam. Dibina dengan gaya seni bina moden, pemilik vila sangat bijak bermain dengan pelbagai elemen.
Photo from IG | Sembayu Vila
Batu-bata, warna besi hitam dan sebagainya memberi kontras berbeza daripada seluruh suasana hijau. Menariknya langsung tak nampak janggal.
Ada 6 Jenis Bilik Boleh Anda Pilih
Photo from IG | Sembayu Vila
Haa.. memang cantik betul kan vila ini? Mesti korang terkejut melihat gambar yang min sertakan dalam artikel ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat 6 jenis bilik boleh dipilih mengikut pilihan anda.
Menurut Sembayu Vila, "bilik kami direka dengan bentuk dan tema berinspirasikan perindustrian yang bergabung dengan elemen moden bebas. Menghadap ke hutan simpan semula jadi Seremban,
Photo from IG | Sembayu Vila
Setiap bilik dapat melihat pemandangan begitu menakjubkan untuk dilihat. Dengan 15 unit berbeza, kami memastikan ada mempunyai banyak pilihan dan setiap satu lengkap dengan fasiliti moden seperti penghawa dingin, tv, katil selesa dan sebagainya.
Tambahahan pula, semua bilik mempunyai nama Melayu unik yang dipengaruhi oleh pelbagai jenis pokok dan tumbuhan yang ada dalam hutan tempatan ini. Ini dapat memberikan gambaran lebih mendalam tentang kepelbagaian jenis hutan hujan di Malaysia," jelas mereka.
Photo from IG | bananyna
6 jenis bilik untuk dipilih adalah:
- Panoramic Room
- Panoramic Room With Balcony
- Luxury Room With Balcony
- Quadruple Room
- Cendana Room
- Presidential Suite
- Surian Suite
- Tatami Suite With Balcony
Jom Berehat Di Sembayu Vila Sambil Menikmati Keistimewaan Negeri Sembilan
Photo from IG | Sembayu Vila
Bagaimana adakah anda juga terpukau melihat pemandangan yang ditawar oleh vila ini? Haa.. asyik staycation dalam negeri Selangor sahaja, apa kata anda pergi ke Negeri Sembilan pula.
Lokasinya tidak jauh daripada ibu kota dan ada beberapa lokasi serta kedai sedap untuk anda singgah ketika berada di negeri ini. Selain itu, Sembayu Vila juga ada mempunyai kafe yang dicipta khas untuk pengunjung muslim.
Photo from Sembayu Vila
Walau bagaimanapun, jika anda teringin nak berehat dan habiskan masa bersama orang tersayang. Vila ini sangat sesuai!
Photo from IG | bananyna
📍 Sembayu Villa, Lot 3164, Kolam Air Pantai Kampung Baru Pantai, Pantai Hill, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Mungkin korang suka: