Tak Tahu Nak Pergi Ke Mana Di Cameron Highlands?
Fakta menunjukkan bahawa kita sentiasa idamkan cuaca nyaman, sejuk dan dingin. Memandangkan ia sentiasa panas di negara kita, bercuti pada hujung minggu di Cameron Highland merupakan antara aktiviti popular.
Bakal dibuka beberapa hari akan datang, terdapat sebuah tempat glamping baru yang tersembunyi di kawasan pergunungan ini.
Photo from Zen by Stellar
Apa yang menarik tentang lokasi kali ini? Ia bertemakan Japanese Onsen yang sering anda lihat di kaca tv. Ia lengkap dengan segala fasiliti diperlukan seperti bilik dikelilingi suasana alam sekitar, onsen, kafe menghidangkan teh sangat membantu mengeluarkan 'zen' dari tubuh anda.
Tak Perlu Nak Ke Jepun, Singgah Ke Cameron Highland Sudah Cukup
Photo from Zen by Stellar
Tiket penerbangan ke Jepun bukanlah murah walaupun matawang Yen tengah runtuh sekarang. Tidak mengapa, anda boleh sahaja ke Cameron Highland nak nikmati suasana aman damai di sini sahaja.
Pemilik glamping ini sangat memahami budaya asli Jepun yang dapat dilihat daripada setiap sudut. Daripada bahagian kemudahan sehingga ke bilik.
Photo from Zen by Stellar
Anda boleh menghilangkan stress dengan duduk sebentar di onsen pada waktu pagi. Pergi mengurut di pusat spa dan minum teh di bilik khusus untuk melengkap aktiviti harian.
Pada waktu malam, terdapat menu omakase untuk menutup hari anda dengan sempurna.
Photo from Zen by Stellar
Mimpi Indah Dalam Sebuah Kotej Yang Cukup Selesa
Photo from Zen by Stellar
Haa.. walaupun anda tidur dalam sebuah khemah, ia langsung tidak kelihatan sepertinya! Ia kelihatan dan terasa lebih seperti sebuah kotej yang selesa. Lengkap dengan kelengkapan seperti perabot kayu dan tempat tidur.
Di sini ada 2 jenis tempat tinggal boleh anda pilih - vila dan kotej. Setiap satu menawarkan susun atur katil dan kemudahan berbeza untuk menampung pelbagai jenis tetamu.
Contohnya, pasangan berdua nak menikmati suasana Cameron Highlands, berkeluarga atau kaki travel solo. Jika anda berminat untuk mandi gaya 'Jepun' seperti dalam cerita, anda perlu pilih bilik Yama atau Sora Villas.
Photo from Zen by Stellar
Bilik ini menawarkan pengalaman tersebut dalam bilik anda sendiri. Setiap bilik turut mempunyai balkoni dengan tab mandi luaran dan ruang tempat duduk tatami.
Selain itu, keluarga yang ada anak kecil boleh pilih jenis Sora. Ia mampu memuatkan 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak dengan katil bersaiz King serta katil sofa.
Photo from Zen by Stellar
Tambahan pula, jika anda ingin menikmati pengalaman glamping lebih tradisional. Min sarankan untuk pilih Nami dan Kaku Cottages yang menyediakan khemah menghadap taman Jepun dan pergunungan persekitaran Cameron Highlands.
Setiap keperluan asas seperti katil empuk, peralatan mandian dan bermacam-macam lagi ditawarkan untuk setiap penginapan. Semua set bilik lengkap dengan sarapan percuma termasuk set sepinggan buah-buahan dan minuman teh.
Photo from Zen by Stellar
Waktu Panas Macam Ni Ialah Masa Terbaik Untuk Berundur Ke Cameron Highlands
Photo from Zen by Stellar
Cuaca semakin panas sejak kebelakangan ini. Maksudnya sekarang ialah masa terbaik untuk anda pergi bercuti ke Cameron Highlands dan tidur di tempat glamping ini!
Dengan permandangan dan persekitaran cukup sempurna, anda dapat menikmati sesuatu yang baru di sini. Berbeza daripada tempat glamping lain, tema Jepun yang diambil benar memberikan pengalaman percutian santai.
Photo from Zen by Stellar
Berendam di onsen sambil menghirup air teh, memang seronok kan?
📍 Lot 385, Jalan Kamunting, Tanah Rata, Brinchang 39000 Pahang
⏰ 3pm - 11pm (Check In) / 9 am - 12pm (Check Out)