download Jom Explore app
Apa Yang Ada Dengan Kuala Selangor ? Jom Kita Lawati Dan Lakukan Aktiviti Di Sana

Apa Yang Ada Dengan Kuala Selangor ? Jom Kita Lawati Dan Lakukan Aktiviti Di Sana

Jom! Makan Jom! Cuti Staycation Bajet
By Ayunie Husna on 21 Feb 2023
Digital Editor

Kuala Selangor terdapat banyak aktiviti yang menarik lagipon jika dari Kuala Lumpur ia mengambil masa selama 2 jam untuk kesini. Jadi, kami akan kongsikan aktiviti, tempat tinggal dan tempat makan yang sesuai untuk korang bercuti bersama anak-anak. 

Tugu di Kuala SelangorPhoto from Kuala Selangor

Staycation yang menarik

Bagi kami tempat tinggal yang paling sesuai untuk anda bercuti bersama anak-anak adalah Di Kuala Selangor Cabin Homestay ini mempunyai pelbagai jenis Homestay yang sesuai untuk keluarga yang besar atau kecil. Selain itu, Kuala Selangor Cabin Homestay mempunyai pelbagai aktiviti seperti mempunyai mini zoo, tempat mandi-manda, kampung warna warni dan pelbagai aktiviti yang menarik untuk bersantai bersama keluarga.

Untuk melihat berapa harga untuk ke Kuala Selangor Cabin Homestay anda boleh tekan link sini untuk membaca dengan lebih lanjut:

Homestay yang terdapat di sanaPhoto from Kuala Selangor Cabin Homestay

Aktiviti yang boleh dilakukan di Kuala Selangor

Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan apabila sampai di Kuala Selangor contohnya anda boleh melawati Kg. Kuantan untuk melihat kelip-kelip yang berada di sana. Anda juga boleh melawati Pantai Cermin untuk membawa anak-anak anda bergambar atau beriadah disana.

Kelip-kelip yang berada di kg kuantanPhoto from Kelip-kelip Kg Kuantan

Kuala Selangor mempunyai keluasan padi yang sangat luas, dan anda boleh melihat pemandangan yang menakjubkan apabila berada di sana. Anda boleh membawa keluarga anda ke kawasan padi tersebut untuk melihat dan mengambil gambar.

Suasana sawah padi sekinchanPhoto from Marcocst

Wah! jangan tak sangka di Kuala Selangor juga terdapat mini zoo iaitu di Hussin Fauzi Farm untuk masuk disini mempunyai bayaran iaitu dewasa Rm 15.00 dan kanak-kanak Rm 7.00. Banyak juga haiwan yang disediakan disini.

Suasana kanak-kanak memberi unta makanPhoto from Husin Fauzi Farm

Tempat Makan

Kalau dah berjalan mestilah, kena pergi tempat makan kan? kalau untuk sarapan kami cadangkan ke Roti Canai Pelangi kerana mempunyai pelbagai jenis sarapan di sana. Untuk waktu tengahari anda boleh makan ke Mee Udang Banjir dan Restoran Aroma Ikan Bakar. Makanan yang disediakan mempunyai rasa yang sedap dan dengan pemandangan yang cantik.

 

 

Pelbagai Perisa Roti CanaiPhoto from Roti Canai Pelangi

 

Udang yang banyak dan menyelerakanPhoto from Mee Udang Banjir

Jika anda ingin mencari kafe yang selesa dan bersantai bersama ahli keluarga anda boleh cuba ke sini Hay Cafe dihiasi dengan pemandangan sawah padi.

pemandangan hay cafe dari luarPhoto from Hay Cafe

Jika berkesempatan anda boleh makan coklat di tepi sawah iaitu di Laman Choco. Disini, bukan sahaja makan coklat sahaja tetapi juga anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dan mempunyai pelbagai jenis makanan yang disediakan.

Laman ChocoPhoto from Jom Explore

Jika musim cuti sekolah tak tahu kemana anda boleh cuba disini dan merasai suasana kehijauan di Kualan Selangor bersama keluarga.

Anda Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok