"Hay Cafe", Kafe dengan Pemandangan Sawah Padi yang Indah di Sekinchan
Mengguna tumbuh-tumbuhan sebagai konsep utaman dalam dekorasi dalam memang satu trend yang hangat. Kini, banyak kafe and restoran menggunakan konsep sedemikian, mencipta satu suasana yang tenang, seolah-olah “bersebati” dengan alam semulajadi.
Photo from venicekeqian
Anda tau tak kat Sekinchan ada satu tempat yang super best untuk chill? Hay Cafe, kafe yang diiringi dengan pemandangan padi sawah yang indah. Suasana kat sini sangat tenang dan selesa, rasa macam nak rehat-rehat je. Sepoi-sepoi angin dari sawah padi, tambah lagi segar.
Photo from conniesimplelife
Pemandang Sawah Padi Yang Menakjubkan
Tapi bayangkan kalau korang boleh makan diiringi dengan pemandangan hijau yang menakjubkan dari setiap sudut. Sawah padi memang membuat hati kita senang dan damai.
Photo from conniesimplelife
Padi hijau yang melambai indah dan air yang berkilauan membuat pemandangan itu terlihat sangat cantik. Memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa indahnya pemandangan itu.
Tempat dia di tengah-tengah ladang padi, boleh makan sambil tengok padi yang hijau-hijau. Tak kisah la duduk dalam kafe atau luar, pasti terpikat dengan pemandangan yang indah.
Pilihan Makan dan Minuman Yang Sesuai Dengan Citarasa Semua
Kafe ini dilengkapi dengan tingkap besar yang mengelilingi ruang dalam dan sebuah bar luar yang menghadap ke ladang padi, memastikan anda dapat menikmati pemandangan hijau yang indah sambil menikmati minuman dan makanan.
Photo from venicekeqian
Photo from Grace Wi
Menu yang beragam, dari Nasi Lemak Ayam Rempah sehingga pasta, minuman Niko Neko dan pilihan kek yang sedap. Suasana yang best, nyaman, sesuai untuk bergambar. Wajib singgah kalau anda berada di Sekinchan!
Photo from Kelson Cheah
Photo from conniesimplelife
Kafe ni terletak dekat dengan Mango King, jadi lokasinya tak susah dicari.
?Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan, Selangor
⏰Selasa-Jumaat 9am-4:30pm | Sabtu & Ahad 9am-6:30pm (Tutup Isnin)
?011-1026 6965
Anda Mungkin Suka:
❤️Terokai Keseronokan Staycation di Tepi Sawah Padi di "Padi Hijau" Sungai Besar
❤️Makan Coklat Di Tepi Sawah Di Sungai Besar