Makan Coklat Di Tepi Sawah Di Sungai Besar
Ha? Korang pernah tak teringin nak menikmati kafe coklat di tepi sawah dengan pemandangan yang kehijauan dan mendamaikan, Selamat datang ke Laman Choco yang terletak di Sungai Besar , Selangor, 1 jam dari Kuala Lumpur.
Photo from nak rasanya duduk di tepi sawah padi sambil menikmati coklat!
Kalau anda nak tahu , disini terdapat pelbagai jenis bentuk coklat dari air coklat sehingga makanan yang berinspirasikan coklat. Eh selain dari itu , untuk yang rasa tempat ni ada jual coklat sahaja. Jangan risau pastinya ada menu menu yang menarik lagi disini cuma pada konsep asalnya mereka menjual Choco Crispy dan kini telah dikembangkan menjadi Kafe Laman Choco.
Photo from Minuman coklat yang enak dan pekat, memang padu!
Photo from Makan coklat sebegini pasti menyegarkan!
Apakah Menu coklat yang Laman Choco sediakan:
- Custom Choco Jar ( menu utama )
- Croffles
- Waffles pelbagai perisa
- Biskut Cookies
- Brownies
- Pastry
- Air pelbagai perisa
Di Laman Choco mereka juga menyediakan Menu masakan selain dari manisan, seperti pizza dengan pelbagai perisa, laksa Penang, cocktails buah, bakso dan keropok lekor.
Photo from Laksa Penang yang lazat sangat!
Photo from Keropok lekor, isi yang padu, sedapnya menggamit!
Photo from Kek yang lembut dan manis, pasti membuatkan anda terliur!
Takkan Makan je kan ? dekat Laman Choco ni. Yang paling menarik adalah aktiviti yang disediakan iaitu Laman Choco juga menawarkan sewaan Skuter untuk rondaan kampung dan menghayati keindahan panorama di sawah padi. Selain itu , Terdapat juga aktiviti melawat kilang pembuatan choco crispy dan boleh membeli belah dengan pelbagai coklat yang disediakan.
Photo from Ini salah satu tempat yang wajib anda kunjungi ketika mengunjungi Sungai Besar.
Selain dari itu, pelancong akan dihidangkan dengan panorama kehijauan sawan padi yang terbentang luas sambil makan choco crispy dengan pelbagai perisa.
Di masa depan Laman Choco juga bakal membuka beberapa unit Homestay juga di lokasi yang sama.
?No.6, Jalan Parit 1, Kampung Sungai Haji Durani, 45300 Sungai Besar, Selangor
?011-24400097
⏰12pm - 7pm (Isnin - Jumaat), 10am - 7pm (Sabtu & Ahad)