Jom! Terokai 4 Warung Dan Restoran Dengan Pemandangan Sawah Padi
Terdengar indah sekali ketika kita boleh menikmati ketenangan dan suasana nyaman di kampung. Kampung memang biasanya memiliki suasana yang damai dan tenang, sehingga sangat cocok bagi mereka yang ingin menghindari hiruk-pikuk kota.
Jom, ikuti kami menerokai destinasi makan yang berada di kawasan pedesaan dan menyediakan pemandangan sawah padi yang indah.
?Cafe Singgah Berangin | Johor
Benar sekali! Keindahan suasana kampung dan sawah padi memang memukau. Pasti ramai orang yang menikmati keindahan alam di kampung, terutama ketika mereka melihat sawah padi yang terbentang luas di depan mata.
Dekat Johor pun ada cafe berjiran dengan sawah padi, namanya Cafe Singgah Berangin.
Bayangkanlah, betapa nyamannya berada di jelapang padi dengan hidang makanan istimewa seperti 'Ayam Penyet Ketagih' dan 'Soto Gear Box' , pasti menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan.
? Cafe Singgah berangin @ Homestay Singgah Sawah House, Sawah Sarang Buaya, Mukim Sg. Balang, Muar, 8400, Johor
⏰4pm - 12am (SELASA TUTUP)
? 01139644362
?BELAGOANGIN | Terengganu
Kedai Makan Belagoangin terletak di Kg Pancur Kuin, Batu Rakit, Kuala Nerus, menawarkan pengalaman menikmati hidangan klasik Melayu di tepi sawah padi dengan beratapkan rumbia.
Antara makanan klasik Melayu yang dihidangkan ialah gulai Ikan yu, gulai telor itik, kerabu perut, pari bakar berempah, pais patin, ayam percik, cencaru bakar, baung masak tempoyak dan pelbagai jenis ulam-ulaman serta budu.
Yang paling special makanan dibawa dengan menggunakan dulang buluh! Memang vibe kampung!
?Kampung Pancur, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu.
⏰1:30am - 3:30pm (JUMAAT TUTUP )
? 0199176790
?Kodai Serapan D’sawah | Negeri Sembilan
Terletak di tepi jalan utama, dikelilingi bendang, Kodai Sarapan D’ Sawah memang satu kedai yang paling menjadi tumpuan, terutamanya di kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi.
Suasana sejuk sebab kawasan pergunungan, sambil makan sambil menikmati suasana di tepi sawah bendang. Memang sempoi! Ramai juga menggunakan kesempatan ini untuk mengambil gambar atau foto-foto untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan.
Makanan yang dihidangkan memang makanan tempatan yang sedap, seperti roti canai, kuih muih kampung, pulut sambal ikan bilis petai,nasi lemak dan lain-lain.
?22, Jalan Kuala Pilah, Kampung Solok Paku, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
⏰7 AM – 11AM
?0193646515
?Warung Telaga | Perak
Laksa sarang yang cukup terkenal di negeri Perak ini juga boleh ditemui di Warung Telaga. Dengan pemandangan indah sawah padi, warung ini asalnya menjadi tempat pekerja sawah melepaskan lelah. Nak roti puri, ABC dan milo ais kepal pun ada kat sini!
Selain pemandangan yang cantik,anda pasti teruja dengan hiasan unik kedainya. Pelbagai koleksi barangan antik menghiasi ruang dalam kedainya.
Jom Makan Di sini, Sangat menggamit kenangan masa dulu
?Kampung Kuala Chempias, 33000 Kuala Kangsar, Perak
⏰2pm - 8pm ( KHAMIS DAN JUMAAT TUTUP)
? 0125934771
?Sumber Foto: Facebook