Kuala Selangor Cabin Camp Homestay Yang Berkonsepkan Pelangi Dan Rumah Hobbit
Kuala Selangor Cabin Camp di Jeram, Selangor menawarkan pengalaman percutian yang luar biasa. Lokasi tarikan pelancongan itu dihiasi dengan pelbagai palet warna-warna menyebabkan kawasan tersebut seakan berada di sebuah dunia yang berbeza.
Photo from Za Ries Facebook
Pelbagai Jenis Homestay Di Kuala Selangor Cabin Camp
Kuala Selangor Cabin Camp menawarkan beberapa pilihan penginapan unik seperti tubestay, type A stay, cabinstay, Bus Stay, Arabian stay, homestay, dan hobbit stay yang menonjol sebagai pilihan terbaik. Pelbagai pilihan bilik-bilik penginapan unik boleh dipilih sesuai dengan keperluan percutian anda. kemudahan penginapan dengan pelbagai konsep menarik pada kadar hanya RM70 semalam.
Photo from KualaSelangor RainbowVillage
Photo from KualaSelangor RainbowVillage
Aktiviti Yang Disediakan
Aktiviti-aktiviti seperti kolam renang, yo-yo cart, obstacle course, ATV, berbasikal, memancing dan memanah tersedia di sini. Malah mereka juga menyediakan sebuah taman bunga atau nursery dan sebuah petting zoo di mana pengunjung boleh mendekati alam.
Photo from KualaSelangor RainbowVillage
Photo from KualaSelangor RainbowVillage
Kesemua aktiviti-aktiviti ini boleh anda gabungkan untuk sesuatu percutian berkumpulan yang tidak dilupakan. Malah, mereka juga menyediakan pakej-pakej yang serba lengkap dan berpatutan untuk kemudahan anda.
Photo from KualaSelangor RainbowVillage
Berita baik sekiranya...
Anda menginap di sini, ke semua tarikan dalam KSCC boleh diakses secara percuma. Rasanya amat berbaloi dan berpatutan, tetapi jika anda ingin melawat ke sini tanpa tidur boleh juga kerana mereka menawarkan pakej untuk melawat sahaja serta ada bayaran untuk masuk.
Photo from KualaSelangor RainbowVillage
Pakej Lain Di Kuala Selangor Cabin Camp
Namun, jika anda ingin mencari destinasi yang sesuai untuk kursus pelajar, team building untuk syarikat ataupun family day bersama seisi keluarga besar, di sini lah tempat yang paling sesuai. Kelengkapan seperti dewan dan bilik kuliah disediakan.
Photo from KualaSelangor RainbowVillage
Buat anda yang mencari kelainan, sukakan keunikan, menghargai keindahan dan hidup dalam keharmonian, pastikan anda cuba KSCC satu hari nanti. Sesuai untuk keluarga meluangkan masa bersama.
📍Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor
✅ Warganegara Dewasa (RM 18.00)
✅Warganegara Warga Emas & OKU (RM 16.00)
✅Warganegara Kanak-kanak umur 3 hingga 12 tahun (RM 14.00)
📞019-481 4845
Anda Mungkin Suka: