Wow! Roti Canai Ni Lain Dari Yang Lain, Roti Canai Pelangi Di Kuala Selangor
Ada yang dah bosan dengan roti canai kosong yang biasa saja? Kali ni jom cuba roti canai pelangi yang ada empat warna dan empat perisa di Kuala Selangor. Tetap sedap walaupon dicicah bersama kari kambing, kari ayam dan kuah dal.
Photo from Roti Canai Pelangi
Roti Canai Pelangi
Walaupun, nampak pelik tapi sangat diminati ramai dan selalu dikunjungi orang. Senang kata selalu Full House lah warungya. Kalau nak tahu, Roti Canai Pelangi boleh didapati di Warung Dimyati Roti Canai yang terletak di Kampung Sungai Yu 1, Kuala Selangor.
Photo from Roti Canai Pelangi
Menariknya, Roti Canai Pelangi terdiri daripada empat perisa iaitu durian (kuning), epal (hijau), strawberi (merah) dan keladi (biru).
Photo from Roti Canai Pelangi
Sebelum terlupa, tak lengkap rasa roti canai jika tidak dicicah dengan kuahnya. Menariknya Warung Dimyati ini menawarkan lima pilihan kuah untuk dicicah bersama roti canai iaitu kari kambing, kari ceker, kari daging, kari biasa dan kuah dal
Photo from Roti Canai Pelangi
Roti Canai Yang Biasa
Selain roti canai pelangi, ada juga menu ringan yang lain berasaskan roti termasuklah roti kahwin, roti boom, roti planta dan sebagainya. Namun menu hot yang perlu juga dicuba adalah Roti Telur Goyang dan Roti Telur Jantan. Tak sah ke warung untuk sarapan jika tiada menu enak ini.
Photo from Roti Canai Pelangi
Menu hidangan pagi yang lain juga ada seperti lontong, nasi lemak, sate dan kuih-muih yang tersedia di warung ini.
Photo from Roti Canai Pelangi
Konsep Layan Diri
Disebabkan warung ini sentiasa dipenuhi ramai pengunjung, pihak warung menetapkan konsep layan diri untuk memudahkan pengunjung. Pesan dan ambil makanan serta minuman yang anda inginkan lalu bayar di kaunter.
Photo from Roti Canai Pelangi
Jika bercuti ke Kuala Selangor, jangan lupa masukkan kedai ini dalam senarai tempat makan yang perlu dicuba di daerah ini. Selamat mencuba!
?Lot 2430 Batu 3 Kampung Sungai Yu 1, Kampung Sungai Yu, 45000 Kuala Selangor, Selangor
⏰7am-12pm Selasa-Ahad ( Isnin Dan Jumaat Tutup)
?012-234 8627
Anda Mungkin Suka:
❤️Jemapoh Pizza Kayu Api, Kuala Pilah Pizza Kampung Citarasa 'International'
❤️Peminat Kambing Dimana? Jom Terjah House Of Kambing Di Serdang