6 Tips Keselamatan Berguna Ketika Hadap Musim Banjir
Menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan amaran banjir di Kelantan akibat hujan berterusan tanpa henti.
Photo from Kosmo
Kita sedia maklum bencana banjir kerap berlaku di negara kita. Sama ada di negeri pantai timur atau ibu kota sekalipun, bencana ini bukan sahaja mengancam keselamatan tapi akan menjejaskan kehidupan seharian kita.
Sebab itu, min berkongsi 6 tips penting untuk menghadapi situasi ini dengan selamat. Berikut ialah langkah keselamatan yang mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.
Photo from Berita Harian
1. Sentiasa Berwaspada Dengan Ramalan Cuaca
Photo from Christ Church
Antara langkah pertama dan paling penting untuk dilakukan ialah memantau ramalan cuaca yang dikeluarkan secara rasmi. Gunakan aplikasi, saluran berita untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini tentang amaran banjir.
Selain itu, jangan sesekali memandang ringan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Jika kawasan anda disenaraikan sebagai kawasan berisiko tinggi, bersiap sedia dengan segera!
Ingat kawasan yang tidak dijangka boleh banjir pun, boleh kena.
Photo from Berita Harian
2. Sediakan Kit Kecemasan Banjir
Photo from Pngtree
Sehubungan itu anda perlu siap sedia kit kecemasan yang dipenuhi dengan pelbagai keperluan penting sebelum menghadapi bencana ini. Pastikan kit anda mengandungi barang seperti:
- Lampu suluh dan bateri tambahan
- Power bank
- Segala ubat penting
- Makanan tahan lama (makanan tin, biskut, segera)
- Dokumen penting (sijil lahir, kad pengenalan, disimpan dalam beg kalis air untuk elak kerosakan)
3. Elakkan Melalui Kawasan Berisiko Tinggi Atau Air Deras
Photo from Berita Harian
Bila bencana seperti ini berlaku, jalan raya dan kawasan rendah akan ditenggelami air terlebih dahulu. Walaupun paras air kelihatan cerek, jangan sesekali cuba meredah sama ada dengan kenderaan atau berjalan kaki.
Ini kerana arus deras boleh menghanyutkan anda dengan mudah. Malah, boleh menyebabkan kerosakan besar pada kenderaan anda dan lebih menyeramkan ramai hilang nyawa akibat cuba redah air menggunakan kenderaan.
Apa yang perlu anda lakukan ialah cari jalan alternatif atau tunggu sehingga keadaan selamat sebelum bergerak. Selain itu, patuhi arahan pihak berkuasa.
Photo from Motorist Malaysia
4. Berusaha Untuk Pindah Ke Tempat Selamat Jauh Dari Banjir
Photo from Berita Harian
Pihak berkuasa akan bertugas untuk mengarahkan penduduk untuk berpindah dari kawasan berbahaya. Pastikan anda patuhi segala arahan tanpa berlengah dan bersiap sedia untuk bawa segala barang penting.
Seterusnya, ambil tahu lokasi pusat pemindahan terdekat dan laluan selamat untuk ke sana. Jangan lupa untuk pastikan keluarga anda (termasuk haiwan perliharaan seperti kucing) berada dalam keadaan selamat.
Simpan nombor telefon pihak berkuasa untuk lakukan sebarang panggilan kecemasan.
Photo from Kosmo
5. Renjatan Elektrik Jangan Buat Main Ketika Musim Banjir
Photo from Kosmo
Salah satu perkara paling berbahaya semasa musim bencana ini ialah renjatan elektrik. Ramai mangsa telah mengalami renjatan ini kerana tidak berhati-hati serta redah tanpa pengetahuan am.
Apa yang anda perlu lakukan ialah matikan bekalan elektrik di kawasan rendah seperti ruang tamu dan dapur untuk mengelakkan sebarang risiko. Jika air mula masuk ke dalam rumah, pindahkan peralatan elektrik ke tempat tinggi.
Jangan cuba hidupkan alat elektrik yang telah terendam dalam air tanpa pemeriksaan pakar.
6. Jaga Kebersihan & Kesihatan
Photo from Kosmo
Perlu diingatkan air banjir bukan air bersih yang boleh dijadikan 'swimming pool' peribadi anda. Sebaliknya ia mengandungi air tercemar, haiwan berbahaya dan pelbagai bakteria dan penyakit.
Contohnya seperti kencing tikus. Disebabkan itu sentiasa cuci tangan menggunakan sabun dan elakkan bersentuhan dengan air banjir. Minum air yang dimasak atau dibotolkan sahaja.
Tambahan pula, pastikan kawasan dijaga dengan baik serta bersih untuk elak daripada sebarang pembiakan nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit denggi.
Photo from Amanz
Mungkin korang suka: