download Jom Explore app
Telefon Masuk Air? Jangan Cepat Panik!

Telefon Masuk Air? Jangan Cepat Panik!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 26 May 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Alamak macam mana ni, telefon dah masuk air! Apa patut kita lakukan sekarang? Masih sempat ke untuk kita selamatkan peranti kesayangan atau boleh ucapkan takziah serta merta.

Walaupun kebanyakan model telefon kini semakin canggih siap ada pengiktirafan kalis air IP68 lagi. Tapi ini tidak bermakna telefon kesayangan kita kebal apabila berhadapan dengan air. Situasinya pelbagai kadang kala peranti terkena air hujan, basah dalam beg atau terjatuh dalam longkang.

Masih sempat lagi nak selamatkan telefon kita? Haa.. baca sampai habisPhoto from iStock

Jika korang berada dalam situasi ini jangan panik kerana itu tak dapat selesaikan masalah. Sebaliknya lakukan 5 perkara ini dengan serta merta sebelum keadaan bertambah teruk.

Matikan Telefon Korang Serta Merta!

Langkah pertama, matikan telefon serta mertaPhoto from iStock

Perkara pertama wajib dilakukan apabila berdepan dengan situasi genting ini ialah matikan telefon dengan serta merta. Peranti kita diperbuat daripada pelbagai komponen mempunyai kandungan elektrik.

Bila bertemu dengan air komponen ini kebarangkalian akan mula rosak! Menurut pakar, mereka menasihatkan untuk matikan telefon secepat mungkin supaya dapat melindung komponen dalam. Terutama komponen motherboard (ibarat jantung untuk telefon)

Contoh rupa motherboard telefon korangPhoto from IStock

Cabut Kad SIM Atau Bahagian Boleh Dipisahkan

Langkah kedua, cabut kad SIM Photo from Adobe Stock

Kini telefon korang sudah dimatikan. Langkah seterusnya pula ialah pastikan kad SIM dikeluarkan daripada tempatnya. Jika peranti korang ada kad mikroSD, dinasihatkan untuk keluarkan juga.

Selain itu, andai kata peranti mempunyai bahagian boleh dipisahkan. Pisahkan sebanyak mana yang dibenarkan bagi mengelakkan kerosakan daripada air dapat meresap sehingga ke bahagian dalam. Seterusnya pastikan kad SIM yang dikeluarkan diletakkan pada satu tempat selamat serta kering.

Ambil Kain Bersih Dan Bersihkan Telefon Terlebih Dahulu

Ambil kain bersih dan lap telefon korang pastikan kering sepenuhnyaPhoto from CNN

Langkah seterusnya bermula dengan ambil kain bersih. Pastikan ianya kering, tidak lembap serta tidak meninggalkan kesan air. Perhatikan secara teliti keadaan setiap bahagian peranti termasuk sudah dicabut. Ada kesan kotoran daripada air?

Jika termasuk dalam air manis, kuah atau air masin sekalipun. Pastikan korang bersihkan sepenuhnya. Jangan tinggalkan sebarang sisa kotoran pada peranti terutama air yang mengalir keluar! Ketika proses ini dilakukan jangan masukkan sebarang objek ke dalam port pengecasan telefon atau apa-apa bahagian supaya tidak berlakunya kerosakan berlebihan.

Jangan biarkan telefon dengan sisa air, lap banyak mana korang mampuPhoto from Adobe Stock

Tambahan pula, jika tiada kain. Korang boleh gantikan dengan tisu dan pastikan ianya lembut, bukan kasar. Elakkan menggunakan kapas atau putik kapas kerana boleh meninggalkan kesan yang tidak sesuai untuk lakukan langkah ini untuk menyelamatkan peranti kesayangan.

Elak guna kapas untuk keringkan telefonPhoto from Adobe Stock

Masukkan Telefon Dalam Beras Untuk Menyerap Air!

Masukan telefon dalam beras, pastikan ia tenggelam!Photo from CNN

Langkah ini mungkin janggal buat kali pertama korang mendengar. Namun, menurut pakar langkah ini antara solusi terbaik untuk menyelamatkan telefon daripada kerosakan berlebihan akibat bersentuhan dengan air.

Beras antara bahan sangat baik untuk menyerap cecair daripada peranti korang tanpa mengeluarkan banyak kos. Caranya mudah sahaja, isi pinggan, mangkuk atau beg plastik dengan beras kemudian masukkan peranti.

Pastikan peranti tenggelam sepenuhnya supaya setiap permukaan bersentuhan dengan beras. Lebih besar permukaan, lebih banyak dan cepat air dapat diserap! Selain itu, elak menggunakan pengering rambut untuk lakukan proses ini. Angin terhasil daripada pengering tersebut berpotensi untuk melakukan kerosakan tanpa kita sedar.

Elak guna pengering rambut! Ada potensi untuk menambah kerosakan pada telefonPhoto from WikiHow

Haa.. bayangkan tengah sedap keringkan telefon, tanpa kita sedar sebenarnya kita tengah merosakkan peranti kesayangan. Bila dah rosak, kos pembaikian pun bertambah.

Maka beringat sebelum lakukan proses ini!

Biarkan Telefon Kering Sekurangnya 24-48 Jam!

Biarkan telefon kering sepenuhnya sekurang-kurangnya 24 JamPhoto from iStock

Korang berjaya sampai ke langkah terakhir dan telah mengikuti setiap langkah dengan penuh berhemah. Untuk proses terakhir pastikan peranti kering sepenuhnya dan berada dalam keadaan mati. Biarkannya dalam keadaan tersebut sekurangnya 24 jam, ada yang rekomen untuk biarkan selama 2 hari.

Namun, biarkan ia kering sepatutnya jadi keutamaan kita ketika melakukan proses ini. Lebih mudah jika korang biarkan peranti dalam beg berisi beras tersebut. Beras akan memastikan setiap air dapat diserap sepenuhnya tanpa meninggalkan sebarang sisa.

Caj telefon korang jika tidak hidup semulaPhoto from iStock

Selepas beberapa hari baru hidupkan semula peranti. Jika tidak hidup dan tidak memberi sebarang respon. Cuba caj peranti terlebih dahulu dan cuba hidupkan semula. Apabila sudah berjaya dihidupkan, periksa setiap satu bahagian untuk memastikan semuanya dapat digunakan dengan baik.

Jika ada kerosak teknikal seperti kamera, sila hantar ke pakar!Photo from Depositphotos

Andai kata berlakunya sebarang kerosakan teknikal. Min rekomen korang hantar ke pakar baiki peranti untuk mengenal pasti punca kerosakan.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok