Kimchi Dapat Kurangkan Risiko Tinggi Obesiti!
Wah tak sangka rupa-rupanya mengamalkan makan kimchi setiap hari dapat merendahkan risiko menghadapi masalah obesiti. Camni rupanya cara artis korea selatan berjaya mendapat figura badan ramping dan menarik!
Budaya Korea Selatan bukan sesuatu yang asing lagi dalam negara kita. Rata-rata kita lihat sekarang semakin ramai orang jatuh cinta terhadap makanan, gaya pemakaian, gaya hidup serta media massa.
Lihat sahaja di pusat bandar kebanyakkan orang tempatan akan bergaya mengikuti artist korea yang mereka minati. Kemudian pula menikmati pelbagai makanan tradisional yang sering mereka lihat di kaca tv.
Pengaruh mereka kebanyakkannya datang daripada media Korea Selatan. Drama korean (K-Drama) menjadi sangat popular di kalangan orang tempatan akan mengambil peluang untuk berkongsi kepada penonton budaya mereka terutama soal makanan.
Kalau lihat 20 tahun yang lalu makanan korea tidak terlalu popular dalam negara kita. Kalau sekarang ramai orang pasti pernah mencuba pelbagai jenis makanan mereka terutama Kimchi!
Photo from Pinterest
Haa.. siapa sangka makanan tradisional ini dapat mengurangkan masalah obesiti dengan menurunkan berat badan kita?
Kimchi Dapat Menurunkan Berat Badan Kita?
Photo from 310 Nutrition
Sebuah kajian yang baru sahaja diterbitkan di Korea Selatan mendapati individu yang makan setiap hari dalam kuantiti sederhana mempunyai risiko lebih rendah untuk mengalami obesiti.
Jenis kimchi yang berbeza pula dikaitkan dengan mengelakkan pelbagai masalah obesiti. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan BMJ Open meninjau lebih 115,000 orang dewasa berumur 40 sehingga 69 tahun warganegara Korea.
Mereka mendapati bahawa lelaki yang mengambil satu hingga tiga hidangan kimchi sehari berkemungkinan kurang mengalami masalah obsesiti. Berbanding mereka yang makan kurang daripada satu hidangan sehari.
Penyelidik dari Universiti Chung Ang turut berkata. Lelaki yang makan kimchi kubis akan mengalami pengurangan sebanyak 10% risiko untuk obesiti serta obesiti perut berlaku dalam hidupnya.
Photo from GQ India
Tambahan pula, lelaki dan wanita yang gemar makan kimchi lobak secara purata mempunyai 8% sehingga 11% kurang risiko berlakunya obesiti perut dalam kehidupan masing-masing.
Kena Banyak Mengambil Sayur-Sayuran Dalam Diet Kita
Photo from Pinterest
Selain itu banyak kajian telah menunjukkan bahawa diet tinggi dalam makanan fiber (sayur) seperti kimchi sangat bermanfaat. Ia dapat tingkatkan kepelbagaian mikrobiom dan kurangkan keradangan.
Journal of Ethnic Foods turut terbitkan satu kajian mendapati kimchi boleh menjadi bantuan rawatan sangat berkesan untuk obesiti tau. Pakar diet di Ontario, Michelle Jaelin berkongsi pendapat tentang perkara ini.
Jaelin berkata, "dia tidak terkejut dengan kesimpulan kajian itu. Ini kerana makanan yang mengandungi kandungan serat tinggi seperti kimchi amat bagus untuk kesihatan kita. Serat membantu membuat kita lebih lama,
Photo from Food Network
Ia juga menyumbang kepada pengambilan sayur-sayuran harian kita. Tambahan pula, makanan tersebut sudah melalui proses tapai menghasilkan pra dan pro-biotik tertentu untuk membantu kesihatan usus kita," kata Jaelin.
Jadikan Sayuran Sebagai Makanan Sampingan
Photo from Pinterest
Cara kimchi dihidangkan mungkin faktor penyumbang utama kepada kebaikkan kesihatan kita. Untuk memastikan kesihatan kita terjamin pastikan kimchi dihidangkan sebagai sampingan bersama protein lain.
Para penyeledik meyatakan dalam kajian itu bahawa mengambil lebih daripada tiga hidangan itu sehari sudah cukup. Walau bagaimanapun tak semestinya korang boleh makan dalam kuantiti yang banyak juga.
Photo from CNN
Ini kerana peserta yang makan lebih daripada lima hidangan setiap hari berkemungkinan besar bersiko untuk obesiti. Ini kerana hidangan tersebut mengandungi paras natrium yang tingg.
Jaelin turut menambah, makan tiga kali sehari bersama hidangan sayuran sudah cukup bagus. Paling penting adalah meningkatkan pengambilan sayur-sayuran kita tetapi jangan terlebih banyak pula.
Walaupun kajian ini dijalankan di Korea Selatan dan orang dewasa Korea. Ia tidak bermakna tidak berkesan pada kita kerana hidangan tersebut dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja.
Photo from Rolling Stone
Oleh itu, kita dah boleh mula lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan ubat tabiat pemakanan kita mulai harini. Berkemungkinan besar kita juga mampu menghasilkan rupa dan figura menawan macam artist Korea Selatan juga.