download Jom Explore app
Separuh Populasi Dunia Akan Rabun Menjelang 2050

Separuh Populasi Dunia Akan Rabun Menjelang 2050

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 04 Oct 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Menurut laporan oleh Nature, menjelang 2050 separuh daripada populasi dunia bakal menghadapi masalah rabun jauh (myopia). Akibat daripada peningkatan penggunaan gajet dalam hidup menjadi salah satu punca.

Pakar Perunding Oftalmologi Dr Azura Ramlee berkata, "terdapat peningkatan bilangan orang rabun. Semuanya berpunca daripada penggunaan gajet secara tidak terkawal. Perkara ini perlu ditangani pada peringkat awal sebelum jadi parah,"

Menjelang 2050, separuh populasi dunia akan menghadapi masalah seperti iniPhoto from Halodoc

Peningkatan kes rabun jauh dilaporkan berlaku di kalangan kanak-kanak selari dengan kajian dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurut mereka, 10% kanak-kanak dalam negara mengalami masalah penglihatan tanpa sedar.

Berumur antara 4 hingga 6 tahun sering mengalami masalah berkait dengan mata. Masalah ini tidak patut dipandang remeh kerana melibatkan penglihatan yang boleh merosot jika tidak dijaga dengan baik.

Akibat terlalu bergantung pada gajet, kanak-kanak berisiko tinggi untuk terkena rabun jauhPhoto from Beritaharian-sg

Ada 3 Jenis Masalah Penglihatan, Rabun Jauh, Dekat & Silau

Gambaran visual bagaimana kornea rabun jauhPhoto from Harian Metro

Untuk pengetahuan umum majoriti menghadapi masalah penglihatan ialah rabun jauh. Dalam dunia perubatan dikenali sebagai 'Myopia'.

"Ini terjadi apabila cahaya yang masuk ke dalam mata. Hanya fokus di depan retina sahaja," ujar KKM. Kesannya objek jauh kelihatan kabur akibat mata kita hanya dapat fokus objek di bahagian depan sahaja.

Terdapat 3 jenis rabun, jauh, dekat dan silauPhoto from Berita Harian

Sehubungan dengan itu, hipermetropi merujuk kepada rabun jauh. Bola mata berubah menjadi pendek menyebabkan cahaya masuk tidak dipantulkan dengan tepat pada retina. Ini menyebabkan penglihatan jadi kabur pada jarak dekat.

Manakala, astigmatisme ialah lengkugan permukaan kornea yang tidak reta. Ia boleh berlaku secara menegak atau melintang menyebabkan penglihatan kita tidak befungsi dengan baik.

Contoh penghidap rabun silau, sakit betulPhoto from Infocus Optical

Membuatkan penglihatan anda kabur, pecah serta menimbulkan sakit kepala.

Apa Yang Menyebabkan Mata Kita Jadi Rabun?

Apa yang membuatkan mata kita semakin lemah?Photo from Kosmo

Berikut ialah antara punca utama mengapa terjadinya masalah penglihatan pada mata kita:

  • Penggunaan gajet terlalu kerap dan lama menyebabkan kita terlalu fokus membuatkan mata kita tidak selesa tau. Jika berlarutan ia bakal menyebabkan mata jadi kering akibat kurang berkelip serta asyik melihat sesuatu objek.

Bila terlalu fokus menghadap skrin, mata kita akan lemah secara semulajadiPhoto from All About Vision

  • Masalah digital eye strain berpunca daripada skrin dapat merosakkan penglihatan kita. Silau daripada skrin tersebut membuatkan mata rasa penat, pedih, berair, gatal atau pening.

Digital eye strain membuatkan mata lebih cepat kering berbanding biasaPhoto from Everyday health

  • Punca genetik juga main peranan jika kedua ibu bapa kita mengalami rabun jauh. Risiko akan bertambah membuatkan mata anda semakin lemah secara tidak sedar.
  • Kekurangan pendedahan cahaya matahari menyebabkan kita tidak mendapat vitamin D yang cukup. Kesannya akan meningkat risiko untuk rabun jauh.

Kurang beriadah dan sering menghadap gajet juga menjadi puncaPhoto from Gempak

Langkah Serta Solusi Terbaik Untuk Menyelesaikan Masalah Ini

Memakai spek mata adalah antara cara terbaik tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah andaPhoto from University of Melbourne

Antara solusi terbaik bagi menangani masalah ini ialah pemakaian spek mata. Ia membantu kita untuk melihat dengan lebih jelas pada jarak jauh.

Namun ia tidak dapat hilangkan masalah anda. Spek mata hanya melambatkan kadar kerosakan mata sahaja. Oleh itu apa yang anda boleh lakukan?

Pembedahan LASIK adalah yang terbaik bagi perbetulkan mata andaPhoto from Homage Malaysia

  • Pembedahan LASIK sahaja dapat merawat masalah rabun jauh tau. Dengan perbaiki bentuk kornea mata menjadi normal tanpa bantuan spek mata
  • Pilih lensa khas bagi melindungi mata lebih mendalam. Contohnya lensa pelindung sinar UV jika anda selalu menghadap skrin di tempat kerja
  • Anda juga boleh perbanyakkan makanan yang kaya dalam vitamin A dan Omega 3. Di samping itu, ambil masa untuk beriadah bagi mengurangkan masa bersama skrin

Makanan kaya dengan vitamin A dapat kuatkan mata anda secara semulajadiPhoto from Astro

Justeru itu beberapa cara ini dapat melambatkan kadar rabun jauh anda meningkat. Paling penting untuk sentiasa lakukan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan keadaan mata terjamin.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok