Malaysia Pernah Keluarkan Wang Kertas Terbesar Dunia?!
Siapa sangka negara kita pernah mengeluarkan Wang Kertas Terbesar Di Dunia dan masih ramai tak tahu tentangnya!
Photo from BERNAMA
Memetik video dari platform TikTok, pengguna (@BankNoteWorld) telah viral serta menciptakan fenomena kerana memperkenalkan tiga nota wang terbesar di dunia. Menariknya, nota RM600 Malaysia menjadi juara.
Photo from Rare Currency
Membuatkan ramai warga tempatan terasa bangga melihatnya. Dalam video tersebut, tempat ketiga dipegang oleh wang kertas FJD$2,000 dari Fiji yang dikeluarkan pada awal tahun 2000 untuk memperingati alaf baru.
Kemudian tempat kedua dimilik Filipina dengan nota 100,000 Peso dikeluarkan pada tahun 1998. Tujuannya untuk meraikan kemerdekaan negara daripada penjajahan Sepanyol dihiasi dengan tokoh-tokoh sejarah serta peristiwa penting dalam sejarah negara tersebut.
Photo from eBay
Wang Kertas RM600, Sejarah Di Sebalik Saiz & Rekaannya
Photo from Mr Jocko
Untuk pengetahuan anda wang kertas RM600 diperkenalkan pada tahun 2017 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60. Mempunyai saiz yang mengagumkan iaitu 370 mm x 220 mm, menjadi penghormatan kepada detik bersejarah negara.
Satu sisi nota memaparkan potret Raja-Raja Melayu yang pernah bertakhta. Manakala sisi lain menggambarkan momen penting iaitu penandatanganan Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, menjadi simbol penting dalam pembentukan negara.
Photo from Pekhabar
Namun, wang kertas ini bukan untuk kegunaan harian kerana ia dikeluarkan secara eksklusif sebagai koleksi istimewa. Dengan hanya 6,000 keping dicetak ia mula dijual dengan harga RM1,700.
Tapi nilainya melambung di platform seperti eBay yang boleh mencapai harga sehingga RM55,000. Manakala di Shopee, boleh dijual sekitar RM6,500.
Photo from Gempak
Selain Wang Kertas RM600, Terdapat Versi RM60 Juga Tau
Photo from MrJocko
Bank Negara Malaysia (BNM) juga mengeluarkan wang kertas RM60 dalam dua versi. Pertama menampilkan satu keping dan kedua ialah tiga kertas dicantumkan menjadi satu set.
Untuk versi sekeping, sebanyak 60,000 unit telah dicetak. Seterusnya, versi bercantum hanya 6,000 unit sahaja dikeluarkan.
Wang ini dihasilkan untuk tujuan yang sama serta memaparkan reka bentuk serupa dengan RM600. Sehubungan itu, perasmian wang kertas ini dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada Disember 2017.
Photo from FB | fahmiezwan
Wajar Menjadi Sebuah Lambang Keunikan & Kebanggaan Negara
Photo from Lazada Malaysia
Masih ramai di antara rakyat tempatan tidak mengetahui akan kewujudan wang kertas edisi terhad ini. Namun kerana video yang telah tular ini telah membuka mata ramai warga negara akan keunikan serta nilai sejarah di sebalik sekeping kertas sahaja.
Walaupun kita tidak akan menggunakan untuk transaksi harian, ia membawa makna jauh lebih besar. Menjadi simbol seni, sejarah dan segala pencapaian Malaysia di peringkat antarabangsa.
Untuk pengumpul wang kertas mereka menganggapnya sebagai item koleksi sangat bernilai. Bagi warganegara, kita terasa bangga dengan pencapaian ini.
Sebuah Simbol Seni, Sejarah & Kreativiti Malaysia
Photo from Bloomberg
Tidak dinafikan sejarah negara kita sungguh unik dan telah mencorakkan segala pembangunan serta pencapaian sejak 1957. Untuk memperingati melalui ciptaan seperti ini ialah antara tindakan wajar.
Ini kerana ia boleh menjadi sebuah simbol penting untuk generai seterusnya. Melihat segala usaha dan pengorbanan untuk menjayakan sebuah negara daripada cengkaman penjajah.
Justeru itu, mana boleh beli eh?
Photo from International Union of Architect
Mungkin korang suka: