download Jom Explore app
Hanya 25% Golongan Muda Mempunyai Simpanan Wang

Hanya 25% Golongan Muda Mempunyai Simpanan Wang

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 06 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Mengapa golongan muda di negara ini dilihat semakin sukar untuk menabung? Majoritinya mengaku bahawa mereka tiada simpanan lebihan bagi tujuan kecemasan atau untuk masa hadapan.

Laporan bertajuk 'Melakar Masa Depan Yang Gemilang - Mencari Jaminan Kewangan Masa Depan' mendapati bahawa, "golongan mudah sukar untuk menabung dek berikutan gaji rendah.

Golongan muda akui menghadapi kesukaran untuk menabungPhoto from detikcom

Selain itu, peningkatan kos sara hidup, perubahan dalam landskap pekerjaan serta celik kewangan terhad," Demikian rupa, tidak dinafikan memang banyak faktor yang menyukarkan mereka untuk ada simpanan lebih.

Jadi apa yang perlu dilakukan? Ada tips tak untuk bantu mula mengajar diri untuk menabung.

Perkara yang selalu dihadapi oleh orang muda zaman sekarang, dompet kosong ditengah bulanPhoto from Pexels

Orang Muda Memang Susah Nak Belajar Menabung

Banyak faktor yang menyukarkan golongan muda untuk menabungPhoto from Aisling Consulting

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PAMB, Lim Eng Seong berkata, "laporan itu memaparkan bahawa orang muda antara umur 25 sehingga 34 tahun lebih bimbang terhadap status kewangan peribadi.

Terutama apabila berada di peringkat awal kerjaya. Golongan ini mengakui mempunyai tahap kepuasan rendah tentang kesediaan membuat persiapan menghadapi masa depan.

Ini adalah yang terendah di kalangan 13 pasaran Asia dalam kaji selidik ini," katanya.

25% golongan muda mempunyai simpanan KWSP, angka yang menakutkanPhoto from Multiply

Tambahan pula, dari segi simpanan mendapati hanya 25% dari kumpulan umur 25-34 tahun, 40% dari 45-55 tahun menyumbang kepada dana persaraan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Walaupun Separuh Rakyat Ada Simpanan, Ia Masih Berada Di Angka Rendah

Majoriti warganegara berjaya menabung ialah golongan tuaPhoto from Smart Investor Malaysia

Lebih separuh (57%) rakyat warganegara mempunyai simpanan mencukupi bagi menanggung kehidupan sehingga umur 80 tahun. Namun angka ini tidak perlu dibanggakan oleh kita.

Kerana ia merupakan angka rendah yang dicatatkan di negara kita dan di seluruh dunia. "Kajian dapati rakyat Malaysia (muda) berkemungkinan melakukan beberapa pekerjaan untuk menampung kehidupan.

Dianggap biasa jika orang muda ada 2 atau 3 kerja, gambar sekadar hiasanPhoto from IG | ohfishnchips

38% dari golongan muda (25-34) ada lebih dari satu pekerjaan berbanding 26% (35-44)" kata laporan tersebut. Selain itu, Ketua Jabatan Dasar dan Strategi KWSP, Balqais Yusoff berkata,

"Orang muda sukar menabung kerana cabaran struktur gaji dan set kemahiran yang tidak sepadan. Gaji tidak berubah terasa bagi kebanyakan tenaga kerja. tambahnya.

Tiada kenaikan gaji dan paras gaji rendah menyebabkan ramai orang muda pindah ke luar negaraPhoto from engage Sea

"Tiada kenaikan gaji mendorong ramai orang muda, terutama berpendidikan tinggi untuk berhijrah ke luar negara. Untuk mendapat peluang pendapat lebih besar" ujar tentang isu ini.

Persoalannya, Bagaimana Anda Boleh Cuba Menabung Dengan Gaji Yang Rendah?

Bagaimana untuk mula menyimpan jika gaji rendah?Photo from Mohd Zulkifli

Mungkin anda juga mempunyai soalan ini ketika membaca artikel. Antara salah satu sebab kita tidak boleh menyimpan ialah tidak diajar dengan betul, maka budaya itu tidak diterapkan.

Tidak mengapa antara cara mudah anda boleh mula belajar untuk menabung ialah dengan mengamalkan konsep Zero Based Budgeting. Konsep ini bermaksud anda perlu tahu setiap duit keluar masuk untuk setiap sen.

Dengan kaedah Zero Based Budgeting dapat mengajar sedikit sebanyak tentang menyimpanPhoto from Comparehero

Tambahan pula, ikut 4 prinsip ini untuk mengajar anda menyimpan duit walaupun bergaji rendah:

Emas dilihat sebagai pelaburan paling selamat jika berlaku kecemasanPhoto from Utusan Sarawak

  • Beli Emas Untuk Dipajak Gadai: Barang kemas yang diperbuat dari emas mempunyai nilai jual beli stabil. Oleh itu ketika hal kecemasan, anda boleh pajak gadai untuk mendapatkan wang daripada meminjam wang menjerumus kepada masalah hutang
  • Amalkan peraturan 10:1: Berbelanja 1 bahagian daripada 10 bahagian sahaja. Contohnya anda guna RM1 daripada RM10 untuk mengajar berbelanja pada kadar seminima yang mampu.

Berhutang dapat menjejaskan perbelanjaan bulanan anda tau! Seeloknya elak berhutangPhoto from Gempak

  • Elakkan berhutang: Zaman sekarang memang mudah untuk terjerat dengan hutang. Amalkan diri untuk membayar secara tunai tetapi jika perlu berhutang (pinjaman rumah, kereta) letakkan wang deposit tinggi untuk menjaga aliran wang setiap bulan
  • Pentingkan kualiti daripada kuantiti: Pastikan anda beli barang yang berkualiti sahaja yang akan berguna pada jangka masa panjang.

Cuba amalkan beli barang berkualiti daripada kuantitiPhoto from Harian Metro

Justeru itu, min tidak menafikan bahawa menabung ialah perkara yang susah. Pihak kerajaan juga telah mengumumkan kenaikan gaji bagi penjawat awam tahun ini. Demikian itu, apa kata anda cuba menabung dengan mengikut tips ini.

Jika tidak bermula menabung dari sekarang, bila lagi?Photo from eCentral

Jika tidak bermula dari kecil, bagaimana ingin memiliki gunung besar satu hari nanti? Oleh itu, tidak salah untuk mula dengan menyimpan RM10 terlebih dahulu.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok