5 Cara Terbaik Untuk Elak Daripada Penyeluk Saku!
Korang pernah jadi mangsa penyeluk saku? Leka sikit berjalan melihat persekitaran sedar-sedar segala dokumen penting, telefon bimbit dan kad bank lesap. Lebih menyedihkan apabila ianya berlaku dalam negara kita sendiri.
Ia merupakan mimpi ngeri yang paling ingin kita elak daripada terkena. Sudah banyak kali kita baca tentang kes penyeluk saku berlaku di luar negara terkenal sebagai tumpuan pelancong.
Mereka bergerak secara sendirian atau berkumpulan dengan pantas melakukan kerja. Dalam sekelip mata bukan sorang, malah 2-3 mangsa boleh terkena dengan ketangkasan pencuri jalanan ini.
Photo from ShBarcelona
Bagaimana pula cara terbaik untuk elak terjadi mangsa min?
Kes Berlaku Dalam Negara Kita
Photo from Sunway Hotels
Walaupun kes kecurian penyeluk saku jarang kita dengar berlaku dalam negara sendiri. Ini tak bermakna tiada berlaku terutama kalau korang berlegar di tumpuan utama pelancong seperti di Bukit Bintang.
Antara kes yang berjaya ditumpaskan berlaku di Jalan Ampang. Lapan warga asian diberkas terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita. Tangkapan dijalankan ke atas suspesk susulan laporan kehilangan dua kad kredit.
Suspek didapati berjaya mencuri lapan telefon, 3 pasang kasut, 10 helai baju, dua buah beg dan pelbagai barangan jenama. Kesemua barang dicuri dianggarkan bernilai RM37,000 pulak tu.
Cara Mereka Beroperasi & Bergerak
Photo from Clever Travel Companion
Kita perlu faham cara mereka bergerak dan beroperasi melakukan kerja ini. Selalunya modus operandi akan bermula dengan seorang ahli dari kumpulan ditugaskan untuk alih perhatian mangsa.
Dengan sekelip mata ada orang datang tanya soalan "tempat ini ada di mana?", waktu korang jawab soalan atau membantu. Ahli kumpulan lain akan seluk poket, beg atau apa-apa barang korang ada untuk curi.
Photo from Pinterest
Selalunya mereka perlukan beberapa saat sahaja untuk mengambil barang kita. Sesiapa pun boleh jadi penyeluk saku, tua, muda, budak, remaja atau dewasa sekalipun membuatkan kita susah nak agak.
Elak Menjadi Tumpuan Utama
Photo from BarstoolTrent
Walaupun negara masih selamat daripada kes ini, tak bermakna korang boleh bersikap lewa. Sebelum pergi bersiar, pastikan korang hanya bawa perkara penting sahaja dan elak memakai barang berharga.
Ini dapat mengelakkan korang jadi tumpuan utama kepada kumpulan tengah mencari mangsa. Kalau ada dokumen penting seperti kad pengenalan, kad bank dan sebagainya letak di tempat yang susah untuk korang capai tetapi mudah untuk rasa.
Kemudian elak pakai macam korang ni artis yang ada pengawal peribadi. Pakai seperti orang tempatan untuk memudahkan korang blend in dengan orang sekeliling.
Jangan Letak Benda Penting Dalam Satu Tempat
Photo from Pinterest
Pernah dengar peribahasa 'jangan letak semua telur dalam satu bakul'? Ia bermaksud jangan bergantung pada satu tempat sahaja takut kalau rugi disitu korang akan rugi selamanya. Memang bersesuaian dengan situasi ini.
Letakkan duit, kad bank, kad pengenalan, lesen dalam pelbagai ruang. Tidak semestinya dalam poket seluar, beg sandang, poket baju atau ruang lain pada diri korang yang menyukarkan untuk dicapai.
Jikalau dompet korang kena curi, takdalah semua barang penting korang hilang dalam satu masa. Selain itu, elak bawa atau pegang wang tunai dalam jumlah banyak dalam dompet juga.
Pilih & Pakai Beg Silang Yang Selamat
Photo from Pinterest
Sekarang ini sudah jadi satu trend fesyen untuk pakai beg silang baik lelaki mahupun perempuan. Ia langkah paling berkesan untuk elakkan barang atau wang korang dicuri oleh kumpulan penyeluk saku.
Beg silang pula selalunya akan berada di bahagian depan atau sisi. Ia sentiasa berada dalam pengawasan mata korang menyebabkan pencuri perlu fikirkan pelan lebih kompleks untuk tarik perhatian korang.
Selain itu, mereka akan sasarkan poket seluar atau beg di bahagian belakang atau berada di titik buta kerana sukar untuk korang sedari. Selain itu beg silang pula ada banyak gaya dan mempunyai banyak kelebihan untuk melindungi diri.
Photo from Pinterest
Letak dokumen serta barang penting dalam beg silang ketika berjalan nanti.
Pilih Jalan Melawan Arus
Photo from The Star
Kalau tengah berjalan di bahu jalan atau kaki lima, ambil bahagian melawan arus trafik. Langkah ini akan membuatkan pencuri lebih sukar untuk menyeluk saku barang korang dari bahagian belakang badan.
Seterusnya jalan melawan arus memudahkan kita untuk lihat pergerakan tubuh badan dan muka orang lain. Mereka akan berfikir dahulu sebelum bertindak untuk mencuri barang yang ada pada diri.
Tapi tak bermakna ini cara paling selamat kerana jika korang terleka lawan arus macam mana pun, barang tetap kena curi.
Jangan Berada Di Tempat Tumpuan Ramai Terlalu Lama
Photo from Suria KLCC
Setiap bandar besar mempunyai tempat tumpuan pelancong. Kalau di KL semestinya bukit bintang membuatkan tempat panas untuk kumpulan penyeluk saku, maka elakkan berada di satu tempat terlalu lama.
Bila tengah berjalan tu sentiasa peka dan perhatikan manusia di sekeliling. Jangan terlalu syok lihat sana sini kerana kita tak tahu siapa yang tengah melihat kita dan dapat juga kita perhatian perkara yang mencurigakan.
Kalau nak ambil gambar atau berehat, pilih tempat yang tak sesak dengan orang. Kemudian, jangan berada di satu tempat terlalu lama kerana khuatir risiko akan meningkat dengan sekelip mata.
Photo from Daily Travel Pill
Haa.. dengan beberapa langkah mudah ini, dapat juga korang elak daripada barang kena curi. Buat muka garang sikit dan perhatikan suasana dapat pastikan penyeluk saku pun takut dengan korang tau!
Mungkin korang suka: