download Jom Explore app
Dulu Tempat Viral, Kini Jadi Ghost Town. Itulah Disney Avenue Yang Terletak Di Kampar

Dulu Tempat Viral, Kini Jadi Ghost Town. Itulah Disney Avenue Yang Terletak Di Kampar

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 18 Jan 2023
Digital Editor

Selalunya, kawasan-kawasan terbiar ini jarang menjadi tumpuan orang ramai kerana dikatakan sebagai tempat berhantu. Tapi berbeza pula dengan apa yang terjadi pada Disney Avenue yang terletak di Kampar.

Pernah viral sebab macam Disneyland

Satu ketika dahulu, tempat ini pernah viral kerana persamaaannya dengan Disneyland. Apa taknya, jalan-jalan dan bangunan-bangunan di kawasan ini memang hampir sama dengan taman tema popular itu. Namun, lama-kelamaan kawasan ini makin dilupakan orang tambahan pula apabila pandemik Covid-19 melanda.

Setiap bangunan unik

Mempunyai 57 bangunan yang berwarna pastel dan dibina ala stail era 'victorian', setiap bangunan ini mempunyai ciri-ciri unik mereka yang tersendiri.

Kini, ramai yang datang ke sini untuk bergambar ala-ala di Disneyland. Yalah, tak perlu pergi jauh di Malaysia sendiri pun dah ada kan? Malah, memandangkan kawasan ini berdekatan dengan universiti, ada juga yang mengambil gambar graduasi mereka di sini.

Parking adalah percuma namun bangunan di sini semuanya berkunci, oleh itu anda semua tidak boleh masuk ke dalam bangunan atas faktor keselamatan.

Tak banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini selain daripada bergambar. Jika anda seorang yang gila bergambar dan singgah ke Kampar, bolehlah singgah di sini.

?Disney Ave, 31900 Kampar, Perak

⏰Dibuka setiap hari, tempat letak kereta percuma

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok