download Jom Explore app
Bercuti Bagaikan Di Bali, Inilah Tarikan Homestay Kampung Agong Di Pulau Pinang!

Bercuti Bagaikan Di Bali, Inilah Tarikan Homestay Kampung Agong Di Pulau Pinang!

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 13 Jan 2023
Digital Editor

Bila tengok ramai orang pergi melancong ke Bali, mesti ada ada keinginan yang sama kan? Yalah, pantainya yang lawa ditambah lagi dengan keindahan struktur kawasan tersebut, pasti seronok untuk anda bergambar. Tapi... bila mengenangkan komitmen bulanan maka hasrat yang satu itu terpaksa dipendam buat seketika.

Bagaimanapun, anda tahu tak yang anda boleh feeling-feeling bercuti di Bali walaupun di dalam Malaysia  sahaja? Lebih tepat lagi di Pulau Pinang! Tak jauh pun tapi yang penting anda boleh bergambar lawa macam di pulau borneo itu.

Itulah tarikan Homestay Kampung Agong yang terletak di Kampung Bakar Kapor, Pulau Pinang. Untuk pengetahuan, tempat ini bukan terletak di balik pulau tapi di bahagian seberang. Jaraknya dari Georgetown adalah 50minit sahaja.

Dengan keluasan 10 hektar, pemiliknya memang bagi servis tip-top kepada mereka yang memang suka bergambar feeling-feeling di luar negara. Contohnya, ada sarang burung gergasi dan buaian seperti di Bali. Kemudian juga pemandangan sawah padi seperti di Sekinchan dan juga pokok kelapa. Memang tempat instagrammable habis!

Anda tak perlu risau jika perlu beratur panjang untuk mengambil gambar di tarikan-tarikan yang ada di sini kerana pemilik menyediakan banyak tempat untuk bergambar tau. Kalau nak tahu, ada 15 sarang burung gergasi disediakan untuk para pengunjung mengambil gambar. Tak termasuk tarikan lain lagi!

Kepada yang nak datang untuk berkelah, boleh sangat! Ada pondok disediakan untuk anda. Nak bermain basikal pun ada disediakan. Memang banyaklah aktiviti yang anda boleh lakukan di sini.

Walaupun nama tempat ini Homestay Kampung Agong, tapi ia juga terbuka kepada umum namun terdapat bayaran dikenakan iaitu RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Bagi bukan warganegara Malaysia pula, RM18 dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak.

Bagi mereka yang teringin untuk menikmati suasana kampung, anda juga boleh membuat tempahan dan memilih jenis rumah pilihan anda. Nama rumah-rumah ini juga sangat unik tau, ada Homestay Merbok, Homestay Tekukur, Homestay Murai, Homestay Tempua dan banyak lagi.

Jadi, jika anda berkunjung ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah ke Homestay Kampung Agong ya!

?41, Bakar Kapur, Kampung Bakar Kapor, 13100 Penaga, Penang

⏰9am- 6pm

0 12 - 481 7795

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok