Terrapuri Heritage Village, Terengganu, Dari Istana Lama Menjadi Sebuah Resort Mewah
Terrapuri (The Land of Palaces) adalah sebuah resort yang menyediakan penginapan dalam bentuk rumah tradisional yang memiliki ciri-ciri seni bina tradisional. Resort ini terletak di Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu dan merupakan projek pemuliharaan dan pembangunan semula rumah Melayu asli Terengganu dan Kelantan.
Terrapuri Village ini dibangunkan oleh Mr. Alex seorang cina peranakkan yang mencintai seni bina melayu klasik. Mempunyai 29-unit rumah yang rata – rata berusia antara 200 hingga 250 dahulu. Secara keseluruhan, susunan villa di resort ini mengambil inspirasi daripada sususan Istana Terengganu pada abad ke-17, termasuklah dengan persekitarannya.
Buat masa sekarang, hanya 15 buah villa yang digunakan sebagai rumah penginapan. Dari segi harga, unit paling murah adalah RM529 untuk dua orang satu malam dan paling mahal adalah berharga RM1299. Setiap bilik mempunyai ciri khas yang berbeza disebabkan itu harga yang disediakan berbeza.
Kesemua konsep adalah mengekalkan melayu klasik dari tandas, tempat mandi dan bilik-bilik yang disediakan mempunyai penyaman udara, pemanas air dan tab mandi. Namun yang paling menarik, sabun tradisional pon ada juga.
Selain dari tempat penginapan, di sini juga mempunyai aktiviti yang menarik seperti bermain basikal, melihat matahari terbenam, pelajari masakan, adat tradisional melayu dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga.
Sajian makanan juga adalah makanan tradisional orang melayu kita seperti kuih-muih tradisional, ketupat dan lain-lain. Jadi, jika anda semua berkesempatan ke Setiu Terengganu, silakan kesini untuk merasakan kenangan lama yang mengusik jiwa.
?21010 Permaisuri, Terengganu
?09-624 5020
Anda Mungkin Suka: