Nikmati Punten Sambil Layan ‘View’ Cantik Tepi Sawah Padi
Cuba bayangkan anda sedang menikmati punten - makanan tradisional Jawa sambil ditemani pemandangan sawah padi hijau terbentang. Itulah pengalaman yang ditawarkan oleh Punten N Coffee, sebuah kafe unik di Felcra Seberang Perak.
Mengamalkan konsep terbuka dan santai, kafe ini menjadikan punten sebagai makanan utama yang patut dicuba apabila anda berada di sini.
Photo from BERNAMA
Punten, Hidangan Tradisional Dengan Sentuhan Nostalgia
Photo from Norhana Napiah
Untuk pengetahuan punten mempunyai sejarah yang mendalam tanpa ramai sedar. Menurut Ketua Bahagian Pusat Benih Padi FELCRA, Mohd Fikri Roslan berkata, makanan ini pernah menjadi bekalan utama pesawah di masa lampau.
Sering dinikmati bersama secawan kopi kampung ketika berkerja di bendang. "Kami jadikannya sebagai menu utama untuk mengimbau kembali suasana dan nostalgia pesawah dulu.
Photo from Che Nom
Namun kopi kampung digantikan dengan pilihan kopi moden yang disediakan oleh barista terlatih," katanya.
Bagi yang tidak pernah mencuba makanan tradisional ini. Nasi yang dikukus hingga lembut dan dicampur santan sebelum dikepal. Kemudian dihidangkan bersama sambal hijau pedas untuk membuka selera.
Photo from mStar
Sebuah Kafe Di Tengah Sawah Padi, Suasana Menenangkan
Photo from BERNAMA
Idea untuk membuka kafe ini dicetuskan oleh Pengerusi FELCRA Plantation Services Sdn Bhd, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain. Tujuannya untuk memanfaatkan ruang kosong di kawasan serta menjadikannya lebih bernilai sebagai projek hiliran syarikat.
Sudah beroperasi sejak Mei lalu, kafe ini telah menerima pelanggan tetap untuk menikmati suasana yang menenangkan. Selain itu, mereka turut menawarkan makanan seperti donat, keropok lekor, makanan barat serta kudapan.
Photo from Azlin Azmi
Viral Di TikTok, Lokasi Sangat 'Instagrammable'!
Photo from Yusaini Sabian
Bukan sahaja menawarkan makanan tradisional yang berjaya menarik perhatian ramai. Kebanyakan pelanggan datang ke sini kerana pemandangannya sahaja di sekeliling kafe keraana begitu menakjubkan.
Terletak di tengah sawah padi yang luas, lokasinya sesuai untuk mereka yang gemar bergambar. Kafe ini turut viral di TikTok dengan klip video memaparkan keindahannya mencatatkan lebih 1.6 juta tontonan menurut Mohd Fikri.
"Kebanyakan pelanggan tahu tentang kafe punten ini melalui ulasan pengunjung yang berkongsi pengalaman mereka di sini," ujarnya.
Photo from Yusaini Sabian
Punten N Coffee Bukan Sekadar Kafe Sahaja, Ia Bakal Menjadi Sebuah Hab
Photo from Shahreen Rethashah
Sasaran FELCRA Plantation Services Sdn Bhd bukanlah sekadar sebuah kafe sahaja. Perancangan utama mereka untuk menjadikan kawasan ini sebagai hab agro-edupelancongan.
Selain itu, mereka merancang untuk membina pusat ilmu mengenai padi adn beras dengan konsep pelancongan pendidikan. "Dalam tempoh lima tahu, kami ingin jadikan kawasan ini destinasi utama untuk pembelajaran tentang pertanian.
Khususnya berkaitan tanaman padi," tambah Mohd Fikri.
Photo from Punten N Coffee
Jangan Lepaskan Peluang Untuk Mencuba Punten Sambil Ditemani Pemandangan Cantik
Photo from Nurul Syakirah
Haa.. bukan senang nak jumpa orang jual makanan tradisional seperti punten. Menariknya kita siap dapat nikmati secawan kopi mewah lagi pulak tu.
Tambah pula dengan pemandangan menarik, padanlah ramai gemar ke sini terutama pada hujung minggu. Kalau begitu berikut ialah lokasi dan waktu operasi untuk memudahkan anda:
📍 Pusat Benih Padi Felcra Plantation Services, 36800, Perak
⏰ Isnin (Tutup) Selasa - Ahad (12 PM - 7 PM)
Mungkin korang suka: