download Jom Explore app
Mencari Ketenangan Di Padi Sentral Homestay, Sekinchan

Mencari Ketenangan Di Padi Sentral Homestay, Sekinchan

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 11 May 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita mencari tempat penginapan untuk menghilangkan stress kehidupan kita kan? Di Padi Sentral Homestay menyediakan sebuah tempat terletak di antara padang sawah sesuai untuk korang yang inginkan ketenangan untuk hilangkan stress tu!

Padi Sentral Homestay terletak di Sekinchan yang merupakan sebuah pekan terletak di negeri Selangor. Pekan ni terkenal dengan sawah pagi, makanan laut dan kampung nelayan tau.

Kalau korang nak tahu, Sekinchan bermaksud "Shi Jin Chan" dalam perkataan Cina tau yang bermaksud kampung sesuai untuk pertanian. Haa.. sebab itulah korang dapat lihat betapa luasnya padang sawah di pekan ini!

Lokasi Yang Sangat Menarik Tau!Photo from FB: Padi Sentral Homestay

Selain itu, antara tarikan utama Padi Sentral Homestay adalah lokasi beliau terletak di antara tanaman sawah padi yang memberikan korang permandangan yang sangat cantik daripada bilik mereka sekaligus menghilangkan stress korang tu!

Menarik kan? Nak tahu apa lagi best dekat homestay ini? Korang kena baca artikel ni sampai habis. Jom!

Homestay Baru Dengan Sina Bina 'Brutalist' Menjadikan Ia Lebih Unik & Karakter Tersendiri

Memang Unik Tau Seni Reka Bangunan Ni Dengan Gaya BrutalistPhoto from FB: Padi Sentral Homestay

Padi Sentral Homestay ini baru sahaja dibina dan antara perkara pertama yang akan menarik tumpuan korang adalah betapa asingnya bangunan homestay ini berbanding kawasannya yang lapang dan tenang.

Perbezaan kontra ini adalah tarikan utama homestay ini tau. Seni bina 'Brutalist' adalah gaya seni bina muncul pada pertengahan abad ke-20 yang memberi tumpuan kepada fungsi berbanding estetika kecantikkan sebuah bangunan. Selain itu, penggunaan bahan mentah, bentuk geometri menaikkan imej bangunan ni.

Sebab itulah, kalau korang lihat homestay ini banyak menggunakan bahan seperti konkrit, zink yang menambah kepada karakter homestay ini yang sangat kontra berbanding kawasan di lokasinya.

Seni Reka Bangunan Ni Sangat Kontra Dengan Permandangan SiniPhoto from FB: Padi Sentral Homestay

Selain itu, kerana perbezaan yang ketara inilah menyebabkan kecantikkan kawasan lebih menakjubkan daripada biasa tau. Kerana terdapat satu bangunan asing di antara padang sawah padi memang sesuai untuk dijadikan background kepada gambar-gambar di media sosial korang tau.

Bukan itu sahaja, homestay ini turut menyediakan berberapa prop di kawasan mereka untuk menambah lagi keunikkan gambar korang!

Lokasi Strategik Memang Dekat Dengan Pelbagai Tarikan Di Sekinchan!

Terletak Di Antara Sawah Padi Memang Cantik Dan TenangPhoto from FB: Padi Sentral Homestay

Haa.. selain daripada padang sawah padi yang korang dapat lihat daripada cermin bilik korang tu! Padi Sentral Homestay ini terletak di antara pelbagai lokasi tumpuan tarikan di pekan Sekinchan ni tau.

Antara tarikan di pekan ini adalah Pantai Redang tau. Ia adalah pantai yang terkenal dengan air jernih di mana korang boleh rehat sambil menikmati angin laut mendayu-dayu. Pantai ini pun popular di kalangan nelayan tempatan jadi boleh lah korang lihat gaya hidup mereka seperti melemparkan jaring ke laut ataupun melihat pelbagai jenis ikan segar!

Selain itu, korang pun boleh kunjungi Kopi Sawah yang berdekatan tau untuk menikmati secawan kopi dan makanan seperti laksa sambil menikmati permandangan yang tenang tau. Memang sesuai lah kalau korang hari-hari stress tu!

Korang Tengok Sendiri Permandangan Indah NiPhoto from IG: kopisawah.my

Bukan itu sahaja tau, homestay ini pun terletak berdekatan dengan berberapa kedai makanan laut yang korang boleh kunjungi untuk makan malam bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

Dilengkapi Dengan Fasiliti-Fasiliti Moden Dengan Pelbagai Jenis Bilik Bersesuaian Dengan Bajet Atau Kumpulan Korang!

Bilik Ni Homestay Dia Kemas, Moden Dan Cantik TauPhoto from IG: kellychiakarlai

Selain daripada keunikkan gaya seni reka homestay ini. Padi Sentral Homestay menyediakan servis yang baik kepada setiap tetamu yang menginap di homestay ini tau. Haa.. korang bukan sahaja dapat bersantai di sini tetapi layanan sini sedia untuk membantu korang bagi melengkapkan segala masalah yang korang hadapi ketika bercuti di sini.

Bukan itu saja tau, setiap bilik di homestay ini dilengkapi dengan segala fasiliti-fasiliti moden bagi menyenangkan segala keperluan korang tau. Sebagai contoh, penghawa dingin, Wi-Fi percuma, parking kereta berbumbung, tandas selesa dan juga kamera litar tertutup untuk menjaga keselamatan korang di homestay ini.

Haa Korang Tengok La Interior Yang Kekal Dengan Tema BangunanPhoto from IG: kellychiakarlai

Haa.. korang pun boleh pilih pelbagai jenis bilik yang ada di homestay ini tau yang bersesuaian dengan kumpulan ataupun jumlah keluarga korang. Antara bilik yang ditawarkan adalah Deluxe King Room, Deluxe Triple Room, Superior Twin Room, Family Room dan Friends Room.

Jadi korang tidak perlu risau kerana setiap bilik yang ditawarkan mengikut kesesuaian jumlah kumpulan rakan-rakan ataupun keluarga korang tau! Yang penting korang kena tempah terlebih dahulu kalau tidak memang terlepas lah peluang korang untuk bersantai di homestay ini.

Secara keseluruhan, Min rekomen korang untuk bersantai di homestay ini yang sedikit unik berbanding homestay lain di kawasan ini. Selain itu, kerana keunikkan seni reka bangunan ini gambar korang pasti lebih menarik di platform media sosial tu!

Yang Bawak Family Pun Jangan Risau Tau! Diorng Pun Sediakan Family RoomPhoto from IG: kellychiakarlai

📍 no.3925, Jalan Parit 5, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

📞 010-883 3318

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok