Sejarah Concubine Lane, Lorong Paling ‘Famous’ Di Ipoh!
Siapa sangka lorong paling popular di Ipoh, Concubine Lane pernah dianggap sebagai Red Light District pada satu ketika masa dahulu. Walaupun umurnya sudah lebih 100 tahun, ia kekal menjadi tumpuan pelancong di bandar bersejarah ini.
Tanya sesiapa yang pernah bercuti di Ipoh, sudah tentu mereka pernah melalui Concubine Lane kan? Lorong ini dikatakan menjadi kawasan kediaman 'isteri kedua', 'ketiga' taikun Cina sebelum ini.
Photo from Raythetour
Menariknya dari situlah nama lorong telah diperoleh dan melekat hingga ke hari ini.
Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Perak Roslyn Lim berkata, "ada tiga lorong di kawasan ini menempatkan lebih 50 buah kedai. Ini termasuk Lorong Panglima sepanjang 100 meter yang menerima pelancong mencecah 10,000 orang sehari,"
Photo from IG | farishafazeri
Sejarah & Latar Belakang Concubine Lane, Ipoh
Photo from CK Travels
"Kawasan dilihat hari ini merupakan lokasi perjudian dan menghisap candu. Namun keunikan bangunan yang fokus kepada seni bina lama menarik pelawat yang datang untuk bergambar dan mencipta kenangan.
Saiz rumah di Concubine Lane sangat sempit dengan rekaan memanjang ke depan. Ini membuatkan bahagian dalam rumah gelap. Oleh itu, di bahagian tengah rumah akan dibuka ruang pencahayaan.
Photo from CK Travels
Ini dapat membenarkan cahaya matahari masuk, selain dibina telaga," kata Roslyn berkongsi sejarah lorong paling terkenal di Ipoh.
Bila dilihat pada hari ini, lorong yang terletak di tengah bandar raya pesat dengan peniaga menawarkan pelbagai barang. Contohnya, cenderamata, aksesori, mainan dan makanan menyelerakan.
Photo from Daniel Lui
Daripada Red Light District, Berubah Menjadi Pusat Komersial Pesat
Photo from Macaroni Reviews
Tambahan pula, majoriti peniaga di sini memanfaatkan warisan sejarah lorong ini. Bukan sahaja tempat untuk pelancong berbelanja, malah menjadi satu pengalaman budaya bandar Ipoh.
Seorang peniaga, Muhammad Azlan Zainal Azam bersyukur dengan populariti Concubine Lane. Katanya, "Lorong ini memberi tuah kepada saya yang berniaga pelbagai jenis kacang di Lorong Panglima.
Kerana disini terdapat limpahan pelancong membanjiri kedai sehingga menerima lebih 5,000 pelanggan sebulan. Kacang yang kami jual dibakar sendiri membuatkan ia 'fresh' dan orang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk membelinya," ujarnya.
Photo from Finding Beyond
Menjadi Tarikan Pelancong Moden Di Bandar Ipoh
Photo from IG | farishafazeri
Selain daripada mengenali sejarahnya, pelancong juga datang ke sini untuk menikmati kepelbagai makanan dan minuman yang viral di sini. Antara yang popular ialah Kuma Rainbow Cheese Toast.
Roti bakar yang tular di media sosial telah membuatkan majoriti pelancong datang ke Ipoh semata-mata untuk menikmati rasanya. Tambahan pula, dengan bungkusan serta warna yang menarik membuatkan ia sangat cantik apabila berada dalam media sosial.
Photo from Ee Hoo
Tak lupa juga, ini beberapa tarikan yang boleh anda lakukan di Concubine Lane seperti:
Photo from Charrisa Ong
- Mengambil gambar sepanjang lorong dipenuhi dengan lukisan mural
- Menikmati makanan dan minuman di kafe tema 'Harry Potter'
- Pelbagai aneka makanan ringan untuk dicuba
- Membeli-belah buku, barang kemas, beg dan macam-macam lagi
Photo from KL THE GUIDE
Justeru itu, tidak dapat dinafikan bandar raya Ipoh akan kelihatan berlainan jika tidak wujudnya Concubine Lane.
Mungkin korang suka: