Ini 5 Sebab Kenapa Orang Malaysia Minat Betul Kereta SUV!
Perasan tak, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) semakin popular dan mendapat perhatian tinggi sejak kebelakangan ini. Berbanding segmen kereta lain, majoriti warga tempatan akan pilih segmen ini. Persoalannya mengapa ya?
Asal usul segmen kenderaan ini bermula ketika Perang Dunia II. Kereta 'Jeep' digunakan dalam medan perang atas faktor tahan lasak memainkan peranan penting di medan perang.
Photo from Landers Crysler
Selepas tamatnya perang, kelebihan Jeep dijual kepada orang awam membuka jalan untuk pasaran SUV. Reaksi awal diterima dengan baik membuatkan segmen ini melonjak dalam populariti.
Disebabkan itu kebanyakan jenama automotif memiliki model dalam segmen ini. Kerana itu juga, anda dapat melihat semakin banyak SUV di atas jalan raya di negara kita.
Photo from Malay Mail
30% Pasaran Kereta Negara Diambil Oleh SUV
Photo from Motorist Malaysia
Menurut laporan dari Paul Tan melihat jualan kenderaan di negara pada tahun 2023. Sebanyak 213,128 unit SUV telah dijual dalam tahun tersebut mengalahkan segmen lain seperti MPV.
Menariknya, SUV telah mengambil alih sebanyak 30% pasaran kereta di negara kita. Tetapi, persoalan masih kekal mengapa ia begitu popular? Mungkin sebab 5 perkara ini!
Memiliki Saiz Luas, Besar Yang Praktikal!
Photo from bigwheels
Majoriti alasan utama mengapa warga tempatan memilih SUV kerana memilik saiz luas serta besar. Perkara ini sangat menarik bagi mereka yang berkeluarga untuk menampung keselesaan anak-anak.
Selain itu, saiz tersebut akan memudahkan pengguna untuk membawa barang dengan lebih banyak dalam satu masa. Contohnya, apabila kita ke pasar, beli perabot atau membawa peralatan sukan.
Photo from Honda Malaysia
Semuanya boleh diangkut ke dalam dan tidak mengorbankan ruang kabin dalaman. Tak lupa juga, ruang luas membuatkan kita terasa selamat, tidak sempit dan padat ketika berada di dalamnya. Membuatkan perjalanan panjang lebih selesa.
Lengkap Dengan Teknologi Canggih & Kemudahan Menarik
Photo from thesun
Selain daripada saiz kereta, kebanyakan SUV dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan kemudahan untuk keselesaan pengguna. Contohnya mereka menggunakan bahan premium seperti kulit, kayu dan besi menghiasi ruang dalaman kenderaan.
Photo from Paul Tan's
Tak lupa juga, kerusi akan dihiasi dengan sulaman menarik memastikan anda selesa sepanjang perjalanan. Tambahan pula, teknologi canggih seperti sistem infotainment memberi pelbagai aplikasi seperti navigasi, muzik dan info kenderaan.
Dapat membantu meningkatkan pengalaman memandu anda. Jangan lupa, SUV memastikan anda pemanduan adalah lancar dan senyap, menambah kepada keseluruhan keselesaan memandu.
Photo from Paul Tan's
SUV Memberikan Pengalaman Memandu Paling BEST!
Photo from CarSifu
Menurut pengguna SUV ramai menyatakan bahawa pengalaman memandu kereta ini lebih sedap berbanding segmen lain. Faktornya kerana kedudukan tempat duduk pemandu lebih tinggi.
Kelebihan ini memberikan keyakinan tinggi kepada pemandu untuk mengawal kereta lebih baik di atas jalan raya. Seterusnya, pemandu dapat lihat lebih luas menghapuskan titik buta.
Photo from Blind Spot Monitor
Ini semua dapat membantu pemandu memandu lebih berhemah serta selamat tau! Kerana anda dapat menjangkan keadaaan lalu lintas lebih baik.
Tambahan pula, kedudukan lebih tinggi membuatkan penampilan lebih menarik. Ia membuatkan anda kelihatan eksklusif seperti seorang bos di syarikat besar.
Photo from Motorist Malaysia
Gaya Reka Bentuk Sporty, Urban dan Mewah Dilihat Lebih Menarik
Photo from WapCar
Untuk pengetahuan umum, majoriti SUV 10 tahun lepas memiliki gaya bentuk utliti. Ia lebih sesuai untuk dibawa masuk ke dalam hutan menyebabkan ramai orang kurang tertarik kerana tidak kelihatan mewah dan sporty.
Namun, pada hari ini SUV mempunyai gaya reka lebih menarik yang menepati citarasa pelanggan di negara kita. Tetapi ia masih tahan lasak tau!
Photo from CarSifu
Contohnya jenama terkemuka, Honda yang terkenal dengan model seperti HR-V dan CR-V. Direka dengan reka bentuk lebih sporty dan urban memberikan sentuhan kemewahan tanpa mengorbankan aspek tahan lasak.
Sesuai bagi mereka yang ingin memandu di bandar! Tambahan pula, dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih memang padanlah ramai orang membelinya.
Photo from CARETA
Banyak Pilihan Menarik Dengan Harga Kompetitif
Photo from Paul Tan's
Disebabkan SUV mendapat permintaan tinggi, majoriti jenama autmotif memberi keutamaan untuk menghasilkan model yang terbaik.
Perkara ini sangat menguntungkan pelanggan kerana dapat memilih model mana bersesuaian dengan bajet kita. Setiap jenama mempunyai fokus dan kelebihan tersendiri membuatkan kita tertarik padanya.
Photo from Thesun
Tak lupa juga, harga yang dipasarkan lebih kompetitif memberi lebih banyak pilihan kepada kita sebagai pengguna. Disebabkan itu, pasaran SUV sangatlah kompetitif di mana setiap jenama akan memasarkan bahawa model mereka ialah pilihan bijak.
Kalau tanya min, perkara itu sangatlah bagus kerana yang untung adalah kita kan?
Photo from Paul Tan's
Dah Terkena Racun Untuk Beli SUV?
Photo from CarSifu
Justeru itu, SUV bukan sahaja sebuah trend yang akan mati dalam beberapa tahun akan datang. Ini kerana majoriti akan memilihnya berbanding segmen Sedan kerana faktor yang min nyatakan.
Sesuai untuk keluarga, pasangan muda atau orang bujang. Memiliki kenderaan ini wajar dilihat sebagai pilihan bijak kerana memberikan keselesaan dan pengalaman memandu jauh lebih menyeronokkan.
Terutama untuk lelaki!
Mungkin korang suka: