7 Tips Untuk Dapatkan Harga Tiket Flight Murah!
Haih susah betul nak travel zaman sekarang, tiket flight selalu mahal! Kita pula kalau nak pergi berjalan mesti nak dapatkan harga yang terbaik betul tak? Lebih baik habiskan duit di negara kita nak melancong tu berbanding penerbangan.
Kos tiket penerbangan boleh berubah mengikut musim. Namun ia menjadi satu fakta bahawa harganya bukan murah terutama jika kita nak melawat negara yang tengah on-demand.
Contohnya macam Jepun, Korea Selatan dan sebagainya. Nasib baik korang ada min yang suka kongsi tips bagaimana korang boleh dapatkan harga tiket murah dengan harga sangat berbaloi.
Photo from Canva
Baca sampai habis tau.
1. Sentiasa Beli Pada Hari Selasa Dan Rabu Sahaja
Photo from Canva
Kebanyakan orang akan beli tiket penerbangan pada bila-bila masa asalkan nampak perkataan promosi. Korang tahu tak ada hari tertentu yang terbaik untuk korang beli dengan harga cukup menarik.
Ini sebab majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ia dibuat kerana syarikat penerbangan tahu penumpang akan hanya ada masa tempat tiket pada hari minggu sahaja.
Ini berdasarkan statistik pembeli dan memang terbukti kita akan lihat harga pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
2. Beli Awal, Tapi Jangan Terlalu Awal
Photo from Flying Angels
Berdasarkan pengalaman yang dikongsi oleh netizen, korang perlu beli sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh kita nak terbang. Syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh.
Oleh itu dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu yang dijual pada harga yang sangat mudah. Contoh, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London.
Photo from Malaysia Airlines
20 penumpang terawal dapat membeli dengan harga terendah. Sementara 200 penumpang lain akan mendapat harga berbeza atau menjadi lebih mahal. Di samping itu, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan.
3. Pilih Hari Penerbangan Yang Sesuai
Photo from klia2. info
Kan min suruh beli pada hari Selasa dengan Rabu untuk dapatkan harga berbaloi. Ia juga merupakan hari penerbangan yang sangat sesuai kerana mereka tetapkan dua hari ini sebagai "hari kurang sibuk" berbanding hari lain.
Lapangan terbang juga kurang sibuk berbanding hari lain. Cuba kita bandingkan hari Jumaat dan Ahad dimana ramai orang akan menempah serta menunggu giliran untuk menaiki kapal terbang.
Photo from Point Hacks
4. Jangan Lupa Untuk Cari 'Best Deal' Untuk Penerbangan Antarabangsa
Photo from Skyscanner
Selalunya syarikat penerbangan akan menawarkan best deal pada 11 hingga 12 minggu lebih awal terutama penerbangan antarabangsa. Oleh itu, korang perlu rajin lihat harga tiket dalam tempoh ini.
5. Pilih Untuk Mendarat Di Lapangan Terbang Kecil
Photo from TripSavvy
Daripada kita mendarat di lapangan terbang besar dan utama apa kata kita turun di tempat lain pula. Contohnya, kalau korang nak ke London, majoriti akan pilih untuk mendarat di Heathrow.
Selepas ini apa kata korang pilih lapangan terbang kecil yang kurang sikit popular. Contohnya di Manchester dan dari situ boleh naik kereta api ke London! Haa.. jangan terkejut kerana teknik ini akan menjimatkan duit tau.
6. Buang 'Cookies' Pada Pelayar Yang Korang Guna
Photo from Breeze
Setiap kali kita melayari apa-apa laman web, pelayar kita akan menyimpan cookie sebagai tanda peringatan tempat kita layari. Hampir semua platform guna cookie seperti komputer riba, telefon pintar dan pc.
Oleh itu sebelum beli pastikan korang buang segala cookie yang ada peranti digunakan. Jika tidak, syarikat penerbangan sudah ketahui korang melayari laman web untuk membeli tiket.
Photo from Cybernews
Kemudian sistem tempahan akan tetapkan harga walaupun korang sudah melawat laman yang sama berulang kali. Lebih menyedihkan jika harga tersebut naik, justeru sila buang segala cookie sebelum korang beli.
7. Jangan Malas Untuk Lakukan Perbandingan Harga
Photo from Canva
Memandangkan kita tengah pelan nak pergi bercuti tu. Jangan malas untuk lakukan perbandingan harga dan lihat harga ditawarkan di tempat lain. Jika tertumpu pada satu platform sahaja, rugi nanti.
Kadang kala tak semua platform akan letak harga yang sama, ada murah, ada sedikit mahal dengan benefits dan macam-macam. Menurut Trip Kashmir Abby Hassan, ini platform yang beli selalu guna untuk lihat harga:
1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software
Photo from Malaysia Airlines
Selamt mencuba!
Mungkin korang suka: