download Jom Explore app
Kabin Kru MAS Dinobat Top Ten Terbaik Di Dunia 2024!

Kabin Kru MAS Dinobat Top Ten Terbaik Di Dunia 2024!

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 26 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Menurut ranking Skytrax, syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines dianugerahkan dalam kelompok 10 kru kabin terbaik di dunia. Penambahbaikan berbanding tahun lepas berada di tempat ke-15.

Skytrax merupakan syarikat konsultansi dari United Kingdom menjalankan penyelidikan untuk syarikat penerbangan komersil. Setiap tahun mereka akan mengeluarkan Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan dan sebagainya.

Tahniah kepada kabin krew MAS!Photo from Robb Report Malaysia

Untuk Anugerah Kru Kabin Terbaik tahun ini. Malaysia Airline berjaya meraih tempat ke-10 manakala Singapore Airlines dianugerahkan sebagai kru kabin terbaik untuk tahun 2024.

Kru Kabin Terbaik Diktiraf Melalui Perkhidmatan Cemerlang

Malaysia Airlines cukup terkenal dengan sopan santun dan nilai budi bahasa orang MalaysiaPhoto from Malaysia Airlines

Metodologi yang digunakan oleh Skytrax untuk menilai kru kabin ialah melalui perkhidmatan cemerlang. Contohnya, teknik, kecekapan dan servis kru tersebut serta termasuk beberapa perkhidmatan.

Sikap, gaya komunikasi juga dinilai untuk mengiktiraf prestasi keseluruhan tertinggi yang ditunjukkan oleh kru tersebut.

MAS Berjaya Mengalahkan Syarikat Terkemuka Dunia Lain

Menariknya MAS berjaya mengalahkan beberapa syarikat terkemuka yang lainPhoto from CabinCrew24

Menariknya 3 kedudukan utama diberikan kepada syarikat penerbangan dari negara Asia. Tempat pertama ialah Singapore Airlines, kedua ialah ANA All Nippon Airways (Jepun) dan ketiga ialah syarikat penerbangan milik jiran kita, Garuda Indonesia.

Walau bagaimanapun, kru kabin MAS telah berjaya mengalahkan beberapa syarikat penerbangan terkemuka dunia. Contohnya seperti Emirates (di tempat ke-12) dan Qantas Airways (di tempat ke-16).

Servis yang dipamerkan oleh kabin krew dilihat antara yang terbaik di negaraPhoto from The Departure Lounge

Jelas menunjukkan bahawa nilai sopan santun, budi bahasan dan budaya negara kita diterapkan ke dalam setiap servis penerbangan MAS.

Walaupun Menghadapi Pelbagai Masalah Tidak Menghalang MAS Untuk Melonjak!

Walaupun menghadapi beberapa masalah, MAS telah bangun semula untuk memberikan servis perkhidmatan terbaikPhoto from Malaysia Airlines

Tidak dinafikan kita sering dengar MAS berdepan dengan pelbagai masalah gangguan penerbangan. Puncanya disebabkan oleh kekurangan jurutera pesawat, komponen mekanikal dan banyak lagi.

Namun ini bukan penghalang bagi kru kabin mereka untuk memberikan servis cemerlang kepada penumpang. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, "MAS telah mengenal pasti beberapa langkah mitigasi untuk selesaikan isu.

Antaranya mengambil tenaga kerja mahir secara agresif, memastikan bekalan alat ganti enjin pesawat mencukupi dan sebagainya,"

Banyak kelengkapan dan fasiliti ditambah baik supaya pelanggan terasa istimewaPhoto from robb report

Pendakwah Terkenal Pernah Puji Servis Cekap MAS Pulak Tu

Dr Muhammad Salah turut memuji kabin krew MAS ketika menaiki kapal terbang merekaPhoto from Medium

Sebelum ini seorang pendakwah terkenal dari Amerika Syarikat, Dr Muhammad Salah pernah memuji servis cekap penerbangan MAS. Beliau memuji menerusi laman Facebook miliknya.

Pujian itu diberikan kerana telah menyediakan ruang solat untuk penumpang dalam penerbangan. Tambahan pula, pramugari tersebut telah membantunya mencari arah kiblat dengan betul sebelum solat.

Selain itu, nota yang ditinggalkan oleh seorang penumpan yang mendakwa mempunyai phobia menaiki kapal terbangPhoto from Malaysia Airlines

Selain itu, dalam penerbangan lain pula. Seorang penumpang telah meninggalkan nota sebagai tanda terima kasih dan diletakkan ke dalam beg kertas dalam pesawat berkenaan.

Dalam nota itu dia memberitahu bahawa dia menikmati pengalaman penerbangan yang cukup selesa. Beliau berharap kaptain dan kru kabin dapat menikmati hujung minggu yang baik.

Jelas menunjukkan bahawa MAS mampu berdiri dengan syarikat penerbangan terkemuka yang lainPhoto from NST

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok