Sebuah Kafe Tersembunyi Rahsia Di Setapak, KL
Tersembunyi dalam kejiranan di Setapak, Satuu Cafe perlahan-lahan mendapat perhatian sebagai antara tercantik di Kuala Lumpur. Menawarkan menu minuman kopi istimewa bersama pastri yang melazatkan.
Persaingan dalam mengusahakan perniagaan kafe semakin sengit terutama di Kuala Lumpur. Saban hari semakin banyak kafe muncul mengeluarkan sentuhan mereka ternyata untuk tarik perhatian pelanggan.
Photo from Eatdrinkkl
Memandangkan kebanyakan warga tempatan lebih gemar lepak kafe di hujung minggu. Tidak terkejut mengapa Satuu Cafe menjadi pilihan utama walaupun masih tersembunyi dengan keunikan mereka.
Gabungan Kombinasi Pakar Pastri Dan Barista
Photo from Eatdrinkkl
Diasaskan oleh pakar pastri, Syahir bersama barista, Zaidi. Mereka ialah tunjak utama yang menjiwai semangat Satuu Cafe apabila anda melangkah masuk ke dalam untuk menikmati secawan kopi.
Dikelilingi oleh kawasan kejiranan yang aman. Satuu Cafe dengan bijak mengambil aspek tersebut sebagai unique selling point (USP) kerana anda akan terpegun melihat betapa santai seluruh kafe ini.
Di bahagian luar, mereka berjaya gabungkan gaya klasik dan kontemporari yang menjadi trend dikalangan generasi muda. Sesiapa yang membesar ketika era 90-an, pasti akan jatuh cinta di tempat ini.
Photo from Eatdrinkkl
Hiasan Vintaj Untuk Kembali Semula Ke Era 90-an
Photo from Eatdrinkkl
Trend hiasan era 90-an menjadi kegilaan ramai pada waktu ini. Sebab itu banyak kafe menerapkan perkara ini sebagai konsep hiasan mereka. Tetapi kebanyakannya kurang berjaya dan sekadar gimik sahaja.
Berbeza di Satuu Cafe, anda akan terkejut melihat bagaimana hiasan dilakukan. Hiasan vintaj dapat menarik anda semula ke era 90-an melalui televisyen, radio lama yang menghiasi dari pintu masuk ke seluruh kawasan mewujudkan suasana retro.
Kepakaran Dalam Menghasilkan Pastri Dan Kopi Melazatkan
Photo from Eatdrinkkl
Keajaiban sebenar Satuu terletak pada pastri melazatkan, minuman menarik serta persekitaran yang seronok! Majoriti pelanggan memuji minuman yang dicipta oleh Zaidi.
Pelbagai pilihan kopi menarik, mereka memuji aroma yang memuaskan. Kalau anda peminat Latte, anda pasti akan menghargai rasa kopi yang lebih berkrim pasti menggoda selera dengan setiap minuman.
Selain itu, jangan lupa untuk lengkapkan minuman bersama pastri lazat dihasilkan oleh Syahir. Semuanya segar diperbuat dengan tangan penuh kasih sayang dengan rasa. Majoriti pelanggan rekomen untuk cuba Lotus Biscoff Cheesecake dan Butter Bundt Cake.
Photo from Nimelesh
Bukan Sekadar Kafe Sahaja, Menawarkan Suasana Aman
Photo from IG | satuu_____
Satuu Cafe bukan sekadar kafe jual pastri dan kopi sahaja. Kekuatan mereka terletak pada suasananya kerana menjadi sebuah trend untuk bina semula rumah lama menjadi kawasan komersial.
Rasa selesa, tenang dan aman membolehkan anda berehat sambil menghirup kopi anda menghilangkan segala kerisauan dalam diri. Sehubungan dengan itu, nak siapkan kerja pun tiada masalah tau!
Photo from Satuu Coffee & Pastries
Atau anda ingin mencari tempat lepak bersama rakan baik? Jangan risau kerana Satuu Cafe pasti dapat menyempurnakan permintaan tersebut. Tambahan pula, bawa pasangan anda di sini untuk mencipta memori indah bersama.
Kesimpulannya, Satuu Cafe wajib dikunjungi untuk peminat kopi! Barisan pastri dan minuman melazatkan bersama suasana retro menawan sangat berbaloi untuk anda kunjungi.
Photo from Eatdrinkkl
Mungkin korang suka: