download Jom Explore app
Cameron Highlands Dinobat Antara Tempat Tercantik Dunia?!

Cameron Highlands Dinobat Antara Tempat Tercantik Dunia?!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 07 Oct 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Diiktiraf oleh CN Travel, Cameron Highlands berjaya dikenali sebagai antara 51 tempat tercantik di dunia! Menjadi destinasi percutian warga tempatan terutama ketika waktu cuti sekolah.

Umum mengetahui Tanah Tinggi Cameron ialah sebuah daerah di Pahang. Ia berkongsi sempadan bersama negeri Kelantan, Perak dan terletak di hujung barat laut Pahang.

Sesuai sangat untuk nobatkan Cameron Highland antara tempat tercantik Photo from Klook

Ditinjau oleh ahli geologi kerajaan dan peneroka William Cameron pada tahun 1185. Asalnya terdiri daripada tiga daerah kecil (mukim) iaitu Ringlet, Tanah Rata dan Ulu Telom. Menariknya ia terletak atas 1,500 meter.

Selain daripada ladang teh, cuaca sejuk nyaman dan pusat peranginan mewah. Memang padanlah dianggap antara tempat tercantik kan?

Nak glamping kat sini sambil lihat permandangan pun boleh!Photo from Klook

Cameron Highlands Dapat Menunjukkan Kepelbagaian Diversiti Malaysia

Selain daripada permandangan menakjubkan, cuaca sejuk nyaman menjadi kegemaran ramaiPhoto from Raja Lepak

Conde Nast Traveler (CN Travel) sangat terkenal serta berpengaruh berpangkalan di New York. Ia juga terkenal dengan memberi beberapa pilihan destinasi menarik serta menakjubkan di seluruh dunia.

"Memang sukar untuk pilih hanya satu tempat yang indah jika ambil kira pelbagai diversiti yang ada di Malaysia. Namun begitu, jika perlu membuat pilihan Cameron Highlands mungkin ialah pemenangnya," kata mereka.

Tambahan pula, menjadi tempat tarikan pelancong terletak di negeri Pahang dengan keluasan kira-kira 275.4 km per segi. "Di kawasan tanah tinggi ini, anda boleh temui ladang teh terbesar di Malaysia. Seluruh landskap dengan bukit-bukau berwarna hijau menenangkan," tambah CN Travel.

Ladang Teh di sini memang sangat terkenal Photo from Expedia Malaysia

Aktiviti Apa Yang Boleh Dilakukan Di Sini?

Aktiviti apa boleh dilakukan di sini? Contohnya melihat taman lavendarPhoto from Travelsetu

Jadi apa yang anda boleh dilakukan jika anda menghabiskan percutian di Cameron Highlands?

Berikut ialah antara aktiviti wajib dilakukan ketika berada di tanah tinggi ini:

Menikmati hidangan ringan 'high-tea' tidak ubah seperti orang bangsawanPhoto from Cameron Highlands

  • Nikmati makanan berunsurkan teh di pelbagai kafe yang mudah untuk dicari. Jangan lupa untuk lawat dan bergambar di ladang teh.
  • Melawat Taman Bunga Lavendar yang memboleh anda memetik dan bergambar dengan permandangan bunga berwarna ungu yang cantik
  • Melihat ladang strawberi dan menikmati beberapa makanan dihasilkan menggunakan buah segar ini

Memang dekat sini, wajib petik strawberiPhoto from Cameron Highlands

Bila Waktu Sesuai Untuk Melawat Cameron Highlands Untuk Elak Jem?

Memang macam di luar negara betulPhoto from Star Travel Malaysia

Menjadi pengetahuan umum, kawasan ini memang sesak dengan pelancong terutama pada waktu cuti sekolah atau hujung minggu.

Anda pasti pernah terlihat beberapa video memaparkan betapa teruk situasi jem boleh berlaku di Cameron Highlands.

Oleh itu, min sarankan anda untuk pelan cuti terlebih dahulu supaya tidak membuang masa banyak berada dalam kereta. Selain itu cuba sebaik yang boleh untuk elak ke sini semasa musim hujan (Oktober - Disember).

Tambahan pula, pastikan anda tidak pergi waktu cuti sekolah! Kerana pada waktu itu kawasan ini sangatlah padat dan mungkin membuatkan pengalaman bercuti tidak seronok.

Nasi lemak strawberi yang hanya ada di Cameron menjadi viral dan wajib dicubaPhoto from Reddit

Apa Kata Hujung Minggu Ini Singgah Ke Cameron Highlands Sekejap? Seronok Pun Seronok!

Dapat lari ke tempat sejuk nyaman memang seronok!Photo from JomJalan

Haa.. nak ke sini pun tidaklah mengambil masa begitu lama. Tambahan pula, netizen sarankan untuk bercuti di sini sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam/2 hari 1 malam.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh rujuk link ini untuk melihat kafe menarik untuk menikmati makanan sedap di Cameron Highlands.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok