download Jom Explore app
Tahukah Anda Boleh Claim Tiket Percuma Dari Zoo Negara?

Tahukah Anda Boleh Claim Tiket Percuma Dari Zoo Negara?

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 05 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Masih ramai warga tempatan tidak mengetahui banyak benda percuma anda boleh dapatkan semasa hari jadi anda tau. Contohnya seperti tiket masuk ke Zoo Negara bagi meraikan hari istimewa anda.

Haa.. maksudnya anda boleh tengok oyen bermain bersama capybara tanpa perlu mengeluarkan duit? Iya betul.

Rasanya dah lama tak pergi ke sini kan? Jom ke sini!Photo from Malaysia travel

Setiap rakyat Malaysia boleh melawat Zoo Negara secara percuma. Tiket tersebut boleh ditebus dalam tempoh 30 hari bermula daripada tarikh hari jadi masing-masing.

Contohnya, hari jadi anda terjatuh pada 5/9/1990. Hari seterusnya dan 29 hari berikut membolehkan anda dapatkan tiket secara percuma. Bagaimana caranya? Ikut sahaja seperti min tulis di bawah.

Seronok dapat tiket percuma, boleh tengok Oyen!Photo from The Star

Cara Untuk Tebus Tiket Percuma Masuk Ke Zoo Negara

Jangan lupa untuk bawa MYKad anda dan ikut terma & syarat supaya dapat tiket percumaPhoto from Kosmo

Walaupun percuma tidak bermaksud anda perlu terjah masuk di pintu masuk. Anda masih memerlukan tiket untuk membolehkan diri anda masuk ke dalam Zoo Negara. Caranya ialah seperti berikut:

  • Pergi ke Kaunter B (Kaunter Maklumat) terletak di sebelah kiri pintu masuk Zoo Negara
  • Jangan lupa bawa MyKAD/MyKID anda kerana perlu ditunjukkan kepada petugas di kauntar untuk pengesahan
  • Isi borang yang disediakan
  • Selesai! Tinggal nak ambil di kaunter tiket walk-in sahaja

Wow mudah betul min, macam tak percaya semudah itu untuk dapatkan tiket percuma. Haa.. bolehlah anda menghabiskan hari dengan melihat pelbagai haiwan yang ada di Zoo Negara.

Tak tahu nak buat apa pada hujung minggu? Tebus tiket percuma dan lepak seharian di zoo negaraPhoto from klook

Kalau Bukan Hari Jadi, Cara Lain Untuk Beli Tiket Bagaimana?

Kalau bukan hari jadi anda, cemana nak beli tiket untuk tengok PandaPhoto from Google

Selain daripada masa hari kelahiran anda. Bagaimana pula cara untuk beli tiket dengan lebih mudah? Maklumlah zaman sekarang orang kita nak cepat dan mudah sahaja. Ada tiga cara dan rujuk seperti berikut:

Melalui laman web e-Tiket Zoo Negara

Ini cara paling mudah untuk beli tiket anda melalui laman rasmi. Ini membolehkan anda tempah pas sebelum tiba di pintu utama dan terdapat diskau semasa tempoh perayaan tertentu.

Selesai sahaja pembayaran, tiket anda dikeluarkan melalui kod QR.

Dari Agensi Pelancongan Yang Disahkan

Selain laman web rasmi, anda juga boleh membeli daripada agensi pelancongan yang disahkan. Perkara ini lebih menarik jika melancong dalam kumpulan besar seperti satu pakej pelancongan.

Perkhidmatan ini akan digabungkan ke dalam satu pakej lengkap. Menjadikannya mudah bagi mereka yang berasal dari luar negeri.

Beli Di Kaunter

Kalau anda sanggup beratur panjang di kaunter ini cara terakhir untuk dapatkan tiket anda. Pastikan datang awal pagi untuk elak terlalu ramai orang menunggu giliran.

Nak beli tiket pun mudah sahaja tak perlulah nak beratur panjang macam duluPhoto from The Sun

Sejarah Zoo Negara Yang Tak Ramai Tahu

Dibuka sejak 1963, ia menjadi antara tarikan pelancong dari dalam dan luar negaraPhoto from KL Foodie

Dibuka pada orang awam pada tahun 1963, Zoo Negara merupakan usaha Persatuan Pertanian-Hortikultur Malaya apabila mula mengusahakan beenda yang sama tetapi jauh lebih kecil pada tahun 1957.

Pernah terkenal dengan gelaran 'Zoo In The Jungle' kerana kawasan Ulu Klang yang belum dibangunkan pada waktu itu. Semasa pelancarannya, ia telah mendapat populariti dengan cepat di kalangan penduduk tempatan.

Ada banyak tarikan menarik pasti membuatkan sesiapa sahaja gembira melihatnyaPhoto from Malaysia

Dalam masa 3 tahun sahaja, Zoo Negara berjaya tarik seramai 1 juta pengunjung setiap tahun. Dengan pelbagai zon pameran menyediakan daya tarikan tinggi setiap kali menjelang musim cuti.

Tambahan pula, Zoo Negara menempatkan sebanyak 5,137 haiwan daripada pelbagai spektrum 476 spesies. Contohnya seperti gajah, harimau, beruang dan pelbagai lagi untuk dinikmati.

Ada banyak tarikan menarik pasti membuatkan sesiapa sahaja gembira melihatnyaPhoto from The Sun

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok