Masjid Cina Pertama Negeri Selangor Telah Dibuka!
Dengan keluasan 2.98 ekar Masjid Jamek Cina Muslim Klang telah dibuka kepada orang awam sejak 22 Ogos 2024 lalu. Terletak di Bandar Botanik, Klang ia boleh menampung sehingga 1,000 jemaah pada satu masa.
Menariknya ia merupakan satu-satunya menggunakan konsep seni bina Cina di Selangor. Menariknya ia mempunyai menara gaya pagoda, dewan solat berbumbung jubin tradisional Cina dan kaligrafi menghiasi ruang mihrab.
Photo from SelangorKini
Setiap sudut anda lihat dipenuhi dengan elemen seni bina tersebut. Lalu melahirkan antara masjid unik dalam negara kita.
Pelan Masjid Jamek Cina Muslim Telah Dirancang Sejak Tahun 2017
Photo from SelangorKini
Cadangan untuk membina sebuah masjid berinspirasi dari reka bentuk dan ciri seni bina Cina sudah dirancang sejak 20 Disember 2017.
Pihak yang terlibat seperti Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS), Jabatan Kerja Raya Selangor, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) berkerjasama bagi menjayakan pelan ini.
Cadangan ini turut dipersembahkan kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 28 November 2018 di Istana Bukit Kayangan.
Kemudian diperkenankan pada 7 Mei 2019 dan bermulanya pelan bagi mendirikannya.
Photo from SelangorKini
Penggunaan Courtyard, Jubin Tradisional Dan Siap Ada Perpustakaan Lagi Tau!
Photo from FB | Masjid Jamek Cina Muslim Klang
Haa.. kalau anda nak tahu konsep peracangan rumah ibadah ini bermula dengan paksi pusat. Kemudian setiap ruang dibahagikan dengan jelas melalui penggunaan 'courtyard' sangat sinonim dalam seni bina Cina.
Sehubungan dengan itu, ia mempunyai satu menara unik mengikut gaya 'Pagoda'. Selain itu, ia dilengkapi dengan dewan solat berbumbungkan jubin tradisional.
Photo from FB | Masjid Jamek Cina Muslim Klang
Tambahan pula, kawasan taman boleh dijadikan ruang solat tambahan. Unsur kayu dalam ruang solat utama dan tulisan kaligrafi menghiasi ruang mihrab memberikan suasana berbezaa.
Tak lupa juga, terdapat kemudahan sepert perpustakaan, bilik kuliah, pejabat pengurusan, bilik imam dan persinggahan, kedai cendermata serta restoran bakal dibuka.
Photo from SelangorKini
Mengambil Inspirasi Dari Masjid Besar Di Xi'an, China
Photo from FB | Masjid Jamek Cina Muslim Klang
Menurut Penasihat MACMA, Sharin Low Abdullah berkata, "Rumah ibadah ini menarik perhatian ramai kerana mempunyai ciri seni bina China yang terperinci diilhamkan oleh Masjid Besar Xi'an di China,"
Setiap bangunan dilengkapi dengan bumbung melengkung dan pagoda megah berdiri menarik minat orang ramai. "Kebanyakan sukar untuk percaya bahawa kluster bangunan ini adalah sebuah masjid," tambah Sharin.
Photo from FB | Masjid Jamek Cina Muslim Klang
Bakal Menjadi Tarikan Pelancong Muslim Di Selangor
Photo from SelangorKini
"Masjid kami akan mempromosikan pelancongan mesra Muslim. Kami merancang untuk berkerjasama dengan Tourism Selangor bagi membangunkan rumah ibadah ini serta menjadi tempat pelancongan ikonik," ujar Sharin
"Kami mahu bersama-sama merangka strategi dengan Tourism Selangor. Kerana ingin mencipta pengalaman perjalanan dengan lawatan ke sini dan menarik ramai pelancong untuk tinggal lebih lama."
Photo from SelangorKini
Justeru itu, mari kita meriahkan rumah ibadah baru ini dengan menghadirkan diri untuk melakukan solat berjemaah.
📍Lot 157828, Jalan Langat, Taman Desawan Dua, 41200 Klang, Selangor
Mungkin korang suka: