download Jom Explore app
Korea Utara Bakal Buka Pintu Kepada Pelancong Luar?!

Korea Utara Bakal Buka Pintu Kepada Pelancong Luar?!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 15 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Wah siapa sangka tak lama lagi kita bakal berpeluang untuk melancong ke Korea Utara! Eh, min biar betul bukan negara tu tak terima pelancong luar ke?

Menurut laporan daripada Korea Utara, negara ini akan membuka semula sempadan antarabangsanya. Mereka turut bersedia untuk menerima kedatangan pelancong secara terhad bermula Disember ini.

Anda berminat nak ke Korea Utara?Photo from CNN

Pengumuman ini dimaklumkan oleh dua pengendali agensi pelancongan selepas hampir lima tahun. Korea Utara telah menutup pintu masuk ke negaranya akibat pandemik.

Pelancong Dapat Melihat Bandar Kelahiran Bekas Pemimpin

Bandar Samjiyon yang telah mengalami perubahan kerana ingin menarik pelancongPhoto from Hankyoreh

Dua agensi pelancongan tersebut, Koryo Tours dan KTG Tours berpangkalan di Beijing mengesahkan pembukaan menerusi kenyataan dimuat naik di laman seswang berasingan.

Para pelancong diberi peluang untuk melawat bandar Samjiyon. Ia merupakan tempat kelahiran bekas pemimpin negara, Kim Jong Il (ayah kepada Kim Jong Un)

Dimanakah Terletaknya Samjiyon?

Berada berdekatan dengan China, mungkin ramai pelancong dari negara itu akan kunjung ke siniPhoto from BBC

Jika anda tertanya di mana lokasi bandar Samjiyon jangan risau. Ia terletak di kawasan pergunungan di Gunung Paektu dan bersempadan dengan China.

Menurut Koryo Tours, "Kami sudah menerima pengesahan daripada rakan kongsi tempatan (di Korea Utara) bahawa aktiviti pelancongan di Samjiyon akan dibuka semula.

Bulan Disember dijangka mereka membuka sempadan kepada pelancongPhoto from Bloomberg

Manakala pelancong dijangka boleh melancong ke seluruh negara bermula Disember ini," ujar agensi tersebut.

Menikmati Korea Utara Di Musim Sejuk

Melawat ketika musim sejuk jangan lupa untuk bawa baju sejuk!Photo from The Planet Edit

Menerusi Facebook KTG Tours mereka memberitahu bahawa pelancong boleh melawat negara ini bermula musim sejuk nanti. Kata mereka, "Tarikh tepatnya akan disahkan kemudian dan hanya terhad untuk Samjiyon setakat ini.

Namun, kawasan seperti Pyongyang juga akan dibuka tida lama lagi," kata KTG Tours. Ketika wabak penyakit Covid-19 melanda dunia, Korea Utara telah menutup sempadannya menjadikan proses keluar dan masuk ke negara tersebut lebih sukar.

Kawasan Pyongyang juga akan dibuka tidak lama lagi kepada pelancongPhoto from Atlas Obscura

Negara ini hanya membenarkan sebilangan pelancong kecil dari Rusia masuk ke dalam sempena lawatan Presiden Rusia, Vladimir Putin tahun ini.

Adakah Korea Utara Akan Jadi Destinasi Percutian Anda Selepas Ini?

Mungkin Korea Utara juga akan menjadi destinasi terbaik seperti di Selatan?Photo from NK News

Pengumuman untuk membuka semula sempadan negara ialah tindakan wajar bagi negara ini. Memadangkan mereka juga ingin membuka destinasi pelancongan baru pada bulan Mei 2025.

CNN melaporkan mereka tidak pasti sama ada negara ini sudah bersedia untuk menyambut pelancong daripada seluruh dunia. Walau bagaimanapun, negara ini memberi tanda bahawa mereka mengutamakan pelancong dari negara mesra dengannya.

Walau bagaimanapun adakah anda akan melawat ke negara ini?Photo from Ny Times

Contohnya, China dan Rusia. Justeru itu, adakah anda akan mengambil peluang untuk melawat negara paling terasing di dalam dunia? Atau lebih selesa berada di bahagian selatan sahaja.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok